Sekadar berkongsi sebagai insan yang pernah berada di usia ‘fragile’. Maafkan penulisan yang berterabur, saya bukan penulis dan hidup saya dari kecil memang berantakan.
Begini…
Saya sebagai ibu di usia 30-an ini, percaya arwah Zara seorang yang bijak tidak mungkin melakukan perkara sedemikian.
Tidak tahu kenapa pada ketika baca keputusan Patologi Forensik, saya terdiam dan ada sesuatu yang berat & saya bersedih.
Saya menegaskan dalam fikiran bahawa cara arwah jatuh dengan kaki sebelah dahulu kemungkinan ada ‘survival mode’ sebelum jatuh.
Saya juga berfikiran buruk seperti, mungkinkah arwah dijatuhkan dengan cara dua orang memegang dua tangannya? Itu semua andaian saya sahaja.
Kali kedua baca pula keputusan dari dokumentasi forensik. Entah kali ke berapa saya bersedih dan menangis sebab kes arwah ni.
Dari awal saya berharap hal itu tidak benar dan menafikan tuduhan s*icide tersebut. Saya berharap perkara lain yang terjadi.
Arwah anak yang baik. Arwah anak tunggal ibunya, anak satu-satunya, pasti kurang bebanan arwah memikirkan perkara lain selain memajukan dirinya sendiri. Tidak seperti yang terjadi pada diri ini.
Terkenang peristiwa hampir 20 tahun berlalu. Saya pernah cuba tiga kali untuk menamatkan hayat sendiri. Saya anak pertama & ramai adik. Kehilangan ayah di usia masih kecil. Kesudahannya, beban mencari nafkah itu diletakkan pada saya yang masih kanak-kanak.
Ibu saya pula mempunyai emosi tidak stabil. Tidak ada hari yang saya tidak dimarahi & dipukul zaman sekolah rendah, walaupun itu bukan kesalahan saya. Saya dijadikan bahan pelampiasan amarah.
Apa sajalah benda yang tidak hinggap di badan saya, bah kakinya berkali di leher saya. Perkara ini terjadi seawal usia masuk tadika & masih ada diingatan saya. Pada ketika itu ayah masih ada.
Sampaikan diusia 9 tahun saya tertanya-tanya, apa kesalahan & dosa saya sampai diperlakukan sedemikian? Saya masih kuat & bertahan walau selalu berendam airmata kerana pada ketika itu ayah masih hidup.
Sampailah ayah dijemput dahulu. Saya mula hilang arah. Beban semakin bertambah. Dua tahun setelah ayah meninggal, ibu memilih untuk berkahwin semula. Saya sedih tapi berharap yang terbaik untuk ibu ketika itu. Nyatanya hidup semakin parah.
Seiring waktu ibu sudah jarang memukul saya kerana saya berada di asrama, hanya balik 2 minggu sekali. Ada suatu ketika saya bertengkar dengan ibu. Dicaci makinya saya anak tidak berguna.
Saya teriak semula dengan mengatakan “saya tidak pernah minta dilahirkan begini, seandainya saya boleh memilih, saya juga tidak mahu ibu sepertimu yang mendera & menghambakan anak.” Ibu saya menangis level histeria masa tu. Dia respon “Pergi mati, matilah! Menyusahkan saja”.
Saya melarikan diri di rumah nenek dan mencari racun tapi tidak jumpa. Hanya jumpa minyak diesel. Saya minum 1 gelas tanpa pengetahuan sesiapa, tetapi saya termuntah.
Setelah itu saya bersembunyi di rimbunan rumput, kerana dengar ibu saya teriak-teriak panggil. Saya sudah penat dijadikan ‘punch bag’. Kali kedua saya jumpa petrol, saya minum dan muntah lagi. Saya bersembunyi semula, dan tertidur kerana pening.
Saya bertengkar lagi dengan ibu dilain hari musim cuti sekolah. Sekali lagi saya terfikir untuk mati sahaja, walaupun saya tahu s*icide itu berdosa. Tapi saya sudah cukup penat hadap ibu yang toksik narcis, merasa tidak pernah salah dalam mendidik anak.
Bukan mendidik namanya kalau sudah lebam & luka di mana-mana. Kalau teringat saya sedih dengan hidup kanak-kanak hingga remaja. Taip ni pun saya menangis, peluk & tepuk diri sendiri kerana sudah melalui sekuat itu.
Kerana itu saya mengatakan usia remaja itu rapuh, berfikir ikut rasa & bertindak drastik. Suka mengikut rasa bukan akal. Di sekolah saya menjadi budak pendiam. Sampailah satu titik saya berfikir, percuma berharap ‘hak’ sebagai anak pada seorang ibu sebegitu.
Otak waras menyedarkan saya & bertaubat di usia remaja. Bersyukur kerana terasa diberi peluang hidup kali kedua. Saya berfikir untuk memajukan diri daripada perlu validasi seorang ibu.
Kini saya seorang ibu & punya anak yang sikapnya sama seperti diriku di zaman kecil. Rasa bersalah dengan zaman kanak-kanak? Jawapannya ‘tidak’, kerana ada anak yang berkelakuan layaknya kanak-kanak itu meyakinkan saya bahawa bukan saya yang salah pada ketika itu.
Saya juga pernah termarah anak, dan bukan anak saya yang salah tapi saya yang tidak sabar. Terfikir, kenapa harus marah berlebihan sedangkan hanya kerana tertumpah air?, kalau tumpah ajarlah berhati-hati, dan air yang tumpah tadi suruh anak lap.
Kenapa mesti hanya kerana air tumpah, seorang kanak-kanak kecil terpaksa menerima cacian, makian, herdikan, sepakkan, terajang atau dipukul guna batang penyapu hingga patah? (Umpamanya seperti itu, kesalahan kecil tapi seolah tawanan).
Maaf, saya hanya berkongsi cerita sedih saya. Ini belum lagi part saya didera oleh pakcik. Paling parah & menjijikkan adalah jadi mangsa pedo dari pakcik sendiri, tidak pernah mendapat pembelaan. Malah saya yang disalahkan, yang tinggalkan anak dijaga pakcik siap? (Geram rasa kalau ingat).
Saya juga dibuli secara mental dari kecil dengan ejekan fizikal. Kalau tengok cermin saya manis ja orangnya (ketawa besar, entah mana beli keyakinan?).
Tapi… saya yakin kehidupan arwah tidak seperti saya kerana dia satu-satunya anak ibunya. Arwah seorang bijak, mesti berfikiran lebih baik & tidak seperti saya. Semoga ada keadilan buat arwah, apapun itu.
Mohon doa yang baik-baik untuk kesembuhan jiwa saya. Sedaya upaya berdamai dengan masa lalu. Doakan ibu. Ibu juga anak yang pernah didera, adik yang diambil haknya pendidikan oleh abang sendiri (tak maju-maju pun abang dia).
Ibu adalah isteri yang kehilangan suami. Dia hanya jadi ibu mengikut versi dan zamannya sendiri. Saya bukan membenarkan perlakuan ibu. Saya berusaha sebaik mungkin tidak melakukan perkara yang sama dengan anak.
Saya juga berharap bahawa suatu saat saya tidur lena, dan bangun tanpa keriuhan di isi kepala ini.
– Esperanza (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit