Salam semua.
Aku harap pembaca boleh bagi pendapat untuk luahan aku. Aku sangat buntu.
Aku malas nak intro panjang-panjang.
Macam ni, selama ni aman je dunia, Ada sekumpulan geng mat rempit kampung lingkungan 20-30an (gelaran ni aku bagi sebab diorang suka pulas throttle kuat-kuat anytime tak kira siang malam atau pepagi buta) diorang suka lepak sebelah rumah aku. Bukan tu ja, kadang nyanyi sekuat hati walaupun dah 3-4pagi. Aku tak tahu bila diorang balik rumah.
Penduduk sini bila petang ada aktiviti petang masing-masing. Sekarang tak lagi, sebab ada ramai lelaki tak dikenali lepak kawasan sini & buat gangguan. Penduduk kurang selesa dengan diorang dan pernah buat aduan polis. Aku dapat tahu sebab ada suatu malam diorang diserbu pihak polis. Lepas tu lepak jugak, entahla terlepas atau ikat jamin. Serbuan lebih dari 10x diorang peduli apa.
Bila dah dekat dengan kawasan rumah aku, diorang berbaik dengan ayah aku. Diorang tahu aku cuma ada 4 orang adik. Kami semua perempuan. Ayah aku mulanya benarkan seorang dua ja duduk situ. Lama-kelamaan jadi ramai. Ayah aku diamkan je. Aku sakit hati betul. Banyak kali tegur ayah aku, dia buat tak tahu je. Dia cakap biarlah diorang nak lepak. Paling sakit hati motor kereta parking keliling rumah aku.
Ada penduduk yang tegur diorang sebab buat bising di tempat orang, tapi diorang semua guna alasan ayah aku la yang benarkan diorang lepak situ. Tak ada siapa berani tegur sebab diorang melawan balik. Diorang marah sebab port tu port best untuk diorang hisap dadah. Sekarang aku sakit hati bila apa-apa yg berkaitan diorang, nama ayah aku yang dituduh. Diorang akan petik nama ayah aku je untuk selamatkan diri. Alamat rumah aku yang polis cari. Kurang ajar kan? Buat kacau tempat orang.
Aku rasa tak selamat. Aku belum berkahwin, takda abang, cousin lelaki semua jauh. Paham jelah penagih dadah kan. Arwah mak aku kalau masih ada mesti dia marah. Aku tak faham kenapa ayah aku tak ambil kisah. Aku tak tahu kalau ayah aku kena ugut ke apa sampai apa yang aku luahkan ayah aku buat tak tahu je.
Oh utk pengetahuan korang, ayah aku tak ambik dadah pun, tp aku taknak ayah aku dituduh tau difitnah bukan-bukan sebab hal ni. Aku penat la lari rumah jiran tumpang tidur dengan adik-adik bila ayah keluar sebab ayah aku pemandu uber. Aku selalu rasa diperhatikan. Aku minta pendapat korang apa perlu aku buat? Janganla kecam kalau tak nak bagi pendapat.
– Alia
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit