Assalamualaikum semua. Terima kasih admin kerana sudi publish karangan pendek saya ni… Segala yang tertulis dekat sini hanyalah pendapat dari saya sendiri ya. Tak mewakili mana-mana badan pun.
Terpaku saya baca komen-komen netizen atas posting Haris (entah betul ke tak nama) berkenaan poligami hasil pinangan isteri pertama dia, Hanani. Boleh baca confession berkenaan di sini, (https://iiumc.com/catatan-suami-beristeri-dua/).
Bagi saya dalam isu ni, dua-dua pun salah. Salah si Haris pada permulaan dan salah Hanani pada pengakhiran. Tu pandangan peribadi saya dan tak memaksa kalian bersetuju pun ya. Tapi saya bukan nak kupas berkenaan itu sebab pandangan ni, semua orang ada masing-masing punya versi.
Ok, posting ni bukan untuk membela mana-mana pihak, tapi sekadar teguran dan renungan bersama. Kita selalu dengar akhir zaman ni penuh fitnah. Tapi pernah tak terfikir, siapa yang bagi banyak? Manusia lah kan, takkan kucing pulak. Haha. Ok, kalau dah boleh hadam, kita proceed next perenggan pulak.
1) Nak cerita pasal fitnah. Nak diceritakan fitnah ni adalah tuduhan, dimana ianya tak betul pun, tapi diceritakan/disebarkan. Kesan? Pelbagai kesan negatif hingga boleh membawa kepada peperangan dan pepecahan ummah. Macam mana boleh jadi fitnah? Senang je, cakap je benda yang bukan fakta, jadi la fitnah. Senang tak?
Contoh komen: “Si Haris tu balik lewat duk keluar dengan perempuan lain!”. Andai kata Haris memang dengan perempuan lain pun, tapi dekat ofis, bukannya keluar pun. Haa, dah jadi pun fitnah. Nak contoh lagi menarik? Alkisah ada orang nampak Haris keluar makan dengan perempuan lain. Yang dibawang kata “Haris pergi makan tomyam dengan perempuan lain sedap-sedap lupa bini dekat rumah!”
Cuba teka apa fitnah dalam contoh ni? Satu, tomyam. Dia tak cakap pun makan apa. Dua, sedap. Kalian pasti ke benda yang dia makan tu sedap? Ketiga, lupa bini. Kalian pasti ke dia lupa? Kalau dia ingat walaupun sesaat, ayat kalian dah jadi fitnah. Saya tak bukan bela dia ya, saya cuma nak cerita macam mana terjadi fitnah.
Jadi, cuba elakkan bercakap benda yang anda tak pasti sebab dari situ timbul fitnah. Akan ada yang kata, mesti lupa bini punya lah! Kalau dia betul lupa, alhamdulillah kalian terselamat dari fitnah. Tapi ingat, kalau si tertuduh sebenarnya teringat dekat bini dia walaupun satu saat masa makan tu, anda dah berjaya tabur fitnah dekat dia.
Istighfar banyak-banyak, minta maaf balik sebab ni dah kira dosa sesama manusia, nak taknak kena minta maaf dulu dengan manusia yang kita buat salah, baru minta ampun dengan Allah. Taknak minta maaf lagi? Ego? Tak apa, nanti ramai-ramai pergi cari Haris dekat padang mahsyar, masa tu baru merayu minta ampun dekat dia tau. Tak ego dah kot rasanya masa tu.
Apa-apa pun, tahniah jika anda baru sahaja memenangi hadiah ‘dosa’ kerana berjaya memfitnah Haris, Akaun anda berganda kalau ada yang percaya pulak benda tu, dan lagi berganda bila orang tu cerita dkt jiran sebelah masa tengah kenduri.
2) Nak tegur pasal komen yang boleh menyebabkan terpesong iman. Ya faham, kalian marah…tapi ada sebabnya kita disuruh diam ketika marah, sebab masa tu otak ada, akalnya entah kemana. Jangan sampai kata-kata kita melawan hukum Allah.
Contoh: “selagi aku hidup, aku takkan bagi laki aku poligami”. Ya, saya faham kalian marah, Tapi bila berbicara, berhati-hatilah. Cuba kita gantikan dengan ibadah sunat yang lain dalam ayat yang sama. Kita pilih solat sunat ok? Lagi sekali kita cuba. Contoh: “selagi aku hidup, ak takkan bagi laki aku solat sunat!”. Macam mana bunyinya sekarang?
Jangan sampai menolak hukum Allah dalam berbicara, takut terpesong akidah kalian. Ya, mungkin kalian marah. Tapi biarpun kalian tidak bersetuju, cukuplah sekadar berdoa agar Allah pelihara suami kalian. Kan Allah yang memegang hati manusia, Yang Maha membolak-balik kan hati manusia. Ke tak yakin dengan Allah? Naudzubillah. Andai Allah kata “Kun”, maka terjadilah.
Kalau dah berdoa pun suami kalian masih mencari yang lain, anggaplah kalian insan yang Allah pilih untuk diuji sehingga ke tahap itu. Allah tidak menguji melainkan dengan kemampuan kita sendiri Andai kita diuji sebegitu dan bukannya rakan-rakan kita, bermakna kita lebih kuat kerna kita mampu.
Allah tidak uji rakan-rakan kita begitu mungkin kerana mereka masih belum mampu. Bersangka baiklah dengan Allah. Tabahlah menghadapi dugaan besar dari Allah, besar lagi ganjaran Allah nak bagi.
Dugaan Allah bagi tak lain tak bukan untuk hapus dosa kita dan nak kita makin dekat dengan Dia, bukannya makin jauh. Ke nak salahkan Allah pula kalau jadi? Naudzubillahi min zalik. Tepuk dada tanya iman.
3) Yang terakhir, berkenaan komen kritikan. Yang dicari confessor adalah cara penyelesaian, kata-kata semangat. Ya, mungkin betul confessor salah. Tapi jangan ditambah lagi bebanan beliau.
Ada yang kata confessor “play victim”, itu pendapat peribadi kalian, cukuplah sekadar peringatan buat diri sendiri. Andai komen kita tidak membantu, janganlah kita menambah beban confessor pula. Cukuplah sekadar berdoa agar diberi hidayah oleh Allah kepada si penulis. Jangan menambah dosa kita pula dengan menabur fitnah.
Tak meriah la kan ruangan komen kalau macam ni? Tidak… boleh kalau masih nak membawang, tapi berhati-hatilah. Tak balik modal kalau hanya sebab nam membawang, dapat dosa pula nanti. MLM pula tu, lagi orang baca lagi berganda.
Sebagai pengakhiran, saya ni bukanlah alim, jauh sekali ahli syurga. Tapi teguran ni dibuat sebab rasa sedih baca ruangan komen. Diharap kita sama-sama praktikkan samada di ruangan alam maya, mahupun di alam nyata. Moga perubahan kita dihitung Allah dalam timbangan kita kelak.
Andai kritikan ini mengguris hati mana-mana pihak, saya minta maaf atas teguran yang kasar ni. Silakan menegur andai ada yang saya tersalah tulis dalam posting ni. Terima kasih sebab sudi menegur!
Ayuh sama-sama kita pelihara agama Islam kita. Segala yang baik itu dari Allah, segala kekurangan itu dari diri saya sendiri. Itu sahaja dari saya, sekian.
Assalamualaikum…
– PendosaBesar (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit