1) Hidup dalam persoalan?
2) Bahagia ke macam ni?
3) Awak memang nak macam ni ye?
4) Saya salah faham lagi ke?
5) Saya masih tak faham cara awak?
6) Saya degil sangat ya?
7) Saya tak boleh tanpa awak.
8) Saya rindu awak.
9) Saya sayang awak.
10) Saya cinta awak.
Semua ayat di atas akan dipersoalkan oleh setiap isteri yang normal. Saya memiliki suami berwatak eagle yang domain.
Selepas beberapa ketika bergelar suami isteri, beliau tidak pernah tunjuk yang beliau perlukan saya. Beliau tak pernah tunjuk perlu saya ada dengan beliau.
Beliau cuma tunjuk nak saya sedar saya kena kuat sendiri dan mandiri. Beliau macam tunjuk akan selesa apabila saya bahagia sendiri. Beliau tak pernah tunjuk nak tahu pasal saya.
Beliau juga tak pernah bagi peluang saya ambil tahu tentang dirinya. Setiap kali berkomunikasi kami mesti sukar sepakat.
Kami seolah-olah dua individu yang tersepit dalam satu hubungan yang hanya diwujudkan tanpa arah yang pasti dan dikemudi untuk masing-masing hidup sendiri.
Tiada yang boleh satukan kami melainkan diri si suami sendiri. Itu sahaja yang saya nampak jelas. Saya juga kadang rasa tak boleh ‘compromise’ dengan cara beliau yang sangat jauh dari landasan sebenar.
Tapi saya terus mengalah kerana beliau akan jadi sangat kejam bila beliau terus dengan dunia sepinya dan melayani saya seperti tiada nilai dan harga diri sepanjang masa. Adilkah begitu?
Beliau pernah minta maaf setulusnya atas perihal dirinya. Walhal saya betul- betul terluka. Tapi saya maafkan juga.
Kemaafan seorang manusia tidak setanding Rasulullah saw. Tapi saya rasa maaf saya dah tak ada nilai lagi.
Tiada maaf saya mampu ungkapkan lagi pada hari kita bersemuka. Saya checkmate.
Saya teringat betapa bersungguhnya saya hari-hari sebelum ini terus menagih kasih, cinta dan simpati. Tetapi langsung tidak dihargai. Berbulan lamanya.
Setelah sekian lama, kejujuran yang didambakan hanya keluar dengan drama, pujukan dan kata-kata iaitu beliau kata:
“Awak dah khianat saya, awak seolah-olah selalu menghalang apa yang saya nak buat dan apa yang saya suka selama ini”.
Peliknya, sebab selama kami bersama. Saya tak pernah halang apa yang beliau suka dan nak buat. Saya takut. Saya jadi fobia. Walau beliau tak pernah mengasari saya.
Tapi caranya selama ini sangat merobek hati saya. Hancur selumatnya. Saya tak tahu saya boleh hadap lagi kedepan.
Beliau kata perlukan masa malah saya pun perlukan masa. Jadi sekarang hanya masa menentukan segalanya.
Saya sebenarnya sangat bahagia kerana dinikahi suami yang saya cintai dan saya percaya beliau juga ada rasa cinta yang sama. Saya percaya dengan takdir dan terus gembira di sisinya.
Tapi jika dugaan ini terus berulang lagi? Saya mungkin akan lebih terluka. Buat masa ini saya tetap kuat kerana apa?
Tiada apa selain kerana Allah dan tanggungjawab seorang isteri. Normal bagi saya setiap rumah tangga pasti ada pancarobanya. Sabar dan terus sabar sahaja. Saya selalu percaya takdir Allah itu indah.
Saya percaya sedikit pengorbanan saya mungkin akan ada kebahagiaan yang Allah akan berikan kalau bukan kini mungkin sedikit sebelum hari saya menutup mata selamanya kelak.
Namun, segalanya musnah. Bukan saya yang putus asa tapi sebaliknya beliau? Selepas fasa bahagia yang berjaya dikaburinya. Setelah beberapa hari menghilangkan diri, akhirnya beliau kembali dengan satu kata putus?
Kata putus itu adalah satu perpisahan hakiki. Jawapan yang datang tanpa perbincangan yang jelas dan baik. Perpisahan dengan alasan yang padanya sangat munasabah?
Kalian rasa boleh redha ke saya dengan keputusan yang datang tiba-tiba?
Setelah segala perjuangan dan pengorbanan yang saya beri demi secicip kebahagiaan. Beliau hancurkan dengan sekelip mata sahaja.
Kononnya perpisahan ini demi kebahagiaan saya? Tidak sama sekali.
Apa yang saya tahu inilah kebahagiaan untuk beliau sahaja. Beliau akhirnya jujur bahawa tidak sanggup memperisterikan saya lagi.
Beliau dah buktikan bahawa dirinya tidak pernah cintakan saya seperti mana saya cintakannya. Itulah hakikatnya.
Akhirnya, saya ditinggalkan begitu sahaja. Beliau berjaya menggunakan kuasa veto seorang suami dengan melepaskan saya begitu sahaja.
Dengan lagak dirinya pergi tanpa sebarang belas dan ihsan. Permohonan maaf dan terima kasih pun tiada. Redha? Betul. Saya perlu redha dengan takdir illahi.
Tahniah kepadanya. Inilah redha dalam keterpaksaan yang saya boleh berikan.
Saya sedar saya bukan manusia sempurna. Saya tidak mampu untuk berbakti dan menjadi suri hati seorang suami lagi. Segalanya sudah tertulis.
Sekian.
Nukilan : Dira bukan nama sebenar.
Pesanan :
Semoga kalian mengambil iktibar daripada nukilan ringkas kisah benar ini. Percayalah hati manusia jika ingin berubah sekelip mata sahaja.
Bernikahla dengan pasangan setelah masing-masing yakin dan faham dengan agama dan tanggungjawab zahir dan batin terlebih dahulu.
InsyaAllah segalanya akan lebih mudah.
– Dira (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit