REPLY: Aku Cuma Mahu Hidup

Hi, assalammualaikum. Aku Bebe, tahun ni 35, masih bujang.

Aku terbaca confession “Aku Cuma Mahu Hidup” (https://iiumc.com/aku-cuma-mahu-hidup/), berkaitan struggle penulis nak cari kerja di usia 30an.

Kisah dia ni buat aku flashback balik kehidupan aku 10 tahun lepas, yang penuh kesakitan di saat semua kawan-kawan dah stabil bekerja, dan menunggu masa nak berkahwin dan beranak pinak. Heh.

Aku kira aku memang berat rezekinya serba serbi, baik bab kerja, mahupun bab jodoh. Bab kerja dah lepas, sekarang struggle bab jodoh pulak.

Oh ya, berkisah pasal hunting job ni, 10 tahun lepas, aku manusia yang hampir give up dengan hidup, yang menyangkakan aku akan end up my life as a clerk dengan gaji RM1400 ketika itu,

Duduk di tengah Kuala Lumpur, dan hanya mampu menyimpan RM20 sebulan setelah ditolak segala komitmen yang ada.

Semua bermula lepas aku berjaya grad dari sebuah universiti awam dan memulakan job hunting aku di usia 24 tahun, agak lewat sebab aku bermula dengan diploma.

Lebih kurang lepas 6 bulan menganggur kat kampung halaman, mak aku dah start bising. Walaupun aku anak perempuan, dan buat kerja rumah, tapi mata mak aku sakit bila makan pakai aku masih perlu ditanggung.

Kat sini mak aku suruh aku apply kerja kat pam minyak as a cashier. Kebetulan pengurus pam minyak tu jiran aku,

So aku start la kerja kat situ berbekalkan gaji basic RM300 masa tu. Buat OT merasa la banyak sikit. Keje syif yang memenatkan sebab most of the time kau kena berdiri.

Bayangkan time period, mau tak cramp perut. Aku jumpa macam macam orang. And yang aku paling ingat, ada sorang datin tu dia pernah campak kat bonus point tu kat aku sambil kata aku ni bodoh, atas kesilapan aku lupa nak swipe kad dia.

Aku rasa tak boleh blah dengan kerja tu and terfikir sampai bila nak berada di level tu, sedangkan aku ada degree. Mak aku plak ada isu tak bagi aku keje kat KL. So senyap senyap aku apply kerja as customer service kat company yang terkenal.

And aku berjaya semua peringkat interview, maybe sebab bahasa inggeris aku sedikit bagus. So aku kena pergi training lepas berjaya dapat offer tu. Training tu masa tu buat kat salah sebuah menara area KLCC.

First day training, masa lunch break tu parents aku pickup, masa tengah tunggu aku turun, dorang park keta kat bawah tu.

Aku turun sekali dengan trainer aku, which is dia memang so sexy, pakai mini skirt saja masatu. Mak aku terbeliak jugakla mata nengoknya.

Bila dah balik, malam tu mak aku cakap “belajar apa pakai seksi seksi macam tu”. Mak aku bukan mak bandar.

So shocked and bimbang la bila tengok culture macam tu. Sebab aku rasa tak direstui, aku terus tak attend training tu, walaupun offer gaji 3k untuk fresh grad macam aku masatu dikira lumayan.

So aku back to my hometown, aku job hunting balik. Kesekian kalinya aku jadi kerani kat syarikat insurans.

Tak sampai sebulan, nak dijadikan cerita, aku dapat offer kerani kat sebuah agensi gov. Tapi status kontrak jugakla. Gaji dapatla dalam 1k masa tu, dok tengah KL.

Masatu memang struggle. Kalau orang kata kenapa pergi jugak sahut cabaran walau dah tau susah,

Aku cuma mampu yakinkan diri aku yang aku perlu untuk, dapatkan pengalaman untuk tulis dalam resume yang aku ada kerja yang konsisten, supaya aku dapat yakinkan orang yang aku tak kerja melompat lompat.

Masa kerja kat sini, memang struggle sebab aku rasa ada banyak ilmu, tapi tak dapat implement sebab kerja aku cuma cetak resit. Pegawai aku plak, semuanya ada diploma saja. And fresh grad jugak. So kat sini, aku ambik pengalaman dari bawah.

Cuba belajar hormat orang, walaupun orang tu kelulusan lagi rendah dari aku. Aku tetaplah balaci, dan tukang photostat bila saja dapat arahan dari pegawai. That’s okay.

Dalam masa yang sama, aku still job hunting lagi. Pergi interview saban tahun back to back. Dan dalam tak sedar, dah 3 tahun aku kerja kat situ, dan dah tak nampak sinar harapan. Gaji aku ada la naik sikit, dalam 1.4k masatu.

Aku pun dah start redha masatu, maybe aku akan pencen sebagai kerani, dan dah start menabung RM20 untuk masa depan.

Lepas aku dah start redha selepas habis berusaha semua cara, tiba tiba bapak aku call, bagitau dapat aku dapat offer letter. Allahuakbar.

Terkejut aku. Akhirnya aku dapat offer sebagai Pegawai kat salah sebuah agensi kerajaan yang stabil.

Aku tak pernah ada kabel, sebab family aku orang kampung saja. Aku tak pernah sangka tuhan bagi hadiah macam ni punya besar lepas aku dah belajar untuk redha.

Sekarang dah 5 tahun aku bertugas, dan alhamdulillah, aku dah berjaya pun disahkan dalam jawatan,

Dan dengan gaji yang ada jugak, aku dapat beli rumah, kereta yang lebih baik, dapat bagi mak ayah aku duit elaun setiap bilan and setiap tahun dapat contribute duit untuk family trip setiap tahun. Ni semua kerja tuhan, dan pinjaman tuhan. Alhamdulillah.

Aku saja nak share sikit tips yang aku amalkan untuk dapat kerja dulu, kot boleh dapat manfaatkan sesama, aku halalkan semuanya, syaratnya konsisten;

1) Aku solat dhuha hampir setiap hari, aku mintak kat setiap sujud, menangis, merayu cakap kat Tuhan, aku nak sangat kerja.

2) Gaji aku sikit masatu, tapi aku pastikan, setiap bulan, aku peruntukkan at least RM5 untuk sedekah. Dulu aku selalu pegi jalan TAR. So dalam perjalanan tu aku akan agih² duit RM5 tu kat orang yang mintak sedekah.

3) Aku selalu puasa sebab aku baca doa kita masa nak bukak puasa tu makbul. So aku kerap la puasa. Sampai aku sendiri jadi kurus.

4) Aku changed attitude. Sebelum ni aku negatif. Orang sembang apa pun, feedback aku mesti negatif. Aku start latih diri aku positif, bercakap benda positif, cari circle yang positif, supaya aku jadi orang yang positif.

5) Aku tak pernah putus asa pergi interview. Back to back, dengan tujuan aku nak pengalaman. Memang banyak duit habis.

Tapi aku anggap itu effort, dan setiap usaha untuk jihad kehidupan aku, aku pasti tuhan ganjarkan pahala. Aku rasa nak dekat 50++ interview yang aku pergi, termasuklah 5 kali interview SPA yang gagal.

6) Setiap tahun, aku akan pastikan resume aku diupdate dengan maklumat terkini dan pengalaman baru yang berkaitan.

7) Aku belajar untuk redha, untuk terima yang maybe kerja kerani tu saja yang sesuai dengan kemampuan aku. Tapi dalam masa yang sama, aku tetap job hunt jugak lagi.

Redha tu cuma cara supaya aku tak merungut dengan takdir yang tuhan tetapkan, cara untuk aku syukur dengan yang sedikit. Sebab aku percaya, bila aku syukur dengan yang sedikit, tuhan akan beri lebih lagi.

Maybe tu saja la yang aku boleh share. Dalam hal rezeki ni, aku kuat percaya amalan yang berkaitan dengan agama disamping usaha, adalah cara terbaik menjemput rezeki.

Haritu aku dengar ceramah sorang ustazah yang popular, dia bagitau nak tahu apa yang kita doa tu akan dikabulkan, adalah kita berdoa meminta sesuatu tu tanpa henti, dan tak pernah putus selagi tak dapat. Ya, tanpa henti. Macam doa aku nak kerja yang bagus suatu ketika dulu.

Aku berdoa tanpa henti. So kepada confessor Aku Cuma Mahu Hidup, tolong jangan give up please. Berdoa dengan penuh keyakinan itu kuncinya. Dan jangan berhenti, teruskan usaha, dan amalkan zikir Ya Bari’, Ya Fattah dan Ya Razzaq.

Okay, ada masa aku tulis lagi. Bye.

– Bebe (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *