Assalamualaikum kepada semua pembaca IIUMC… Selalu aku jadi pembaca tapi kali ni aku nak meluahkan apa yang terbuku dalam hati.
Untuk pengetahuan aku berusia 34 tahun dan tinggal bersama dengan orang tua aku selepas berkahwin. Suami pula sebelum kahwin tinggal bersama dengan majikan dia atau ayah angkat dia.
Aku telah bernikah 11.12.2020… dan kini di ambang perpisahan. Mungkin salah aku yang juga tak sabar nak kahwin walaupun suami masa tu mintak tangguh memandangkan kesihatan dia dan emosi dia. Tapi aku yakinkan dia untuk kitaorang meneruskan perkahwinan.
Rasanya tak sampai seminggu perkahwinan yang aku sempat rasa bahagia. Selepas dari haritu aku kerap menangis sebab rasa banyak makan hati dengan perangai dia.
Sepanjang berkahwin banyak berdiam tanpa kata-kata sampai aku rasa macam kahwin dengan tunggul kayu. Tapi tetap aku sabarkan diri.
Aku layan dia sebaik mungkin, aku terima dia seadanya dia seikhlas hati. Perempuan ni suka bermanja tapi tu la aku terhegeh-hegeh kat suami sendiri. Tapi aku abaikan sebab aku sayang dia.
Dua minggu selepas kahwin dia sebut pasal sakit dia yang aku tak boleh bagitahu dan aku tahu sakit dia sebelum kitaorang kahwin lagi. Aku terima sebab aku nak bangi semangat dan aku sanggup harungi sama-sama.
Dia bagitahu apa doktor cakap dan decide untuk berpisah. Selepas dari yang tu dia makin kerap mintak berpisah sampai aku hidup aku jadi haru biru. Hari-hari menangis apalah nasib baru kahwin dah nk bercerai dalam masa terdekat. Siapa yang suka kahwin untuk bercerai.
Sebelum PKP baru-baru ni dia kata bilik kitaorang duduk panas dan kerap mimpi hantu. Aku terus terfikir yang dia kena gangguan. Dia sebut lagi pasal berpisah kali ni nekad, dia nak balik kampung dan mungkin takkan balik rumah ni lagi.
Betullah apa dia kata, sampai sekarang dia tak balik lagi sebab PKP dan balik pun akan balik rumah ayah angkat dia. Rumah ayah angkat dia kira dekat juga dengan rumah kitaorang.
Lepas dia balik tu aku cuba untuk berubat, jumpa mak cik ni yang boleh ubatkan dari jauh (rawatan secara Islam). Mak cik tu bagitahu ada gangguan, penghantaran pemisah.
Jadi aku teruskan berubat tapi mcam yakin tak yakin, silap aku juga la sebab aku rasa tawar hati dan kecewa sebenarnya.
Bila dia sebut pasal pisah lagi terus jadi macam tak betul emosi. Masa yang sama aku nak teruskan berubat juga. Takut suami aku ni bercampur sakit yang menyebabkan dia murung dengan gangguan ni,
Tapi semalam bertambah teruk lagi, aku telefon dia sebab dia tak ingat dah kat akunya. Dia nekad dan muktamad untuk lepaskan aku secara baik, hati aku rasa pedih sangat.
Kenapa dia tak nak cuba selamatkan perkahwinan ni. Tapi memang aku akui apa dia cakap memang betul. Untuk apa teruskan kalau hati dia tak bahagia. Dia tak mampu nak teruskan perkahwinan ni. Cuma aku tak tahu la kenapa aku still menangis dari malam tak henti nangis.
Kerja tetap kena pergi walaupun WFH, ikutkan memang aku takde mood tapi fikir kalau tak datang dah menyusahkan kawan. Bawak kereta pun tak berapa nak fokus, kerja lagilah out.
Lupa dan salah buat kerja, duduk pula kat tempat yang heavy duty. Kalau salah kena marah dengan bos, dalam dilema nak cerita ke tak kat bos sebab aku memang takleh fokus kerja sangat. Ada masa ok ada masa tak ok.
Hati aku dah tawar dengan suami sebenarnya tapi aku pelik kenapa aku masih menangis dan sediah setiap kali timbul isu ni. Mungkin sebab rasa sayang tu masih ada. Cepat atau lambat memang aku kena bersedia dan redha yang kitaorang akan berpisah.
Aku tak salahkan dia dengan apa yang jadi. Aku tahu dia pun nak lakukan yang terbaik untuk kami. Dia risau masa depan aku kalau aku pula dijangkiti.
Untuk pengetahuan semua pembaca suami aku ni jenis kalau kata A, maka A lah. Tak boleh nak ubah dah keputusan. Jenis pula susah nak berbincang. Mak ayah aku dah tahu, keluarga dia pun aku dah maklumkan yang suami aku nak lepaskan aku.
Sekarang kitaorang tengah berusaha untuk sembuhkan dia dari gangguan. Tapi aku tahu semalam memang dia nekad dalam waras bukan sebab gangguan tu. Aku pun kena teruskan kehidupan, bersiap sedia sandang title janda.
Maaf jika ayat ada yang terkurang, aku masih dalam emosi kurang stabil dan sedih. Cuma aku jadi macam putus asa untuk berubat sebab dia tetap dengan keputusan berpisah. Hari ahad tu ada panggil ustaz datang tengok rumah, memang panas bilik kitaorg tu.
Ustaz dah pagarkan rumah, cuma aku rasa putus asa untuk ubatkan dia. Cuma biarlah aku fikir dah alang-alang berubat ni teruskan jelah untuk keharmonian rumah yang aku tinggal puluh tahun dengan mak ayah aku.
Nasib baik mak ayah aku support aku, apa jadi dorang ada dan tak salahkan aku. Cuma rasa ralat dan sedih buat masa ni. Andai kata dengan berpisah boleh buat suami aku sihat dan gembira aku redha untuk dilepaskan.
Terima kasih sudi terima jadi isteri walaupun bahagia tu sebentar. Aku kena kuat teruskan semangat. Maaf sekali lagi kalau agak pening dengan luahan aku. Aku tak mampu pujuk dia sebab dia dah tak sayang aku lagi sebagai isteri.
– Unachan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit