Assalammulaikum semua.
Pertama sekali saya ingin berkongsi pengalaman dan membantu Puan Kurkurkur dalam luahan https://iiumc.com/anak-slow/.
Anak merupakan rezeki dan amanah yang diberikan dari Allah, jangan sekali-sekali menyalahkan takdir.
Kadang-kadang Tuhan nak beri kita ujian dalam kehidupan ini. Kehidupan kita ni tak selalu smooth & ada pasang surut.
First kita kena bersyukur kerana ada zuriat and redha dengan ujian.
Dari cerita Puan, anak Puan “cepat tangkap’ semasa di tadika dan berbeza di rumah.
– Cara pendekatan Cikgu tadika dapat mengajar anak Puan dan berbeza dengan cara kita mengajar di rumah.
Cikgu tadika dilatih untuk mendidik kanak-kanak dan tackle emosi kanak-kanak semasa belajar.
– Emosi dan stress memainkan peranan kita mengajar anak-anak. Kadang kita berasa tertekan atau peer pressure.
Puan ada berikan contoh anak orang lain dah boleh kayuh basikal, jadi Puan rasa pressure dengan kebolehan anak orang lain berbanding anak sendiri.
Puan perlu bersabar & setiap pace anak berbeza. Jangan banding2 kan kebolehan anak orang lain dan setiap anak ada kebolehannya sendiri.
Ada anak yang dilahirkan slow learner dan late boomer. Puan sangat bersyukur kerana dikurniakan anak yang sihat dan sempurna.
Masih belum terlambat, Puan perlu muhasabah diri dan betulkan balik rutin, sikap dan kenal pasti kekuatan dan kelemahan anak.
Mendidik anak perlu sabar dan tidak terlalu emosi / memaksa anak. Cara ibu bapa mengajar juga penting.
Untuk perkembangan motor halus anak Puan, puan boleh cari di Youtube cara mengasah perkembangan motor halus anak-anak.
Saya cadangkan Puan berjumpa dengan Pakar Kanak-kanak berkenaan ini jika ada masalah.
Saya doakan Puan dan anak dapat mengatasi masalah ini.
Ibu yang pernah ada anak slow learner,
– Mariamah Tijo (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit