Dulu mase sekolah aku top student. Masuk matrik aku merosot sikit sebab first time duduk hostel. Bila masuk universiti, Alhamdulillah aku dapat score balik. Tiap sem dapat atas 3.5.
Sem akhir, ayah aku meninggal sebab heart attack. Ayah aku pernah pesan, kalau boleh sambung la master lepas graduate.
So lepas graduate aku decide sambung master, walaupun sebelum tu aku dah rasa macam nak kerja. At least boleh tolong mak aku dengan belanja rumah sikit-sikit.
Abang & kakak aku pun galakkan aku sambung master. Abang aku ade bisnes sendiri, so die kate nanti die akan settlekan yuran belajar aku sekali dengan bagi duit belanja. Aku rase lega sikit sebab kalau boleh aku tak nak susahkan mak aku.
Dugaan datang bile bisnes abang aku tak stabil. Die tak dapat bagi duit belanja lagi dah dan aku memang bergantung sepenuhnya dengan die. Lepas fikir masak-masak, aku decide nak tangguh belajar. Nak carik keje.
Dan sekarang aku masih dalam proses mencari keje. Dalam mase same ade jugak buat bisnes sikit2 jual kuih. Dapat la duit sikit2. Banyak dah interview aku pergi, tapi mungkin belum rezeki aku.
Mak aku mule membandingkan aku dengan kakak aku yang senang dapat keje lepas habis belajar & gaji die sekarang dah banyak. Okay kat sini la aku mule rase rendah diri.
Kawan2 aku pun semua dah bekerja profesional. Yang kerja dengan kerajaan, kerja dengan multinasional company, jadi engineer & yang sambung master. Kirenye antara kawan-kawan aku ni, aku la yang paling tak berjaya.
Sekarang aku rase rendah diri dengan diorang. Aku tak berani nak call @ whatsapp diorang. Takut tak boleh nak jawab kalau diorang tanye ape aku buat sekarang ni.
Kat rumah pun aku jarang keluar kecuali kalau betul2 perlu. Nak pergi kenduri rumah saudara-mara pun aku malas sebab taktahu nak jawab ape kalau makcik2 aku tanye kenape selalu ade kat rumah.
Seboleh-bolehnya aku nak elak dari berjumpa dengan orang. Sudahnya, memang aku terperuk je dalam rumah.
Aku rase, perasaan rendah diri ni mungkin datang sebab dari sekolah lagi orang kampung dah kenal & label aku budak pandai.
So bile jadi macam ni, keyakinan diri aku hilang. Aku hanya mampu berdoa aku dapat kerja secepat mungkin.
– Penanam anggur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Paham confessor. Pernah menganggur setahun jgk dulu. Rasa down.. malas nak jumpa org lain sbb nnt ada yg kepoci bertanya. Tapi nasib baik mak sendiri bukan mcm tu.
Pergi interview merata. Alasan tak dapat mostly tak cukup pengalaman lah, overqualified lah.. Dulu sementara nak dpt kerja betul, kita pun buat kerja part time ajar budak tuisyen, ajar ngaji.. dapat la tampung duit poket minyak kereta dgn data telefon. Tiap kali dpt gaji.. belanja mak pergi mkn. Sbb tu kot mak tak bising2 mcm org lain 😅
Lepastu decide ambik sijil kemahiran 6 bulan. Memang redah je time ni. Lantak la nk jadi apa pun. Alhamdullilah, habis course terus dapat kerja. Start dri sini pelan2 grow.
Confessor tgok bidang kerja yg apply tu. Tgok skills apa yg diorg nak. Pergi attend kursus. Benda ni mmg added value. Sbb kursus2 mcm ni mahal. Tapi berbaloi. Haritu mcm ada baca dlm ni sorg confessor cerita jiran dia ambik course wiring. Mmg masyuk kerja dia sekarang.
Jalan tu ada. Tapi kena pelan2 kayuh. Pada masa yg sama, selalu mintak mak doa kan. Jgn putus asa ya 🙂