Redha Dengan KetentuanNya

Assalamualaikum admin, terima kasih jika siarkan confession ini. Untuk readers semua, aku nak buat confesion tentang liku-liku hidup aku. Aku Nur awal 20an, degree holders tapi bekerja sebagai guru tadika. Sebenarnya aku bakal berkahwin pada bulan lepas tapi apakan daya suratan dan takdir sudah tertulis.

Ok aku ringkaskan cerita ya. aku mengenali ex pada zaman persekolahan lagi. Ex aku budak biasa2 hanya lepasan spm. semasa aku menyambung pengajian di ipta ex bekerja kampung sahaja. Aku menghabiskan degree dengan setianya tanpa memandang lelaki lain! selepas beberapa tahun, ex telah mendapat 1 panggilan temuduga sebagai anggota badan beruniform di ibu kota. 2tahun ex bekerja dan aku sudah bergraduasi di ipta. aku memulakan hidup baru iaitu alam mencari pekerjaan,ditakdirkan aku hanya dapat bekerja sebagai guru tadika tapi berjauhan dengan ex. disinilah bermulanya perhubungan jarak jauh dan menguji kesetiaan seseorang kan? dan ya kami bertunang dan merancang ingin berkahwin pada tahun ini.

tapi apakan daya, ku sangka panas hingga ke petang, tapi hujan di pertengahan jalan. tiba2 ex menelefon aku seperti ingin memberitahu aku sesuatu perkara yang penting, aku mendengar 1 persatu hujahan yang dinyatakan. Dan akhir kalam hanyalah inginmemberitahu unuk memutuskan tali pertungan kerana ex tidak suka pada aku lagi?Damn! aku hanya terkejut dan malahtidak mempercayai dengan keptusan tersebut. ya? ditinggalkan dengan secara tiba2 siapa tidak syak sesuatu kan. maklumlah dia sudah berjaya dan kami pun tinggal berjauhan. tiada apa lagi yang aku fikir ni mesti ex sudah berpunya.

siasat punya siasat, ya dia sudah berpunya, 2 minggu selepas kami berputus, ex dan brtunang dan bakal berkahwin raya ni. kau rasa? dan hanya aku terkontang kanting merendam air mata dengan nasibku begini. ex, dulu kau bercakap manis, lembut gg pada lidah. sekarang kau blah bila tak nak!!! betulkata pepatah, perempuan bila diuji time lelaki susah, tapi perempuan diuji bila lelakinya senang. sekarang dia dah ada pekerjaan yang stabil, dia hina, caci, maki fitnah dan semua tohmahan yang dilemparkan padu aku. ya aku terima jika ini ketentuannya. redha dan ikhlas tu susah untukkita harungi. tapi aku sentiasa yakin jika ada karma selepas ini!! dear ex jgn cari aku ya selepas ini moga kau bahagia dengan pilihan kau. dan kau ego, tiada kata maaf daripada kau kan? sebab kau tengah bahagia sekarang.

dear readers dokan aku ya, aku mengambi lmasa nak move on, ye lah barang hantaran dah separuh terbeli kan.mana nak letak air muka ni. jodoh ini rahsia allah sekuat mana kita pegang, setia. jika allahtk nak bagi tidak menjadi juga. las kalam besar mana masalah yang kita hadapi, hamparlah sejadah carilah allah. mengadulah, menangislan kerna dia rindukan rintihan Sang abdullah.

Kadang-kadang aku juga terfikir, allah tak akan menguji hambanya di luar kemampuan kan?dan kita juga perlu bersangka baik. mungkin allah juga telah mengatur yang baik-baik tentang jalan cerita hidup kita, Allah is as u think He is. Have a good expectation about Allah and promise that He won’t fail u. bila segala perancangan kita tidak menjadi seperti apa yang kita harapkan, senyumlh dan ingatlah manusia merancang dengan cita-cita, tapi Allah merancang dengan cinta. kepada yang senasib dengan saya, bersabarlah dengan apa yang terjadi, bagi aku sangat pahit menerima ujian ini, kerana selama mana kau mengenali seseorang, tidak semestinya dapat penghujung yang baik. dan boleh jadi orang yang sangat baik dengan kamu itu juga adalah musuh dalam selimut. jadi beringatlah, jangan kita terlalu percaya kepada seseorang melebihi kepercayaan kita dan jangan bagi hati kita sepenuhnya kepada dia. maaf tulisan aku berterabur, hati aku sakit, kepala aku pusing.doakan aku kuat ya! kalau aku rajinaku tulis lagi sambungan ye…..

miz nur.

– Nur

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *