Aku ada baca confession pasal di sebalik kelemahan dan reply dari seorang isteri yang dijangkiti HIV berpunca dari suami yang curang.
https://iiumc.com/berselindung-disebalik-kelemahan/
https://iiumc.com/reply-berselindung-disebalik-kelemahan/
Kisah aku hampir sama. Selepas 3 bulan kahwin, aku disahkan mengandung.
Masa kandungan aku 6 bulan, aku dapat infection di bahagian kemaluan dan Dr sahkan aku terkena jangkitan genital herpes.
Kata Dr, kemungkinan sebab hubungan s*ks, boleh jadi juga dari perkongsian tandas awam (tandas duduk). Aku berpegang yang aku terjangkiti sebab tandas.
Cerita dengan suami dan check simptom, dia pun ada simptom. Jadi, kedua2 kami suami isteri dah dijangkiti. Cuma tak tahu siapa kena dahulu, dan mungkin selepas berhubungan, maka terjangkiti kepada pasangan.
Berdasarkan Dr, herpes ni akan serang sekali sahaja yang teruk. Selepas daripada tu sekiranya diserang lagi, mungkin hanya minor tak perasan. Herpes tiada ubat sebab dia memang akan kekal dalam darah.
Dr bagi antibiotik, dalam 7 hari aku dah elok seperti biasa. Okey habis setakat itu.
Kemudian, aku mengandung anak ke 3 (masa ni dah tahun ke 6 berkahwin), aku terjumpa hp lama suami dalam almari, dan kebetulan aku tengah urgent nak guna.
Aku on hp lama tu, entah macam mana tiba2 aku terbuka contact dan jumpa satu nama yang pelik. Aku google, dan suspek, itu contact no bohsia mana entah.
Tiba2 time tu aku terus teringat kisah yang aku kena jangkitan herpes tu dan baru masa tu aku terfikir yang MUNGKIN suami aku pernah berhubungan sebelum kahwin dan terjangkiti, dan kemudian dapat kat aku.
Masa tu aku tak tahu nak rasa apa, nak fikir apa. Aku dah kahwin bertahun dan anak nak masuk 3 dah baru Allah tunjuk kat aku another side of suami aku yang tak pernah terlintas langsung kat kepala aku.
Selama aku kahwin, suami aku baik je solat macam biasa dan entahlah.
Aku tak rasa dia pernah curang. Tapi yang pasti, aku clean dan aku tak pernah berhubungan s*ks dengan lelaki lain selain suami aku lepas berkahwin.
Aku tak pernah confess dengan suami aku pasal no yang aku jumpa dalam hp lama dia.
Nak minta berpisah, aku dah dijangkiti pun, dan hubungan aku dengan suami baik2 sahaja setakat ni. Aku cukup kasih sayang dan aku pun sayang suami dan anak2 aku.
Kadang2 aku risau, tapi kadang2 aku terfikir mungkin itu sejarah lama dia and dia tak buat dah.
Tapi sungguh aku rasa teraniaya. Dan kadang2 aku jadi terfikir2 betul ke dia tak curang, betul ke lepas kahwin ni dia tak pernah berhubungan dengan orang lain, dan macam2 fikiran kotor dan negatif.
Dan untuk nak tuduh dia pernah buat benda tak baik belakang aku pun, aku takde bukti apa2.
Entahlah. Buntu. Aku cuma berdoa semoga Allah pelihara aku dan keluarga dari sebarang kemudaratan.
Hanya pada Allah aku berserah semuanya.
– Tersakiti (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit