REPLY: Aku Cemburu atau Insecure?

Confessions aku ni aku taip lepas baca luahan Puan Sofea, (https://iiumc.com/aku-cemburu-atau-insecure/).

Aku Delaila, 30an, seorang suri rumah tangga. Suami aku cikgu sudah hampir 7 tahun. Ye sama kerjaya dengan suami Puan Sofea.

Sebelum jadi SRT, aku bekerja di syarikat swasta 2 bulan lepas grad. Masa tu suami (tak kahwin lagi la masa tu), kerja cashier supermarket.

Nak tunggu dapat posting sekolah mana, kan setahun jugak lepas grad, so suami kerja la cashier sementara tu. Masa tu starting gaji aku dekat 2k+, suami dalam 1200. Aku tak kisah sebab kami kenal masa zaman U, dia baik orangnya tu aku jatuh hati.

Lepas setahun, suami dapat posting tak jauh dari rumah aku. Aku la yang jemput dia naik kereta kat stesen bas (parents dia dah uzur tak mampu nak hantar jauh). Sama-sama cari mana PPD, mana sekolah, fotostat dokumen. Cari rumah sewa, apa semua aku tolong dia.

Masa 3 bulan pertama dia tak dapat gaji tu, aku yang tolong belikan makan, kekadang bagi duit isikan minyak motor.

Alhamdulillah, setahun lebih lepastu kami kahwin. Aku resign sebab alahan teruk sangat. Suami pulak minta aku jaga anak, biar dia tanggung semua. Maka jadilah aku seorang SRT.

Alhamdulillah suami aku baik sangat, dia selalu cakap tak lupa pengorbanan aku. Disebabkan suami aku baik (dan agak lurus juga), ada la seorang cikgu perempuan muda cuba untuk mendekati suami aku.

Suami aku ni, dia punya baik tu sampai pernah jemput kawan sekampung duduk rumah sewa masa bujang, tak payah bayar sewa untuk 3 bulan. Siap belanja makan.

Konon nak tolong kawan cari kerja kat KL. Last-last kawan tu blah tengah malam gitu je, bawak lari tv, block no suami aku.

Tu belum lagi dia cepat kesian tengok orang tua terbongkok minta sedekah, terus hulur duit padahal orang tua tu elok je jalan tegak lepas dapat duit.

Ok la back to main story. Cikgu perempuan ni aku namakan Ain la ye. Aku rajin baca buku pengurusan sekolah suami aku yang dapat masa awal tahun tu.

So aku dapat tahu, suami aku tahun ni jaga kadet apa, sukan apa, jawatan apa. Dari situ jugak, aku dapat tengok nama cikgu-cikgu lain.

Suami aku & Ain sama-sama kena bertugas untuk kadet bomba. Suami ketua & Ain penolong. Bila suami aku banyak tolong Ain, Ain jadi macam perasan la kan sebab suami aku konon caring kat dia. Padahal suami aku ajar dia sebab dia cikgu baru.

Macam mana aku tahu pasal Ain? Suami aku yang cerita. Dia akan inform aku, harini dia ada meeting luar dengan cikgu-cikgu sekolah lain untuk kadet bomba, Ain ada. Tapi Ain pergi naik kereta sendiri.

Setakat ni aku percaya 90% (tak boleh 100% haha) pada suami aku sebab hari-hari dia akan cerita apa jadi kat sekolah. Cikgu lelaki sekolah dia kena gantung tugas sebab kantoi tak mengajar asyik main wechat, pun dia cerita kat aku.

Aku sendiri baca wasap Ain pada suami aku tentang hal kerja, tapi lama-lama dia berani tanya – cikgu dah makan? Esok cuti cikgu ke mana?

Yang buat aku hangin dia beriya nak tau makanan favourite suami aku sebab nak masakkan. Ehh syulitt ko ni Ain!

Ohhh no no no, ini perlu dicantas kata hatiku. Memang suami aku tak reply (masa ni option delete chat tertentu takde lagi). Aku ni memang jenis straightforward so aku tanya suami – apa motif Ain tanya?

Suami aku pun cakap – entah la tapi dia macam pelik la sekarang, macam gedik. Ok takpe aku abaikan.

Satu hari masa hari Ahad, Ain wasap suami aku. Aku yang bukak wasap tu sebab suami aku tidur. Ain mesej – esok birthday saya tau cikgu, kot la ada nak bagi hadiah.. Hehe. (ada emoji senyum, bunga bagai).

Aku amik no telefon Ain, aku wasap guna no aku sendiri. Aku screenshot wasap dia & direct terus wasap Ain.

“Salam. Saya isteri Cikgu *****. Boleh saya tahu apa motif awak hantar mesej begini pada suami saya? Jika awak melebihi batas sebagai rakan sekerja, saya tak teragak untuk report pada pihak pengetua, PPD atau KPM.

Kerjaya guru sangat mulia, jangan cemarkan. Awak sendiri tahu apa batasnya dengan suami orang. Terima kasih”

Bila suami aku bangun tidur, aku cerita apa yang jadi. Suami aku angguk je. Lepas dari kejadian tu, bila suami aku ada kena datang sekolah hari Sabtu ke, hari sukan ke, aku akan datang bawak anak-anak. Saja nak munculkan diri. Hahaha.

Yang pasti lepas aku sound direct Ain, dia takde dah gedik dengan suami aku. Kalau aku datang sekolah pun, Ain tak berani lalu depan aku.

Aku tau Ain mungkin ingat aku ni bodoh-bodoh je kot. Yela aku kan SRT, dia DG41. Tapi jangan ingat aku boleh diam je ye, aku SISPA kau nanti.

Dalam kes Puan Sofea, aku tak pasti adakah suami dia akan marah kalau Puan Sofea direct wasap Hana minta jaga batas dengan suami orang. Kalau anda boleh cantas awal-awal, silalah buat Puan sebab itu hak anda.

Bagitahu Hana jika dia berlebihan, awak boleh report kat pihak pentadbir. Since Puan Sofea pun seorang guru, saya rasa Puan pun faham kan.

Tegaskan juga pada suami, Puan tak suka dia berlebihan pasal Hana. Jangan asyik merajuk je ye Puan, kena tegas juga sebab bila tak luahkan, merajuk saja lama-lama suami ingat kita ok. Padahal hati kita sakit kan?

Lepasni jika ada rezeki anak lagi, pantang saja di rumah sendiri. Biar suami rasa sama-sama tak cukup tidur malam, uruskan anak. Bila dia sorang takde kerja nak dibuat, tu yang mula alasan sunyi tu dasarrrrr.

Aku ni jadi garang macam ni mungkin sebab aku letih tengok mak aku nangis je bila ayah aku kantoi curang. Nangis-maafkan. Dari aku kecik sampai masuk U, ulang je benda sama. Last-last ayah aku ceraikan jugak mak aku sebab wife baru takmau share.

Pernah ada cikgu lelaki (kawan husband) cakap kat aku – apa salahnya diorang kenal lagi rapat? Sambil gelak ye. Anak aku ada kat sebelah aku.

Aku memang jawab – kalau macam tu, esok cikgu carikan perempuan lain untuk kenal dengan ayah cikgu. Tengok mak cikgu sedih ke happy, sama tak macam apa saya rasa.

Yang penting luahkan apa tak puas hati. Aku jenis tak reti simpan – sebab tu aku tak teragak nak mesej Ain bila aku rasa dia dah melebih.

It takes two to tango. Tapi bila kita dapat tarik salah sorang dari menari tango, kurang-kurang diorang tak dapat menari dah.

Moga dimudahkan urusan anda Puan Sofea. Hugs.

– Delaila (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Ya. Tarik dari awal supaya mereka tak menari tango. Dah kenapa si Ain tu nak dekat-dekat dengan suami orang? Kepada adik-adik perempuan di sini, carilah lelaki bujang. Jangan sakitkan hati orang lagi” isteri orang yang ada anak dengan sondol laki depa, kelak Allah balas lebih teruk. Tak hari ni, hari akhirat kelak.

    Kadang sedih tgok anak-anak kat skolah x cukup makan pakai sbb bapak dia kawin dua tapi abaikan hak anak-anak. Nanti dah tua buat drama air mata untuk tagih simpati anak-anak. Nauzubillah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *