REPLY: Aku Yang Pendiam

Salam everyone. Terasa sungguh bila baca confession dari sorang Hamba Allah ni (https://iiumc.com/aku-yang-pendiam/). Mana taknya, aku pun dulu macam tu lah, sebijik haha.

Ok first of all, thankyou buat admin jika confession ni disiarkan.

Ya, aku juga seorang pendiam. Atau orang sekarang kata introvert. Sangat ye, kadang nak facing some people ke, jawab call kat office ke, officemate tanya kuat-kuat ke, nak tanya bila beli barang ke.

Percayalah, kita ni bukannya sombong tak bertempat, cuma malu ada, segan ada. Bukan malu apa, nak keluarkan suara yang kuat ni depan khalayak ramai tu yang aduh lemah sungguh nak buat. 

Kenapa ya agaknya? Aku pun selalu terfikir kenapalah aku macamni, orang lain ok je.

Sebab tu lah susah nak dapat kerja yang better, sebab memang prefer benda yang bertulis dari bercakap. Sedangkan profession zaman sekarang ni, pandai cakap confirm masyuk. Pening bukan?

Aku start perasan diri ini pendiam, sejak masuk ke asrama masa form 1. Dari situ aku banyak spend masa dengan kawan-kawan kan, so kurang dengan family (read: saudara mara bukan family adik beradik mak ayah)

So, masa zaman ni semua saudara-mara ni kecoh sungguh la aku ta knak bercakap. 

Lah masatu aku baru umur berapa kan, nak cakap apa pun tak tahu la nak menyampuk orang tua bersembang. So selalulah jadi bahan, terasa tu memang terasa. Tapi nak buat cane hadap jelah kan.

Masatu selalu rasa, cepat lah besar nak pandai borak jugak. Alih-alih sama je, aku still bukan kaki borak dengan strangers. Apatahlagi nak start conversation haha.

Tapi yang peliknya, bila dengan mak ayah adik beradik, aku lah yang paling ada je idea nak bergurau senda ke, paling kuat sakat, haha boleh katakan sunyi lah dorang tu kalau aku takde seharian hahaha. 

And, kawan pun takde lah ramai, cuma kawan yang masa sekolah menengah, masih sama, kawan study pun, masih sama, and kawan yang kerja-kerja pun adelah yang boleh jadi rapat sampai sekarang.

Ada jugaklah kawan-kawan yang ‘tak geng’ tapi sekarang tegur2 jelah, saling support bisnes & macam-macam lah kan. 

Yang pasti, aku ni senang masuk kalau dengan perempuan je, tapi dengan syarat perempuan tu bukan yang memetir haha. Kalau tak memang aku akan diam je dengan orang macamtu haha.

And sekarang ni kawan yang baru tu takde la, kawan kerja hanya kerja sahaja. Aku sangat melimitkan ya circle aku. Sebab malas nak jaga hati & perasaan orang ni. Agaknya sebabtulah masih single kot ek di penghujung 20-an ni hahaha.

Ok yang aku peliknya sekarang ni, kawan-kawan eh sahabat-sahabat aku yang masih kekal berpuluh tahun ni, dorang semua cakap yang aku bukanlah introvert, lah aku pun pelik.

Maybe aku pandai bawak diri kot? Atau ada sorang tu selalu cakap aku senang buat orang selesa. Maybe lah kot ek. Dan yang pasti, boleh dikatakan dorang semua ni suka share masalah dengan aku.

Ye, aku ni bab menulis, menaip, mengarang memang aku suka dari sekolah dulu. Agaknya sebabtu dorang rasa ‘lega’ bila aku jenis respond panjang berjela kot hahaha.

Kadang kalau nak buat caption ke, ucapan ke, dorang still tanya aku. So orang pendiam ni ada kelebihan jugaklah kan?

Jadi, bagi aku pendiam ni bukanlah satu masalah yang besar atau yang berlarutan. Even sekarang pun, aku masih nervous nak pick up call depan orang ramai, nak cakap kuat-kuat. Ntah rasa takut, malu yang tinggi ya. 

Benda ni masih boleh diubah, cuba keluar dari comfort zone, cuba facing sekali dua. Then kita akan rasa “oh aku boleh je selama ni”. Trust me, it’s really works.

Aku banyak belajar benda macam ni start kerja sini lah, kerja sekarang ni. Banyak sangat, ni betul-betul bukan bidang aku pada awalnya. Kena facing ramai orang, ramai customer. 

Tapi aku berjaya keluar dari comfort zone aku, dan try my hardest things in my life… It’s really hard masa permulaannya, alhamdulillah it’s went well.

Yang penting, jangan takut mencuba, apa je situation yang datang, baik buruk, terima dengan hati terbuka & anggap satu proses pembelajaran atau ‘proses untuk tumbuh supaya lagi kuat’. Ok?

So for me, it’s not a problem pun jadi pendiam, tak ramai kawan pun tak salah, asalkan ada kawan yang berkualiti dah cukup.

InsyaAllah, kalau niat kita nak berubah ke something yang lebih baik, even adventure sikit, mesti akan dapat balasan yang baik-baik je. Don’t worry too much, don’t think too much, just go with the flow & enjoy every flow.

Tulus,

– Cik Pinky (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Alhamdulillah, terima kasih banyak2 atas nasihat yang diberikan. InshaAllah saya akan cuba untuk ubah diri saya ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *