Religious Trauma

Hi semua, Aku Merpati (bukan nama sebenar). Seorang gadis single yang hampir mencecah her 30s.

Aku membesar dalam keluarga yang patriarchal sebab aku dibesarkan sendiri oleh ayah aku selepas ayah divorced dengan mak.

So, dari kecik aku dah lali ditinggal sendiri dalam rumah main dengan patung cakap sendiri. Sehingga ayah berkahwin lain.

Mak tiri aku baik. Lepas perkahwinan mereka, aku dikurniakan adik lelaki yang comel. On the surface nampak macam kami the picture perfect family.

Tapi sebab aku anak sulung perempuan, ayah aku sangat atau mungkin terlampau protective. Selepas aku akil baligh, aku tak dibenarkan keluar rumah lagi.

Dulu boleh main basikal, boleh pergi taman. Sekarang tak boleh.

Long story short, aku dipaksa masuk asrama. Walaupun aku sangat tak boleh adapt, dan minta berkali-kali untuk pindah, tapi rayuanku tak diendahkan.

Sehingga aku masuk university jauh dari rumah. Aku rasa masa tu aku paling bebas in a good way. Merpati yang terlepas dari sangkar. Kawan-kawan aku (perempuan mostly) suka ajak aku join event yang menarik.

Kami juga pergi food hunting, explore campus, hiking, dsb. Bila cuti, aku akan berikan alasan untuk tidak balik rumah. Namun semasa PKP, aku terpaksa balik.

Kehidupan di rumah sambil belajar sangatlah membebankan. Aku dipaksa makan ikut jadual mereka, masak ikut jadual mereka dan semua kena ikut jadual keluarga.

Berkali-kali aku cakap, aku ada deadline assignment, ade video presentation, ada meeting, tapi mereka tak endahkan. Mereka cuma cakap aku pentingkan diri, asyik kurung diri dalam bilik.

Sampai tahap aku terpaksa drop lebih separuh course aku untuk cater kepada needs keluarga aku untuk serve mereka. Aku akur walaupun hatiku sakit.

Lepas aku graduate, of course aku nak kerja. Aku dapat offer kerja oleh lecturer aku tapi family aku larang sebab jauh. Mereka suruh aku cari kerja di runah.

Dengan alasan anak-anak terutamanya anak perempuan wajib ikut cakap ibu bapa dan segala yang ibu bapa tidak suka walaupun sikit akan tempahkan diri dalam neraka sebab Allah murka.

Aku akur tapi bila aku balik, lain pula jadinya. Mereka suruh aku duduk di rumah dan uruskan rumah. Aku cakap aku nak kerja. Mereka palau permintaan aku. Aku diam. Aku turut kata mereka.

Sampai tahap aku tak tahan, aku keluar rumah dan cari kerja sendiri di ibu kota. Hanya bertahan tak sampai setahun selepas ibu bapa aku kata mereka tak redha dengan kerja aku.

Aku kerja halal. Bukanlah menjual badan, menjual diri, menjual agama. Cuma bukan kerja office Papa Megah holding yang banyak gajinya. Mereka tak suka. Mereka nak aku kerja office terus dengan gaji besar.

Selain cakap tak suka da tak redha, mereka ingatkan aku tentang kemurkaan Allah, bala dari Allah kalau ibu bapa tak redha. Mereka dah dapatkan satu position di company kawan mereka.

Aku cakap aku akan balik tapi aku nak cari kerja sendiri. Itu pun mereka bantah. Aku akur. Aku balik dan hidupku hanyar kerja balik rumah kemas rumah. Dan pusing situ sahaja.

Sampailah ada situation di mana aku sakit dan terpaksa cuti. Timbul masalah di situ dengan pihak atasan dan sebab cable, mereka contact keluarga aku. Aku diberhentikan. Situation dia lebih complicated tapo ini ringkasannya.

Masa aku diberhentikan ini ayah, mak tiri, dan adik tiri aku semua berkumpul untuk ‘basuh’ aku masa aku tengah lagi sakit. Cakap aku tak bersyukur. Susah mereka dapatkan kerja dengan ‘cable’ untuk aku itu.

Apa-apa aku cakap untuk terangkan aku sakit akan dibalas orang lain sakit elok boleh kerja. Tak bersyukur. Anak yang menyusahkan ibu bapa. Membebankan. Tak cium bau syurga.

Redha Allah dekat redha ibu bapa dan perbuatan aku ni menyebabkan diorang hampir tak redha. Tapi mereka cakap, mereka baik, mereka masih fikirkan anak-anak jadi mereka ‘basuh’ aku dulu.

Aku diam. Last-last aku hanya minta maaf dan aku diam macam batu atas apa-apa yang mereka cakap. Bila nampak aku tak ada respon baru mereka stop. Kalau tak dah sejam tu boleh drag sampai lagi lama.

FYI, ni bukan pertama kali aku kena ‘basuh’

Masa aku menganggur, segala apa ke mana diorang nak pergi aku ikut. Tapi pakaian mesti kena ikut cakap diorang ya.

Tak boleh warna terang walau menutup aurat. Tak boleh pakai selipar atau kasut terbuka walau pakai stokin sebab nampak bentuk kaki, akan ada lelaki tergoda.

Ironinya, mak tiri aku boleh pakai itu semua tapi aku tak boleh. Sebabnya mak tiri aku dah berkahwin dah berusia tidak ada lelaki yang melihatnya sebab ayah aku ada.

Aku diam. Kalau aku nak beli nasi lemak depan rumah, atau sabun mandi aku habis nak pergi kedai runcit jauh sikit, aku dilarang.

Buat apa keluar rumah duduk rumah bersihkan rumah. Sabun mandi ada lagi ada sabun buku. Nasi lemak? Kat rumah ada macam-macam makanan.

Kalau ada kawan-kawan aku (perempuan semua) yabg jemput majlis kahwin, tunang, atau hangout, mereka akan larang. Perlu ke nak keluar? Serve keluarga itu lagi penting dan mulia di sisi agama.

Aku jadi dendam. Walaupun aku tau agama Islam tak macam ni, ini just culture Melayu aku jadi marah. Sampai aku persoalkan kenapa agama ni tak adil untuk anak perempuan.

Aku lihat kehidupan adik tiriku. Dia lelaki. Kemana dia nak pergi bebas. Balik pukul 2 3 4 pagi itu biasa. Bawak perempuan kehulu kehilir itu perangainya

Bilik dia, sepah dia aku yang perlu kemas. Ibu bapaku cuma menegur dengan nada lembut janganlah buat macam tu lagi. Bila dia buat jugak, ibu bapa ku cuma diam.

Dan jadikan aku sebagai therapist mereka. Sejahat-jahat aku, aku cuba tenangkan mereka. Ada satu tahap ibu bapaku tegur hanya kerana tidak membasuh pinggan, dia keluar rumah pergi ke rumah kawan tatkala hujung Ramadhan.

Lepas beberapa hari dah raya baru dia balik. Minta maaf. Anak kesayangan sentiasalah dimaafkan. Tiada kata-kata mak bapak tak redha, Allah murka, Nabi suruh macam yang mereka cakap pada aku.

Lama-lama aku shut down, aku rasa diri aku penuh dengan benci dan amarah. Lagi bila aku terperap dalam rumah. Offer kerja yang aku dapat, even kerja government yang dapat aku terpaksa tolak sebab tak kena tekak mak bapak aku.

Aku buntu. Source of income tiada. So aku tiada wang, cuma sedikit sang simpanan. Yang sedikit itulah aku buat order sabun, barang-barang keperluan ku sendiri online.

Bila dah lama aku jadi marah. Kenapa Tuhan lahirkan aku dalam keluarga macam ni. Kenapa anak perempuan dan anak lelaki dilayan berbeza? Tak Adil. Ini tak adil.

Aku jadi benci. Line between religion and culture dalam otak aku nampak macam makin blurry. Aku banyak kali berharap Allah tak ciptakan anak perempuan, atau lebih tepatnya aku kalau mereka terpaksa hadap ini semua.

– Merpati (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. hi sis, sy tahu awak tersepit. banyak peluang awak kat sana, cuba jadi tegas. semoga urusan awak dipermudahkan

  2. Keraskan hati, cari kerja dan pindah keluar dari rumah tu. Agama islam tak konkong perempuan macam tu, in fact, kebanyakkan keluarga muslim melayu pun tak konkong anak perempuan macam tu.

    Anak perempuan mufti pulau pinang sampai jadi researcher kat NASA, di Amerika. Itu anak mufti yang arif hukum hakam islam, tak ada pulak mufti tu suruh anak perempuan dia duduk jangan keluar rumah

    • betul, kalau confessor nak back up diri sendiri, and willing to take a step, dia kena belajar pasal bagaimana dan mcm mana islam jaga perempuan yang sebenarnya. Kena belajar apa yg boleh dan tak boleh (fekah) bagi seorang wanita di dalam islam. Bila kita dh tau apa yg boleh dan tak boleh, barulah kita tak senang2 kena tipu ikut telunjuk diaorg yg meletakkan boundaries berlandaskan nafsu instead of berlandaskan agama.

      Islam itu tidak zalim dan tidak susah. tapi oleh kerana kejahilan kita sendiri yg buat kita jadi serba serbi susah dan dicampur tangan pulak oleh sifat ragu2 yg disemai oleh syaitan. Dan akhirnya begitu mudah bagi kita seorang hamba untuk menyalahkan tuhan kita. Wal ‘iyazubillah. Saya doakan Allah bagi petunjuk dan hidayah buat cik. Semoga cik sihat, dimurahkan rezeki dan sentiasa dilindungi oleh Allah SWT.

  3. Apa kamu ni? Yang buat macam tu mak bapak kamu atas alasan agama. Kamu pun tahu, tapi tetap nak salahkan Tuhan yang mencipta kamu. Cuba buka dan baca balik betapa indahnya Tuhan menciptakan seorang perempuan. Jangan membenci dan menyalahkan agama disebabkan perbuatan manusia yang keji.

    Saya pun pernah kena kongkong macam ni malah saya pun pernah memberontak tapi saya fikir betul, nak jaga dan mendidik anak peremouan ni susah sampai parents pun jadi overprotective. Tapi cuba buktikan sekali je, yang kamu boleh berdikari sendiri, buktikan.

  4. Assalamualaikum sis. If I were you I be strict and keluar je dari rumah tu.

    And, bukan agama dan takdir Allah yang salah. Yang salah tu parents you yang suka menunggang agama.

    Semoga dipermudahkan urusan you.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *