Rentetan Suami Tidak Dijumpai

Terbaca confession sebelum ni dan nak cakap I FEEL YOU sis…

Saya dari zaman sekolah (sekolah perempuan) dikawal ketat oleh mak dgn ayah. Sampai kalau save contact num kawan lelaki kat phone pun terpaksa letak nama perempuan. Amir jadi Amirah. Hakim jadi Hakimah. Mak selalu check phone waktu saya tidur. Kesannya saya tak pernah ada bf.

Bila masuk form 6 baru ada kawan lelaki sebab sekolah campur. Time tu baru belajar nak bercinta bagai. Tapi kekal cuma 5 bulan sebab saya tak tahan terpaksa nak bercinta sorok2 dari mak bapak. Rasa sangat berdosa. Tu kali pertama dan terakhir saya bercinta.

Sekarang dah masuk universiti mak dgn ayah bagi green light suruh cari pasangan. Tapi ingat senang keeee? Rata2 lelaki yg ada kt universiti ni belum sedia nak kahwin dari segi mentally, physically and financially. Tapi kalau ada pun mesti boyfriend atau tunang orang.

Korang jangan la heran sangat kalau ada sisturr yg cantik hijabis ada degree tapi still membujang. Ada la tu sebab musababnya tu. Kami kalau boleh tak nak bercinta sebab nak elakkan maksiat. Nak fokus study. Lagi satu, bukan terlalu memilih tapi suami tidak dijumpai.

– Hermoine

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *