Assalamualaikum semua. Nama saya Aida. Kisah saya ni adalah untuk cuba memupuk awareness kepada korang di luar sana terutamanya peniaga-peniaga kecil.
Saya dah lama kerja sendiri. Sejak umur 25 tahun. Tapi saya tak pernah daftar SSM. Memang saya akui salah pemahaman saya dan saya tidak bertanya kepada pihak-pihak berkenaan serta menuntut ilmu tentang pengurusan akaun yang betul.
Sebab tu saya tulis story ni supaya golongan muda terutamanya yang baru nak start niaga jangan buat apa yang saya buat ni.
Pada tahun 2018 baru saya daftar SSM. Masa ni pun saya still takut-takut nak mula sebab saya duk fikir banyak la nak kena bayar tax nanti, leceh la nak buat semua sendiri dan macam-macam. Pemikiran saya memang tak betul time ni.
Lepas saya buka SSM saya ke bank nak apply akaun semasa tapi masa tu bank kata saya kena bawa introducer. Aduh kita ni dah la buat semua benda sorang-sorang. Kenalan semua bukan dalam kalangan bisnes. Semua kerja makan gaji.
Masa ni mood terus drop dan rasa give up dah pasal benda ni sedangkan dalam kepala all the time duk fikir bila boleh beli rumah pertama, nak beli kereta idaman.
Sebab simpanan dah almost 70k masa ni tapi cuma boleh gigit jari orang lain semua duk tunjuk pencapaian beli rumah pertama, rumah investment, kita pula masih lagi duduk menyewa.
Tahun 2019 hidup saya busy dengan kerja plus sambung belajar plus adik bongsu SPM. Tanpa sedar SSM saya dah expired bulan 9 2019. Maaf kalau saya silap kita boleh renew cuma dalam tempoh setahun selepas tempoh expired plus penalti lambat bayar SSM.
Tahun 2020 kita dilanda pandemik. Masa ni memang saya langsung tak fikir pasal SSM ni. Pendapatan pun terjejas teruk tahun 2020. Ada tapi sikit. Hanya fikir untuk survive saja time ni. Langsung tak fikir dah pasal nak beli rumah ke apa
Tahun 2021 awal tahun ni saya start buka balik SSM baru dan boleh buka akaun semasa tanpa introducer. Kenapa saya buka baru? Sebab saya ingat SSM lama saya dah takde function dan masa ni pun semua kena dftar online.
Pergi kaunter tapi diorang tak boleh entertain banyak sebab SOP. Tapi memang ya pun. SSM lama saya memang dah void dapat tahu baru saja.
Ni part yang buat saya remuk. Saya ada jumpa kawan lama. Sembang-sembang pasal aset etc. Pastu dia suruh saya dm sorang akauntan ni kawan dia. Tanya pasal buat akaun dan tax.
Kawan saya tula yang mulakan perbualan ni. Dia kata kalau buat akaun dan daftar LHDN mesti dah boleh buat loan rumah.
Saya cuba-cuba saja tanya akauntan tu. Saya cerita saya tak boleh buka akaun semasa dulu sebab takde introducer. Dia cakap pihak akauntan boleh jadi introducer. Whatt??? Kenapa baru tahu ni??
Saya dah cakap saya rasa akaun saya dah void. Dia kata dia boleh tolong cek online saya tak payah pergi kaunter.
Siap sembang tanya pasal resit. Alhamdulillah saya ada lagi resit perniagaan saya simpan. Cuma resit bil belanja saja takde.
Bila bagi income last 3 years pun dia cakap kalau ada banyak ni memang senang loan lulus. Masa ni tengah excited kononnya boleh buat loan rumah dalam masa terdekat.
Lepastu saya tanya pasal yuran akauntan dan penalti LHDN. Harga sangat affordable so jangan takut nak hire akauntan untuk buatkan penyata tahunan ya.
Then akauntan tu mesej balik cakap SSM saya dah void. Hancur musnah impian yang diberikan dia pada saya baru beberapa jam sebelum tu. Hahaha. Sayang kan.
Sekarang kena tunggu setahun setengah baru boleh apply loan guna SSM yang saya daftar tahun ni.
Sekarang saya menyewa rumah RM850 termasuk bil. Rugi kan? Kalaulah kesedaran ni datang lebih awal RM850 tu dah lepas ansuran rumah.
Ok benda yang saya nak highlight kan dekat sini, korang yang nak buka SSM tu jangan tangguh-tangguh walaupun korang nampak perniagaan korang tak boleh pergi jauh sekarang. Mana tahu tahun depan bisnes korang letup? Jangan masa tu baru nak daftar SSM.
2 tahun tu lama woi. Renew SSM korang cukup masa walaupun bisnes korang tak jalan pun time tu. RM60 saja setahun. In case korang nak beli rumah masa tengah untung SSM korang dah lebih 2 tahun.
Bila dah confirm bisnes tak jalan dan dah fikir masak-masak baru korang tutup SSM korang. Sebab rugi umur kita kalau asyik bertangguh. Siapa tak nak ada rumah sendirikan? Aset sendiri.
Yang rasa benda ni complicated macam saya dah kena start belajar dan berguru sebelum terlambat. Sekian.
– Aida (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit