REPLY: Aku Yang Serba Kekurangan

Salam and Hello :)

Aku rasa terpanggil untuk kongsi cerita tentang kehidupan aku yang lebih kurang macam confessor aku serba kekurangan tu.

Boleh rujuk confession yang ni ; https://iiumc.com/aku-yang-serba-kekurangan-2/

First of all, aku wanita berumur 20an yang dah nak masuk 26 tahun. Dikenali sebagai “si lembu” kerana rupaku yang tak ubah seperti mak lembu. Badan size xxl, kulit pun kelabu bila pakai mekap.

Tapi aku tak kisah bab kulit tu. Sebab dah sampai satu tahap yang aku menghargai apa yang telah Allah ciptakan. Cuma nak kongsi cerita saja la ye untuk pengajaran bersama :P

Nak diikutkan aku jua ada masalah yang sama. Dikutuk, direndah-rendahkan hanya kerana rupaku yang gemuk. Rupa paras yang serba kekurangan tidak secantik si anak dara yang lain. Bergaya, perfect from head to toe!

Kenangan pahit yang paling sadis bila nak join aktiviti sekolah tapi tak dapat sebab bukan geng budak bijak dan lawa. Aku berada di kelas elite, tapi aku budak yang paling “bengap”. Dah la bengap, tersisih pula.

Bengap kerana aku slow learner daripada mereka. Pernah aku ajukan masalah ini pada guru kelas, tapi jawapan guru kelas aku takpe belajar saja.

Di kelas, budak yang lawa dan pandai duduk barisan hadapan. Bukannya aku taknak pilih tempat duduk paling hadapan, tapi dihalang rakan kelas lelaki di belakang kerana mengganggu pandangan bak kata mereka.

“Dah taw gemok duduk la dekat belakang sibuk nak duduk depan apahal” begitu la setiap hari aku dengar akhirnya aku mengalah dan duduk di barisan belakang.

Group pembentangan? Group kerja kursus? Kirim salam la sisterrr nak dapat pilih kumpulan sendiri. Aku dapat kumpulan pun bila cikgu tanya “Okay siapa nak ambil Diana masuk group?

Kesian Diana sorang saja tak ada kumpulan lagi” Dan saat itu selalu krikk krikk tiada siapa pun sudi. Terasa panas mukaku air mata mula gugur bila tiada siapa pun sudi ajak aku masuk kumpulan mereka.

Yang paling menyedihkan, satu hari tu ada pemilihan penyanyi nasyid untuk aktiviti sekolah. Aku pun nak la join kerana hobiku menyanyi, sambil nak dapatkan markah penglibatan pelajar.

Masalah mereka sebenarnya dah ada ‘geng’ sendiri tapi kerana pemilihan tu wajib diadakan sebelum membuat kumpulan, maka mereka pun buat-buat ada saja lah.

Aku pun happy dah nak join, menyanyi bersungguh. Masa akhir tu untuk pemilihan, ketua nasyid tu dah kata ada seorang tak dipilih menjadi ahli kumpulan.

Masa tu aku dah agak dah mesti aku, dan benar tekaanku. Aku ditolak kerana “Baju nasyid nanti semua size S, M, L saja, takut kau tak muat.

Kami terpaksa tolak kau sebab kau paling besar”. Menangis la aku undur diri keluar daripada dewan dah macam tersingkir akademi fantasia pulak. Sambung nangis dalam bilik air sebab tak dapat join :’)

Sama juga masa aku nak join persembahan menari,

Kalini cikgu pula yang singkirkan aku di atas alasan nanti di atas pentas tak nampak ‘synchronize’ kerana aku sorang saja yang macam size tugu negara di situ sedangkan rakan-rakan lain semua kecil molek. Hukhukhuk.

Aku sebenarnya dah sampai tahap dah tak kisah pasal diri aku, tapi aku terkenangkan mama papa aku.

Apa perasaan mereka bila anak yang mereka sayang, dibelai tapi bila di sekolah rupanya hari-hari aku dihina kerana rupa paras.. Sedihnya bukan alang kepalang.

Itu baru hal dengan rakan sekolah. Belum bab cikgu.

Aku bukanlah menyalahkan cikgu yang mengajar kerana dah memang lumrah manusia suka pada kecantikan dan kelebihan. Cikgu pula mesti la senang dengan pelajar yang perfect sebab memang bijak.

Dengan aku ni ada saja tak faham itu ini sampai cikgu naik angin. Tapi aku sangat suka belajar. Bersungguh buat nota warna warni nak hafal. Tapi tak semua cikgu gitu ramai saja yang baik.

Aku ni dah la memang hodoh, kelebihan pun takde. Otak pulak bengap. Special combo! Combo untuk dibuang ke dalam tong sampah. Aku mengenang apa nasib aku tapi apakan daya. Allah ciptakan aku begini.

Hubungan persahabatan, percintaan memang takde kenangan pun. Tapi hidup aku berubah sejak bekerja. Dikelilingi kawan kerja yang baik dan matang. Tidak memilih rupa.

Mereka pun siap ajarkan aku berkali-kali tanpa merungut bila aku ada salah. Kerana mulutku tidak lekang daripda minta maaf. Mungkin itu yang membuatkan orang kesian padaku kerana kesungguhanku belajar perkara baru.

Sepanjang penderitaan mental, low confident, sikap merendah diri yang memang dah sebati dalam diri, Allah temukan aku dengan seorang lelaki yang ikhlas bersahabat denganku.

Di awal pertemuan, rupaku yang tak ubah seperti permukaan bulan kerana muka breakout teruk, parut hitam berlubang, gigi yang kalau senyum saja orang dah lari sebab ke depan belakang, tetapi si dia sangat ikhlas tanpa melihat kekurangan aku!

Kini aku sudah 2 tahun bergelar isteri. 5 tahun sudah berkawan. Setiap hari tidak lekang mulut suami ku mengucapkan terima kasih kerana menjdi isterinya. Selalu memuji aku cantik, seperti dia tidak nampak langsung keburukan aku.

Janji Allah pasti akan ada seorang yang akan menerima kita dengan ikhlas. Prinsip suamiku rupa paras tidak kekal. Yang kekal ialah hati mulia seorang insan.

Aku pulak tidak pernah merungut atas kekurangan suamiku, kerana dia telah menjadi seorang suami yang lembut, soft spoken, penyayang, menghargai aku. Walaupun hidup kami kadang kala susah tapi kami bahagia.

Benar janji Allah, bila kita baik Allah akan hadirkan pasangan yang baik. Mungkin kerana aku selalu mengadu pada Allah, akhirnya Allah menjawab pertanyaanku dengan menghantar seorang suami yang baik.

Pada yang sedang kecewa, berdoa berdoa dan jangan pernah berhenti berdoa. Jangan persoalkan ujian yang kita terima kerana di sebalik ujian akan ada kemanisan.

Rupa paras tidak kekal, budi bahasa dan keikhlasan hati yang berkekalan dan dipandang Allah. Semoga kita menjadi wanita solehah dan menjadi bidadari syurga.

Salam sayang,

– Diana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *