Assalamualaikum, kali ni rasa nak ajak borak. Ceritaku tak berat, tapi boleh la ambil pengajaran.
Aku Kuntum F,29. Dah berkahwin, ada anak 2 orang. Dah berkahwin tahun ni dah cecah 7 tahun. Umur aku dengan laki beza setahun je. Aku cuma nak cerita je, sebab aku tak tahu nak meluah kat siapa.
Aku dengan husband bercinta dari sekolah lagi. Lepastu umur 22 decide nak kawin. Sebelum kawin lagi, aku kenal suami aku ni memang suka berkawan dengan perempuan. Dan dia banyak je menduakan aku. Putus kejap, dia punya kenalan perempuan sangat ramai.
Sedangkan aku masa fasa putus tu aku cuma ada kenalan lelaki 1 je, tu pun red flag. Sempat bertunang dan putus. Lepastu dia approach aku untuk kawin. Mungkin aku jenis setia atau aku manusia yang lurus? Aku tak pasti, aku terima jela balik.
Suami aku baik je, lembut, pandai la berkata kata tu yang ramai perempuan melekat. Muka biasa2 je, tapi entah la. Rajin je melayan aku yang childish ni. Tapi aku memang ada redflag sendiri iaitu baran.
Sebelum berkahwin, memang aku dah pesan kat diri sendiri, aku patut terima perangai suami aku yang ramai kawan perempuan, sebab aku kenal dia dah lama. Kiranya aku fikir aku patut terima kelemahan dia. (Kesilapan pertama aku)
Dan selama aku berkahwin, selalu sangat bergaduh tentang perempuan, macam tak tahu dosa tentang batasan. Dan lama2 aku penat.
Memang aku tak cek pun telefon dia, sebab bila aku check pun, memang hancur la hati aku ni. Aku memilih untuk tenang bersama anak2. Cuma tiap kali hati aku terdetik, atau perasan perubahan dia. Aku akan baca yasin je. Tu jela kot ubat untuk jiwa aku.
Nak kata berduit sangat tu, tak pun. Aku bantu dia mana patut. Komitment pun kitorang split sama2. Entah la, dari harini aku tak dapat brain, aku jadi keras macam ni pun, sebab aku terpaksa kuat.
Kadang2 aku penat sangat semua benda aku kena tanggung sendiri. Dan kitorang selalu bergaduh perkara yang sama je.
Dia nak aku faham dia, aku nak dia faham aku. Maam mana la aku nak faham dia, sedangkan aku sama2 pikul tanggungjawab dengan dia, sedangkan isteri tu untuk di nafkahi, dan akhirnya aku terima je. Aku fikir mungkin susah sama2 nanti akan senang sama2 (kesilapan kedua aku).
Pendek cerita, baru2 ni kantoi dah suami aku curang lagi. Kalini memang aku dapat semua, aku dapat baca ayat manis laki aku dengan perempuan.
Entah la macam nak separuh gila dah. Dia sanggup perjuangkan perempuan lain lebih dari aku yang terpaksa hadap kesusahan dia. Aku memang tanya dia, dan dia memang mengaku jela sebab dah kantoi.
Patut la dia yang sanggup daftar untuk kaunseling. Patut la tawar hati, apa yang aku buat tu dia terpaling victim. Katanya tak sanggup nak kena marah, kena maki dan sebagainya. Aku ni marah sebab dia selalu repeat kesalahan yang sama je, aku pun penat dah marah.
Patut la 3 minggu sebelum kantoi, perangai dia sangat la berubah. Biasa lah lelaki tak multi task. Baru je lepas pergi kaunseling sama2, tapi macam tak membantu sangat. Pegawai tu ada tanya nak teruskan tak perkahwinan ni. Dia memang laju sangat jawab tak nak.
Lepas balik kaunseling tu, aku memang minta dia buat keputusan untuk baiki atau taknak teruskan. Dia macam tak ada jawapan. Tapi yela kita ni perempuan, faham sangat dengan bahasa tubuh. Orang paling lama yang kita kenal kan.
Jadinya, aku akan buat keputusan, aku dah tahu jawapan dia. Tolong doakan aku kuat ya, isnin ni aku akan pergi mahkamah syariah untuk proses seterusnya.
Untuk aku, aku nak je perbaiki kesalahan aku, tapi itula. Suami aku yang tak nak. Walaupun luka aku sangat dalam. Aku rasa pengorbanan aku di sia-sia je. Mudah je dia buang aku macam ni kan.
Aku tak tahu macam mana nak kuat, sememangnya aku sangat lemah sekarang ni. Semoga aku dapat lalui ujian yang berat ni. Aku harap aku dapat kuat demi anak2 aku.
– Kuntum (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit