Assalamualaikum, aku Mochi berumur 26 tahun dan anak kedua dalam adik-beradik.
Bila terbaca posting Sis Nasuha (https://iiumc.com/aku-takut-gelap/), aku rasa sangat dekat dengan diri sebab kita mempunyai masalah yang sama iaitu Takut Gelap.
Keluarga aku tersangatlah faham dengan perangai aku yang sangat penakut sejak kecil. Bila imbas kembali semasa waktu kecil, aku sangat risau bila tibanya waktu malam.
Sebab aku takut menjadi orang yang terakhir tidur. Dulu ibu ayah aku sangat tegas waktu tidur kami adik beradik, pukul 9 kami diarahkan tidur walaupun tak rasa mengantuk.
Pernah beberapa kali aku menangis dalam kegelapan sebab ibu ayah aku tidur awal. Waktu itu aku ketakutan sehingga berpeluh, dada rasa berdebar seperti ada orang yang sedang memerhatikan aku.
Adik beradik aku sudah cukup lali sekiranya aku kejutkan mereka pada waktu malam termasuk ibu ayah aku. Ayah paling rajin melayan teman aku tidur sehingga nyenyak.
Kadang-kadang bila aku dah tertidur ayah akan cuba bangun perlahan-lahan untuk sambung tidur di biliknya sebab ada beberapa kali aku tersedar dan meminta ayah untuk teman sehingga pagi.
Tetapi ada juga masa ayah tak larat nak melayan, aku ambil bantal dan baring di lantai.
Masalah ini berlarutan ini sehinggalah aku berada di sekolah menengah.
Aku satu-satunya dalam kalangan adik beradik yang tak pernah bersekolah asrama. Bila adik-beradik aku masuk ke asrama, di situlah bermulanya aku belajar untuk tidur seorang.
Mula-mula aku tidur dalam keadaan yang lampunya terbukak. Lama-lama aku sudah berani sedikit tidur dalam keadaan lampu yang padam tapi pintu bilik harus terbuka kerana aku inginkan ada cahaya masuk ke ruang bilik.
Bila aku dapat sambung degree di sebuah IPTA, ibu orang yang paling risau dengan aku sebab ini kali pertama aku akan duduk berjauhan dengan keluarga.
Selalu dia tanyakan kepada aku “Awak boleh ke tidur gelap?”, “Macam mana kalau roommate awak balik kampung, lepastu kene tidur sorang”.
Sebabkan itu, ibu belikan lampu tidur portable untuk menjadi teman tidur aku. Duduk berjauhan dengan keluarga mengajar aku untuk menjadi seorang yang lebih berani dan berdikari.
Alhamdullilah, di akhir tahun pengajian aku dapat mengatasi ketakutan untuk tidur dalam gelap. Barulah aku tahu betapa nikmatnya tidur dalam keadaan gelap. Hahaha
Kalau orang tanya aku, betul ke aku dah takut gelap. Aku rasa aku masih mempunyai perasaan takut tu tetapi bergantung kepada situasi dan tempat.
Selalu aku terfikir, apa yang menyebabkan aku takut sangat dengan gelap. Tapi aku tiada jawapan, sebab aku tiada pengalaman atau kenangan lalu yang menjadi punca kepada permasalahan aku ni.
Mungkin ada para pembaca yang tahu tentang masalah saya ini. Boleh la berikan solusi kepada saya sebab penat tau jadi seorang yang penakut ni. huhu
#GENGTAKUTGELAP
– Mochi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit