Salamn semua. Saya nak berkongsi kisah saya lepas baca confession Suha, https://iiumc.com/12-tahun-
Saya Putih, suami saya Merah, berkahwin pada tahun 2019 dan sekarang masuk 5 tahun usia perkahwinan kami.
Sewaktu saya berkahwin dengan suami, kami berkenalan sekejap je. 6 bulan selepas tu terus melangsungkan perkahwinan.
Setahun awal kahwin, memang kami banyak bergaduh. Sama macam suami Suha, bila dia marah dia akan baling-baling barang sampai pecah, tapi Merah tak pernah angkat tangan dengan saya. Lepastu saya perasan ada masa yang dia sangat rajin. Habis berkilat rumah dia bersihkan.
Dan fasa dia rajin ni, dia memang tak tidur waktu malam. Lepastu jadi balik cycle dia akan tidur seharian, lesu, dan panas baran. Bab kerja pun selalu pindah-pindah kerja. Alasan boss tak ok lah, banyak alasan dia bagi. Tapi saya tetap sabar.
Keluarga saya ada bagi hint pada saya bahawa suami saya ni ada tanda-tanda orang yang menagih. Saya pada waktu tu, tak denial, bahkan saya pernah tanya Merah ni depan-depan, betul ke dia ada amik D*d*h ni. Dan seperti biasa dia menidakkan hal tu.
Sebagai seorang isteri kita kenal suami kita macam mana. Dan saya perasan air muka dia berubah waktu saya tanya tu. Saya pun pernah siasat pada keluarga belah Merah, tapi mereka banyak mengelak pertanyaan saya dan tak membantu pun.
Kehidupan kami pun berjalan seperti biasa. Kami dikurniakan seorang cahaya mata pada tahun kedua pernikahan. Pada waktu ni saya perasan, dan dah hafal rutin suami saya. Dia akan keluar lepak dengan kawan dia dengan alasan nak repair motor.
Ada sekali tu, pernah saya video call waktu dia lepak dengan kawan dia sebab anak menangis nak daddy dia. Waktu dia angkat tu saya perasan berkepul-kepul asap dan nampak macam ada bong. Waktu ni Merah tak sengaja tukar kamera menghadap belakang, lepastu dia terus matikan video call.
Firasat isteri ni selalunya betul, menggigil tangan saya waktu tu. Sebelum ni pun saya pernah mencari bukti dalam rumah. Bukti yang dia ambil barang tu. Tapi malangnya tak jumpa langsung.
Jadi waktu tu dengan anak kecil bawah 1 tahun, saya hanya mampu berdoa dengan Allah untuk berikan petunjuk jika benar Merah ni ada ambil barang terlarang, dan tunjukkan jalan keluar bagi keluarga kami.
Saya amalkan surah Alam Nashrah waktu tu. Saya memang berharap untuk jumpa bukti je waktu tu. Dan saya takkan teragak2 untuk report polis atau sebagainya.
Sehingga lah pada suatu hari, waktu saya tengah bekerja, saya dapat mesej dari suami suruh contact ahli keluarga dia, dan dia takkan balik sehari dua tu. Saya dah tak sedap hati, saya tanya kenapa, terus takda balasan.
Belum sempat saya mesej keluarga dia, abang Merah mesej saya mengatakan Merah ditangkap polis. Sebab d*d*h.
Sebagai manusia yang normal ya saya sedih, saya menangis berhari-hari. Rasa ditipu, oleh suami, dan juga keluarga suami. Sebab keluarga suami tahu tentang hal ini, tapi mereka rahsiakan dari saya sampai 2 tahun dah saya menikah.
Saya jumpa psikiatrik dan didiagnos dengan Mild Depression tapi saya bangkit demi anak saya. Saya jadi lebih mendekatkan diri dengan Allah. Bersyukur Allah beri petunjuk pada saya walau perit sangat kebenaran tu.
Oh ye, tentang Merah, selepas dia ditangkap polis, saya tidak mengikat jamin dia. Keluarga saya bersepakat bahawa dia kena masuk dalam untuk pulih dari ketagihan tu.
Jadi saya menjalani hari-hari saya dengan anak saya tanpa suami selama lebih 2 bulan sementara tunggu hari perbicaraan. Keluarga Merah buat apa? Ya, biar saya terkapai-kapai dengan anak saya.
Saya jadi jauh hati dengan keluarga Merah, tapi saya masih berhubung sampai sekarang dengan keluarganya atas sebab taknak bermasam muka.
Waktu Merah di dalam, saya rajin menjenguk dia dan semasa lawatan, saya nasihatkan dia supaya berubah demi diri sendiri dan keluarga kecil kami. Sebulan saya dapat jenguk dia dua sekali seingat saya, anak saya pun ikut sekali. Tapi dia masih kecil waktu tu, dia tak faham apa lagi.
Dan Alhamdulillah, selepas total lebih kurang 3 bulan Merah di dalam, perbicaraan dia pun tamat dan didenda sebanyak RM2,500.00.
Saya nampak perubahan ketara pada sikap Merah, selepas peristiwa tersebut. Dia nampak lagi tenang dan kami jadi transparent with each other. Takde rahsia yang dia sembunyikan.
Bila saya tanya tentang kisah dia pun dia bersikap lebih terbuka. Dan saya juga meminta nya untuk cut off kawan-kawan dia demi kebaikan dia. Kami juga berhijrah ke negeri lain untuk memastikan dia tak terjebak dengan circle yang sama lagi.
Sekarang kami lebih bahagia, dan saya sangat bersyukur apabila saya faham hikmah ujian yang Allah bagi kepada saya. Semoga keluarga kecil saya ini dikurniakan Sakinah, Rahmah, & Mawaddah.
Sebenarnya, masalah ketagihan ni perlu ada kesedaran untuk berubah dari individu tersebut sendiri. Keluarga hanya menjadi pendorong kepada perubahan tu. Kalau diri sendiri pun taknak berubah, memang jalan yang terbaik adalah berpisah. Demi keselamatan anak-anak dan diri sendiri juga.
Saya doakan semoga Suha dapat jalan penyelesaian bagi kemelut ini. Dan semoga ujian ini menjadi asbab untuk Suha lebih dekat dengan Allah. Aamiin.
– Putih (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit