Hai, bila lepas baca nukilan “Aku Suka Dia Dari Darjah 5” (https://iiumc.com/aku-suka-dia-dari-darjah-5/), aku turut terasa nak berkongsi yang betapa perasaan ketika di bangku sekolah rendah tu boleh menjalar mekar sehingga bertahun lama.
Imbas semula 21 tahun lepas ketika berada di tahun 5, aku pada waktu tu baru sahaja bertukar sekolah dari Ipoh ke sebuah pekan terletak di hulu Selangor.
Proses berkawan dengan orang baru, suai kenal, adaptasi suasana baru berjalan dengan lancar sehinggalah pada suatu hari di perhimpunan, cikgu memanggil team bola sepak sekolah untuk menyampaikan ucapan tahniah.
Disitu, mataku telah tertancap akan sosok tubuh dan raut rupa yang menarik perhatianku.
Perhatianku tidak terhenti disitu, bermula keesokkan harinya hariku seperti disinari pelangi yang tiada penghujung, semangat terlalu berkobar untuk kesekolah ape lagi kalau bukan untuk mengintai dia yang kugelar Z.
Z juga merupakan kapten bola sepak sekolah sekaligus namanya popular dikalangan gadis-gadis, jadi sebagai new comer ni aku pon takdelah obvious tunjuk suka sangat, kita sedar la kita siapa,
Tapi in a few days dah tersuka tu aku dah tahu rumah dia, no telefon, which basikal dia guna and also nama penuh dia.
Z yang menambat hati ni orangnya hitam manis, tinggi sedang-sedang dan bak kata pujangga hensem tu tak ada tapi manis tu insyallah ada. Ah gittu.
Hari berganti hari sehinggalah tamat tahun 5, itu lah tahun last aku boleh intai-intai Z sebab dia tua setahun dari aku, so bila naik darjah 6 tak ada dah hariku disinari pelangi seperti dulu. Dan sehinggalah tamat SPM, memang tak pernah jumpa or terserempak dengan dia.
Tapi tu lah, walau lama mana pun masa berjalan tapi perasaan suka tu tersemat dalam hati. Fast forward masa tengah buat degree, masa tu facebook baru sangat muncul entah kenapa hati ni menggeletis nak search nama Z.
Tup tup keluar ! Ya Allah excited sangat! This time tak tunggu lama aku terus confess ye betapa aku sukaaa sangat dekat Z time sekolah rendah. Aku siap cakap tak sangka dapat jumpa crush after sooo long.
The reason aku berani confess sebab masa tu rasa dah cantik sikit compare masa sekolah rendah dulu hahaha and aku macam lantaklah dia reject or rasa aku tak betul yang penting aku nak cakap tu saja.
Tapi tuan-tuan ianya tidak terhenti disitu ye. Z start text and calling aku. Aku ni macam kera dapat bunga! Takkan nak tolakkan? Time ni Z kerja offshore and single. Masa tu walau hati aku meronta suka sangat dengan Z tapi tu la aku dah ada boyfriend pulak.
So aku tak boleh nak layan beria sangat and tak silap sekejap saja kitorang text each other sebab aku macam setia la orangnya taknak menduakan boyfriend. Kahkahkah. Setia punya setia habis degree aku pon breakup so this is time for me to shininggg wink wink*
So dlm setengah tahun aku single and start kerja, suddenly kitorang contact balik and to be honest perasaan suka yang aku simpan dari kecik tu xpernah pudar, this time aku always looking forward every 2 weeks nak jumpa dia.
Sukar nak gambarkan betapa gembira rasanya bila akhirnya dapat bersama dengan orang yang dah lama kita suka. Tapi tulah, bilamana dah tertulis dia bukan jodoh kita pusing la lagu mana tetap tidak bersama.
Dan aku dan Z adalah takdir yang sepintas cuma. Aku ingat lepas breakup, I can have Z on all my own, and Z pulak, during my hibernation tak call and text tu, he really thought that im not interested with him so he decided to date another girl.
Nak dijadikan cerita, kitorang berjumpa dan contact semula masa Z dah nak bertunang. But, masa tu darah muda dan selfish, aku just ignore the fact that Z dah nak bertunang. We keep contact and dating, we cheerish each other.
Even everytime dia balik dari offshore, he will makesure the next day kitorang akan jumpa since his tunang duduk negeri lain. Perkara ni berlarutan selepas dia bertunang dan dah nak kahwin.
We even talked about “putus tunang” which is aku dalam diam berharap juga sebab this is the guy yang aku tunggu lama sangat. Tapi marilah berhadapan dengan realiti yang kitorang tak ada jodoh. 2 weeks before his wedding, we decide to end this “relationship”.
So during last day we just spend the whole day lepak, coffee, having gelato and reminiscing the good old days that we had. We are so sayang sangat each other.
Lepas Z kahwin, memang kitorang dah tak contact-text or call but we still follow each other dekat instagram and facebook. Now we both dah pun kahwin dan ada anak, and Z tak pernah miss utk likes dan komen dekat post-post yang aku update.
Sebelum orang tuduh aku isteri curang, to be honest, after Z kawin and after aku jumpa dengan suami, all the feelings yang dulu2 tu automatically fade away. Yang aku cerita ni hanyalah secebis memori yang terlintas. Memori yang baik takkan kita nak lupa, kan ?
If orang tanya, tak rasa guilty ke dating dengan Z even tahu dia dah ada gf/bertunang. The truth is, tak ada.
Tak ada rasa bersalah pun sebab tepuk sebelah tangan tak berbunyi, lagipun that time I was so selfish, aku siap doa, “Ya Allah jika dia bukan untukku, kau jadikanlah dia untukku jugak”.
This one bukan untuk dijadikan teladan, bukan juga untuk dicontohi. Kitorang pun moving forward dan fokus dengan family masing-masing.
Terima kasih, Salam PKP.
– Najah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit