REPLY: Ada Tapi Tiada

Salam Hari Lebaran buat semua especially buat abang pengarang Ada Tapi Tiada (https://iiumc.com/ada-tapi-tiada/).

Aku seorang isteri dan juga ibu kepada seorang anak 2 tahun yang aktif dia MasyaAllah dari first day Raya, sampai harini raya ke-4, kerja dia cuma 2. Menangis sepanjang masa & lari sana sini.

Punca dia, over excited jumpa cousin dll tapi dihalang oleh aku dan suami, so menangis lah dia. Yelah, isnin-jumaat aku hantar ke taska, bila cuti bebas lah dia.

So back to Ada Tapi Tiada. Aku nak reply kang ada adik beradik aku baca. So aku reply sini. Harap admin dapat publish.

Wife abang rajin jaga anak, masak, kemas rumah hatta dia tengah mengandung kan, bila bersalin. Balik rumah mentua (mak abang), dia jadi macam murung kan?

Nak tahu kenapa?

1. Sepanjang dia buat kerja2 tu semua masa abang pergi kerja tu(if dia housewife), dia sebenarnya tengah sorok burn-out dia.

Dia penat gila2. Tapi dia tak reti nak cerita. Dia simpan sorang2. Dia tak tahu pun dia sebenarnya burn-out. Dia expect abang tau sendiri condition dia.

2. Bila balik rumah mentua, dia takyah masak, dia tak yah jaga baby.

So dia tiba2 sedar dia takda tempat untuk dia sorok burn-out dia. Sebab tu dia termenung. Dia dah tak boleh distract diri dia. Jadi apa dia buat? Menangis, termenung, murung dll.

3. Dia rasa dia seorang ja yang jadi nahkoda rumah tangga tu, kenapa dia kena buat semua (even abang tolong pun).

Dia tak nampak abang pun. Yang dia nampak, why dia yang kena layan tantrum anak, why dia yang kena kemas rumah, why dia yang kena masak. Faham tak maksud saya ni bang?

4. Dia tak nak susahkan sapa2 sebab tu dia buat sendiri. Dia rasa dia boleh buat. Tapi sebenarnya, pregnancy kali ni betul2 hit her lowest point. Tapi dia nak cerita dekat siapa?

Bang, situation saya sama cm wife abang. Beza dia kat sini, suami saya ni bang, dia tak sedar pun saya ni kemurungan sejak bersalin 2 tahun lepas.

Bila saya cakap saya perlukan profesional help, dia cakap “back to Allah”. saya cakap saya tahu, tapi saya perlukan pertolongan dari pakar sakit jiwa.

So apa saya buat. Saya buat semua kerja2 macam wife abang. Siang kerja hakiki, balik rumah, kemas rumah, masak, jaga anak. Suami tolong, tapi dia selalu lupa. Lupa angkt baju di ampaian yang dia sendiri sidai dah 3 hari.

Lupa nak buang sampah dalam sinki. Lupa weekend dah janji nak keluar tapi pi cakap kat mentua nak pergi tidur sana. Lupa haritu janji nak belanja dinner kat kedai siam.

Saya nasihat abang bawa dia keluar. Tinggal anak2 kejap. Bawa pergi tengok movie ke, pergi beli ais kacang makan tepi pantai ke. Bagi dia me-time dengan abang, jangan biar dia me-time sorang2.

Semoga wife abang sihat selalu.

– Puan N (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Ā https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *