Redha dan Hormati Status Orang

Assalamualaikum… Terima kasih admin siarkan cerita aku. Semoga ianya boleh dijadikan pengajaran kepada masyarakat di luar sana. Ini merupakan kisah benar yang aku sendiri lalui.

Aku berumur penghujung 20-an. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak yang comel dan aktif. Tapi jodoh aku tak lama dengan bekas suami dan sempat bertahan selama 1 tahun setengah. Kini anak kami dalam jagaan aku. Bukan mudah untuk aku terima ketentuan Tuhan ini. Bergelar seorang Janda di usia masih muda tapi aku akur perancangan Tuhan itu adalah yang terbaik. Moga ada hikmah di sebalik perpisahan ini.

Secara jujurnya, bekas suami merupakan pilihan aku sendiri dan bukan aturan keluarga. Bekerja dan menjawat jawatan yang sama dalam bidang yang sama juga. Bermula dengan hanya kawan dan membawa ke arah perkahwinan. Perjalanan kami terlalu mudah dan cepat tanpa ada sebarang halangan.Dan berjalan dengan lancar sekali. Aku tidak meletakkan hantaran dan syarat yang tinggi. Cukupla simple saja. Alhamdulillah. Allah mudahkan urusan kami.

Namun, selepas 8 bulan kami menghadapi krisis. Krisis yang mana telah membawa kepada perpisahan. Boleh aku katakan 70% adalah berpunca dari aku sendiri dan selebihnya dari dia. Kami berpisah semasa aku hamil. Pada ketika itu, aku dan dia sendiri tidak tahu bahawa aku tengah hamil. Memandangkan sebelum ini aku pernah tidak uzur selama 2 bulan dan hasilnya pada ketika itu negatif. Selepas dia melafazkan perkataan seolah nak berpisah.. aku menangis pada mulanya.Tapi lama kelamaan hati makin menjadi keras dan ego masa tu terlalu tinggi .”Baik, kalau dia tak mahukan aku takpe.. Aku tak rugi sesen pun,aku ada kerja sendiri, aku boleh tanggung diri sendiri dan selama ni aku yang tanggung diri aku sendiri”. Ya, bisikan syaitan meresap dalam fikiran.

Untuk kali pertama aku buka buku pink di klinik ditemani olehnya. Masa ni hubungan sudah tidak lagi mesra.Dan appoinment klinik yang seterusnya aku membawa diri sendirian tanpa ditemani oleh dia. Kami bukan pjj. Tinggal dalam rumah yang sama tapi buat hal masing-masing. Mungkin pembawakan masa mengandung.. Aku makin bertambah benci melihat muka suami dan segala2 berkaitan suami. Yang aku tahu, balik kerja, masak, makan dan tidur. Ya.. Tidur di bilik asing-asing. Masing-masing ego. Terlalu ego. Aku akui ada perkataanya yang membuatkan aku terasa hati menusuk kalbu. Ya, aku bukan perempuan sempurna. Maafkan aku bekas suami.

Sehinggalah penghujung tahun dan ketika aku hamil 5 bulan, dia merujuk kepada pejabat agama mengenai ayat bpisah yang aku kira tak pasti samada [email protected] Pejabat agama syorkan kami ke mahkamah. Dan kes kami dibuka bagi mengesahkan status kami berdua ini. Dua kali bicara hakim sahkan bahawa lafaz yang diucapkan oleh bekas suami tak sah dan kami masih suami isteri. Tetapi hati kami berdua dah nekad untuk berpisah. Itulah egonya kami. Masing-masing tak nak mengalah.

Sehari selepas itu, bekas suami menfailkan tuntutan cerai memandangkan kami bdua dah tidak ada persefahaman lagi dan berpisah adalah lebih baik tanpa memikirkan anak yang bakal lahir. Masih aku ingat lagi hakim bertanya berkali-kali kepada bekas suami nak teruskan kes ni?? Tak boleh tunggu aku bersalin dulu? Jawapannya… Dia nekad untuk teruskan memandangkan itu saja jalan terbaik. Dan dalam keadaan aku hamil 7@8bulan kalau tak silap, suami melafazkan talak satu. Dan iddah aku berbaki sebulan sahaja. Berdosanya kami. Ampunkan kami Ya Allah.

Status isteri dan iddah aku tamat sebaik aku melahirkan anak. Di labour room aku ditemani oleh emak. Beliau la sumber kekuatanku. Sakit contraction hanya Tuhan yang tahu. Ya, mungkin inilah pembalasan Tuhan. Bekas suami bersama mertua melawat aku di hospital selepas aku bersalin. Mertua aku menangis semahunya dan mohon maaf atas apa yang berlaku. Kami sama2 menangis. Aku langsung tak dapat lihat muka bekas suami sebab marah, sakit hati yang masih membara. Aku ditahan di wad memandangkan aku bersalin secara pembedahan. Selepas operate aku stress. Stress sakit di perut, sakit kepala mungkin kesan bius, anak menangis. Waktu ini, adik beradik banyak menolong aku. Alhamdulillah adik-adikku,akan aku kenang sampai bila2.

Pada hari ketujuh, dia sekali lagi melawat anak ini dan menguruskan segala dokumen lahir anak. Sebulan sekali dia akan bertanya khabar anak melalui hp memandangkan dia kerja jauh. Makin lama makin kerap. Tapi hati aku masih marah dan benci yang tak kesudahan. Menjawab ala kadar. Sepatah ditanya sepatah yang aku jawab.

Keluarga dan sepupu-sepupu ramai yang memberi semangat kepada aku. Alhamdulillah, setelah dua tahun berlalu.. Hati aku makin lama makin hilang rasa marah dan benci. Percaya lah, selagi kita tidak redha dengan apa yang Allah aturkan selagi itula jiwa tak tenang. Aku mula belajar untuk terima hakikat ketentuan ini. Tiap kali cuti panjang, dia akan melawat anak kami. Tiap kali raya dan tiap kali ada kesempatan. Secara tak langsung, hati aku redha dan beransur pulih.

Pembaca yang dihormati, bukan mudah untuk membawa title “J” ini… Didepan semua baik2.Di belakang kita semua dikata. Oh ya selepas aku bsalin, aku dipindahkan kerja dan berada di tempat baru. Soalan yang ditanya.. Suami kerja mana?? Aku tak mahu berselindung, terus terang aku cakap” jodoh kami tak panjang” dan stop di situ tanpa ditanya soalan yang bermacam2. Tetapi disebalik itu, mereka bebas bercakap sesuka hati. Aku tahu status j ini terlalu berat dan dipandang serong. Perampas, gedik, miang, dan macam2 lagi.

Dalam group official kerja, bahan gurauan kadang2 berkait dengan status. Contohnya… ” Alamak, hari sabtu kena kerja… Baru plan nak makan mee di kedai janda”. Melepas.. Yeah, itu mungkin lawak bagi kamu tapi kamu tidak sedar perkataan yang dsebut tu amat sensitif bagi kami yang berstatus begini. Apa kedai itu tak ada nama lain ke? Bagi kaum perempuan pulak, kadang kadang bercerita pasal suami masing-masing.. Contohnya”aku kena rajin masak untuk suami, dahla ada janda depan rumah ni ,kang tak pasal2 dapat lain”. Apa kamu ingat janda itu terhegeh2 ke?? Janda tu ada kacau kamu ke puan-puan? Dan pada aku bermacam2 topik perbualan yang berkait status j ni. Tak perlu aku tulis di sini sebab masing-masing tahu bukan.

Baiklah, pengakhiran dalam kisah yang aku lalui ini banyak mengajar aku untuk bersabar, redha, bersangka baiklah dengan segala ketentuan yang Allah tetapkan. Sekarang kehidupan aku amat bahagia sekali. Hubungan dengan mertua selaku mak yang aku sayang dunia akhirat takkan putus sampai bila2. Hubungan kami amat baik. Hubungan dengan bekas suami juga aku boleh katakan baik juga setelah kami redha kan apa yang berlaku atas kami ini. Anak adalah keutamaan kami walaupun tidak tinggal sebumbung. Jiwa makin tenang.

Pesanan buat lelaki berstatus bapa/suami:

1. Jagalah mulut kalian. Usahla kamu bergurau dan memainkan status J ini sebagai bahan lawak. Kamu kena sedar, sekiranya kamu ada anak perempuan jaga lah baik-baik. Jaga dan sayangilah isteri kalian dengan baik.

Pesanan untuk Perempuan berstatus emak/isteri:

1. Jaga lah setiap tutur perkataan itu. Sedarlah kamu juga seorang wanita. Jagalah perkahwinan sebaik-baiknya. Jangan jadi macam aku. Janganlah kamu cop wanita berstatus J ini terlalu dahagakan kasih sayang seorang lelaki.

2. Jangan terlalu bangga @ bercakap besar bila ada suami seolah2 puan tahu jodoh dengan suami puan sehidup semati. Sedara aku ada yang bercerai di saat usia menjelang pertengahan 60an. Jadi doalah yang baik2.

3. Tak perlu lah bertanyakan kami yang status J ini bila nak kahwin lain? Mana cik abang yang baru? Mintak cepat2 kahwin cari pengganti. Aku belum terdesak untuk kahwin lain. No, bagi aku tak perlu ditanya soalan begitu. Atau puan lupa yang puan juga ada anak perempuan yang sama usia dengan aku yang masih belum berkahwin. Risaukanlah anak puan itu, tak perlu risaukan jodoh baru kami. Jagalah kain masing-masing.

Pesanan buat bakal pasangan suami isteri:

1. Bertolak ansur lah dalam setiap perkara. Cuba berbincang dengan baik.

2. Mengalah bila perlu. Tak kira samada suami atau isteri.

3. Selalu berbincang bila ada masalah. Sentiasa bertukar cerita.

Pembaca yang dihormati,

Isu perpisahan biarlah rahsia buat kami. Oh ya, baru-baru ni kami ada berbincang demi memikirkan masa depan anak… Doakan aku dan bekas suami akan bersama semula dan masih ada jodoh disitu. Sejujurnya, setelah dua tahun berlalu, perasaan sayang masih ada walaupun dulu aku amat bencikannya. Dan dia sendiri tidak menolak sekiranya jodoh kami masih ada.

Mungkin apa yang Tuhan aturkan ini ada hikmahnya dan memberi ruang dan masa untuk kami bermuhasabah diri masing-masing. Aku mohon doa dari kalian. Maaf sekiranya tutur bahasa aku ini menyinggung mana2 pihak. Terima kasih admin.

– Puan AR

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *