Relevan Lagi Ke Perigi Cari Timba?

Hi. Nama aku Ira (bukan nama sebenar), berumur 22 tahun, dan masih menuntut dalam tahun akhir di sebuah universiti tempatan. Harini aku nak cerita sikit pasal tajuk ‘Perempuan & Perigi Cari Timba’ ni. Aku tahu kita sebagai perempuan malu sangat nak mulakan sesuatu dalam hubungan yang macam ni kan, lagi-lagi kalau umur makin lama makin meningkat.

Okay, berbalik pada tajuk asal aku tadi, macam biasa, kita dah dibiasakan dengan mentaliti perigi cari timba ni kan.

Nampak tak manis, nampak murahan, macam-macam lah bila perempuan yang mulakan dulu. Tapi percayalah, kalau kau buat benda ni dengan niat yang baik, InsyaAllah akan dipermudahkan. Senang cerita, bila kau mulakan untuk serious pilih bakal suami kau. Pernah dengar kan, bila kita nak kahwin, kita boleh tentukan siapa bakal imam kita. Kita yang mencorakkan nak imam yang macam mana. Kita yang nak bina masjid, kita lah kena berani memilih. Memang orang akan kata, tapi biarlah. Kita pilih untuk kehidupan kita, biarlah kekal dunia dan akhirat, InsyaAllah.

Aku bukanlah seorang perempuan yang baik, yang sopan-santun, cakap lemah-lembut. Bukan. Aku jenis seorang yang agak kasar sikit, suka gelak kuat-kuat, banyak cakap, senang cerita aku seorang yang happy go lucky! Tapi nak ditakdirkan macam mana, aku tetiba tersuka dengan seorang lelaki ni. Amir (bukan nama sebenar) berumur 26 tahun, graduan UIA, dan sudah mempunyai kerjaya sendiri. Aku tahu Amir ni seorang lelaki yang baik, berasal dari keluarga yang alim-alim, yang mak & kakak-kakak dia semua memakai tudung yang labuh, dan ada juga yang berpurdah. Tapi dari sudut hati aku, memang aku tahu dia anak yang baik pada mak ayah dia. Dari situlah, entah macam mana, aku pernah terdetik nak jadi isteri dia.

Hahahaha kelakar kan? Nak tahu sebab apa kelakar? Sebab aku pernah jumpa dia sekali je, tu pun sekejap sangat. Tak sempat nak berkenalan apa-apa pun. Tapi aku tahu semua benda tu dari Facebook dia lah.

Aku tahu orang mesti kata “Betul ke dia ni, baru je kenal dah pikir nak jadikan orang tu laki” Entah, tapi aku rasa dia boleh bimbing aku untuk ke-Syurga Allah. Aku pasti, walaupun aku tak tahu macam mana aku boleh rasa macam ni. Aku berdoa supaya dia jodoh aku. Tapi bila difikirkan balik, aku rasa aku tak layak. Yelah, orang tu dari kecik dah dibesarkan dalam suasana yang macam tu, yang agamanya insyaAllah cukup. Sedangkan aku, solat pun kadang-kadang berlubang tertinggal-tinggal lagi. Jauh sangat nak dibandingkan dengan dia yang serba-serbi cukup. Bila rasa macam ni, aku teringat satu janji Allah ; “Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.” Terus aku teringat dosa-dosa aku yang lalu, Allah, malunya..

Sejak dari tu, aku cuba nak jadi perempuan yang baik-baik. Aku cuba untuk cukupkan solat 5 waktu aku. Aku cuba untuk labuhkan tudung aku sikit-sikit (tutup dada), belajar cakap yang baik-baik. Tapi dalam sudut hati, aku berdoa supaya Tuhan jodohkan aku dengan dia. Aku pun ada impian nak jadi perempuan solehah, perempuan yang Tuhan sayang.

Bila aku cerita dengan kawan-kawan aku pasal ni, seloroh je “Nak ke ustad alim-alim tu dengan perempuan yang suka gelak macam saiton ni?” Hahahaha entahlah. Aku cuba. Dan pada malam tu, aku text Amir tu, then aku luahkan apa yang aku rasa. Aku cerita macam mana boleh timbul segala perasaan ni. Buat pertama kali dalam seumur hidup, aku sendiri yang confess kat Amir. Malu bukan kepalang. Sampai ke harini tak hilang lagi aku punya malu tu hm

“Awak, saya suka awak.” Text pertama yang aku hantar kat dia. Hahaha aku tak tahu dari mana aku dapat kekuatan nak hantar text macam tu dekat seorang lelaki, ustad UIA pulak tu, kau rasa? Hahaha time tu Tuhan je yang tahu macam mana hati aku ni, nak tercabut jantung semua ada. Aku siap cakap dekat hosmet aku, “Nak amik final paper pun tak teruk macam ni lah nervous dia.” Yelah, kalau kena reject kan malu. Lagipun, aku sedar jugak diri ni kalau nak dibandingkan dengan Amir tu. Dia orang baik-baik, tapi aku.. Hm rasa tak setaraf betul kalau nak digandingkan, lagi-lagi bab ilmu-ilmu agama. Hm

Tapi takpelah, at least aku mencuba kan, dari nanti sendiri yang frust gigit jari bila tetiba dapat kad kahwin dari ustad tu hahaha then after a few text, he give me a positive response. Mungkin dia pun nervous kot tetiba dapat text macam tu dari seorang perempuan. Tambah pulak Amir ni jenis yang agak pemalu sikit dengan perempuan. Then bila aku dah confess macam tu kat dia, tetiba rasa macam lega sangat. Aku taklah suruh dia paksa terima aku ke apa, tak. Apa pun feedback yang dia bagi lepasni, aku terima. Sekurang-kurangnya aku dah bagitahu apa yang aku rasa, then aku berbangga sebab berjaya confess soal hati ni. Hahaha

Bila aku bagitahu kawan-kawan aku semua, all of them support me! Yelah, dalam antara kawan-kawan aku, aku ni perangai yang lain macam sikit. Tak macam perempuan lain yang sopan-sopan, lembut lemah gemalai tu, hahaha Bila jadi macam ni, rasa macam terharu sangat. Tapi dalam banyak-banyak kawan aku, ada satu ayat ni yang buat aku tersentuh ;

“Takpelah Ira, mungkin Tuhan nak bagi kita peluang dengan bagi jodoh yang baik-baik kat kita. Doa banyak-banyak.”

“Takpelah, kau dah cuba. Kenalah ada doa dengan usaha, baru menjadi. Kalau doa je takde usaha, tak jadi jugak kan. Macam kau cakap kau nak dekan sem ni, tapi kau tidur je hari-hari. Boleh ke dekan macam tu? Samalah macam jodoh ni, kena usaha sikit. Lepastu tawakal, serahkan semua kat Tuhan.”

Dan sekarang, aku terima je apa yang jadi lepas ni. Kalau ada jodoh, adalah. Kalau takde pun, takpelah. Siapa yang tanak jodoh baik-baik ni kan? Bila kau rasa kau dah serious pasal jodoh ni, kau akan pilih yang lebih kepada agama. Hensem ke, kaya ke, apa semua tu tak penting dah. Kau akan pilih orang yang kau rasa boleh bimbing kau ke Syurga. Yang boleh bentuk kau jadi perempuan yang solehah, dunia dan akhirat.

So, point aku kat sini, kalau kau rasa kau suka dekat seorang lelaki yang baik, yang jaga solat dia, kau cakap je. Tak salah pun. Sekarang pun dah 2016, takde lagi dah zaman perigi cari timba ni. Kalau kau nak, kau usaha. Kalau memang rezeki kau, tak kemana. Malu, memang malu. Tapi malu untuk benda yang baik apa salahnya kan? Orang pun pernah cakap kan, kita makmum kita boleh pilih bakal imam kita kan? Ha pilihlah, mana yang terbaik untuk diri kita. Yelah, kita nak hidup dengan orang tu bukan sehari dua, tapi selama-lamanya kan, insyaAllah. Niat baik mesti Allah bantu, minta dengan Dia. Dia tahu mana yang terbaik untuk kita, dan Dia juga sebaik-baik perancang.

Setakat ni dulu cerita aku pasal perigi cari timba ni. Kalau ada apa-apa feedback lepas ni, nanti aku update lagi. Terima kasih sebab sudi baca! Hehehe

– Ira

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit