Redha Dengan Takdir?

Assalamualaikum semua, nama aku Nur (bukan nama sebenar), berumur 24 tahun. Aku tak tahu nak mulakan cerita ni dari mana. Sebelum tu, aku harap sangat artikel aku yang tak seberapa ni diterima.

Terima kasih IIUM Confession (Kalau cerita aku ni sudi di post). Aku hanya ingin meluah dan minta pendapat orang lain.

Nama aku Nur, aku baru sahaja habis bergraduasi dan aku kerja sementara sebagai receptionist di klinik swasta.

Dan teman lelaki aku, aku namakan sebagai M, berumur 27 tahun, baru sahaja dapat bekerja dalam sektor kerajaan.

Perkenalan aku dengan teman lelaki aku bermula di facebook dan dia merupakan senior aku masa sekolah menengah dulu.

Dari facebook, sampailah akhirnya setelah 3 bulan kenal tu, aku dan dia berjumpa buat kali pertama.

Aku rasa boleh ngam dengan dia. Perbualan kami semuanya ngam, sealiran. Aku suka dengan dirinya yang soft spoken, family man, hormat orang tua.

Parents aku pun suka dia sejak kali pertama dia datang rumah jumpa parents aku.

Dipendekkan cerita, hubungan aku dengan dia dah masuk 2 tahun lebih. Hubungan aku dengan dia baik sahaja, tak ada masalah sangat walaupun kami menjalani long distance relationship.

Kami sama sama berasal dari Sabah tapi dia pula bekerja di Selangor. Setiap dua bulan, dia akan balik jumpa aku, luangkan masa bersama.

Kalau nak cakap kami ada bergaduh, memang ada tapi kami jenis gaduh yang kena settle dalam hari tu juga. Haha, tak suka meleret leret.

Aku pun jenis yang tak suka chat hari hari, call hari hari. Sebab kadang bila penat balik kerja, penat tu tak dibuat buat. Terus nak tidur ja.

Aku faham dia, dia pun faham aku. Aku ni suka hubungan yang tenang, tak banyak gaduh.

Normal ke aku ni?

Hubungan kami ni baik ja sampailah ada kewujudan perempuan ni. Perempuan ni seumur dengan M, 27 tahun juga.

Perempuan ni, aku namakan sebagai Ayu, suka dengan M. Dan dia ni pun senior aku juga masa di sekolah menengah tu.

Sebenarnya, dulu M pernah suka Ayu masa sekolah menengah dulu, biasalah cinta monyet tu.

Tapi lepas M dapat tahu perangai Ayu yang sosial, suka berkawan dengan ramai lelaki. M terus tak suka. Tapi, dulu Ayu memang tak suka dengan M sebab Ayu pun ada bf.

Tak lama tu, kisah mereka terputus macam tu saja. Tapi, aku tak tahu apa lah motif Ayu ni tetiba datang selepas 10 tahun di saat dia tahu M menjalani hubungan dengan aku.

Aku dengan M pun memang ada plan setahun lagi nak tunang/kahwin. Tapi perancangan itu tak jadi, disebabkan Ayu ni.

Bagi aku, tak kisahlah belum kahwin ke atau apa, perlu hormat juga hubungan orang. Kenapa suka suka nak masuk jarum dalam hubungan orang.

Dipendekkan cerita lagi, Ayu ni tanpa segan silu datang ke rumah M sendiri masa M ada di Selangor. Ayu ni cuba mengambil hati parents M. Sedangkan keluarga M pun tahu M ada hubungan dengan aku.

Tapi aku tak pernah jumpa family M sebab bagi aku, kalau M nak bawa aku, dia sendiri yang akan bawa aku jumpa family dia.

M sendiri memang nak bawa aku dah masa raya hari tu tapi tiber Ayu yang bertindak terlebih dahulu, datang sendiri. M yang cerita benda ni. Dia pun terkejut.

Parents aku pun cakap, tak manis kalau kita sendiri beria pergi rumah teman lelaki. Tapi, untuk Ayu, tidak. Dia datang ke rumah tu sendiri dan dia perkenalkan diri sebagai kawan M.

Apa motif dia eh, dah tahu M dengan aku. Aku rasa sakit tapi aku cuba untuk tidak layan sangat.

Tup tup, parents M ni berkenan dengan si Ayu sebab Ayu ni pun dah lama kerja kerajaan.

Faham-fahamlah orang tua kalau bab kerja government ni. Sedangkan aku, baru sahaja graduate, dan aku pun kerja sementara di klinik swasta.

Aku juga ada niat sambung master lagi. Entah, aku rasa sakit sangat. Aku jadi membandingkan diri aku dengan Ayu.

Parents M berkenan sebab dia kerja kerajaan? Tapi M cuba yakinkan aku, M tak pandang semua tu. M kata M cuba cakap dengan family dia sebab hati M memang tak ada dengan Ayu.

Masa ni, aku menangis, sakit sangat. Aku sayang M dengan ikhlas. Dan, aku ada dengar cerita Ayu ni ada kisah silam dia dengan ex dia yang dulu.

Dan pernah melakukan benda tu dengan ex dia yang dulu. Jadi, motif dia nak cari M semula untuk apa.

Dulu M pernah suka dia, dia ingat M masih ada perasaan dengan dia ke selepas 10 tahun.

Kawan kawan M pun rasa ada benda yang tak kena. Perlu kah dia cari M, nak jadikan M tu destinasi terakhir dia ke apa. Kawan-kawan M yang cakap benda ni.

Aku sendiri terfikir benda yang sama tapi aku cuba husnuzon, sampailah Ayu tu sendiri tetiba berani dm aku kat ig.

Dia cakap macam ni “Aku dah lama kejar M tu. Kau dengan dia pun, baru 2 tahun kan. Alaa masih baru lagi”.

Boleh pulak dia cakap macam tu ye. Aku rasa geram, sedih entah bercampur baur.

Tapi aku bukan jenis yang hamak sangat kejar lelaki.

Dan, dia sendiri kata “Aku akan pastikan M tu akan tunang dengan aku, aku cuba ambil hati family dia semua. Ko pun tak pergi jumpa family dia, kalau tak, mesti parents dia pun nak kau”

Aku tak faham apa motif dia ya. Apa yang perlu aku buat. Masa ni, aku serabut.

Aku rasa sakit bila aku asyik bandingkan diri aku dengan Ayu. M pula jenis family man, aku takut kalau akhirnya dia terpaksa akur dengan keputusan family dia.

Tapi M beria ria pujuk aku jangan putuskan hubungan dengan dia, jangan tinggalkan dia. Tapi aku takut, hmm.

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *