Assalamualaikum buat semua pembaca IIUM Confession. Sedikit sharing daripada saya untuk confession sis yang anxiety sebab suami sendiri, (https://iiumc.com/anxiety-sebab-suami-sendiri/).
Izinkan saya perkenalkan diri saya terlebih dahulu. Saya seorang ibu kepada 3 orang cahaya mata yang berusia 8 tahun, 5 tahun dan 2 tahun. Saya berumur awal 30-an. saya bekerja di salah sebuah syarikat utiliti negara dan telah berkhidmat almost 12 tahun.
Saya telah disahkan menghidap depression & anxiety disorder baru-baru ini. Membesar dalam persekitaran yang toksik menjadi punca utama saya menghidap penyakit ini.
Ayah saya seorang yang narcissist. Dengan orang luar, dia sangat dikagumi dan disenangi. Dan dia juga ‘somebody’.
Arwah ibu saya telah pergi menghadap ilahi 5 tahun yang lalu. Saya menjadi saksi utama bagaimana arwah ibu saya diseksa secara mental dan fizikal oleh bapa saya.
Selain tu, bapa saya juga sepanjang bersama arwah ibu, seorang kaki nombor ekor, kerap berjumpa bomoh, pinjam ah long dan sebagainya.
Saya akhirnya buat keputusan untuk mula bekerja selepas tamat diploma disebabkan tak sanggup tengok arwah ibu dan ayah saya bergaduh setiap hari kerana duit.
Disamping itu, saya berkenalan dengan suami saya since saya tingkatan 3. Pada mulanya, saya menganggap dia lah life saver hidup saya.
Ya, dia kenal dengan saya daripada saya zero. Dalam masa saya terdesak untuk mencari tempat nak mengadu, dia hadir dalam hidup saya.
Tapi, pada tahun kedua perkenalan saya dengan suami saya, satu per satu true colournya keluar. Dia seorang yang sangat mengongkong dan panas baran (mentally abuser). Dah berkali-kali saya cuba melarikan diri dari dia. Tapi tak berjaya.
Sampaikan a few times juga saya cuba untuk berkenalan dengan lelaki lain, tapi tak berjaya. Semua lelaki yang saya cuba rapat, melarikan diri bila dia menyerang mereka. So, dipendekkan cerita, pada tahun 2013, kami diijabkabulkan.
Pada awal perkahwinan sehinggalah saya bersalinkan anak kedua, suami saya berubah 360 darjah. Dia sangat penyayang, masih temper tapi tak seteruk sebelum kahwin. Semua urusan rumah dan anak², dia akan uruskan dari A to Z.
Sampailah pada suatu hari, masa ni, arwah ibu saya dah pergi meninggalkan dunia ini, one of my husand officemate wassap saya dan ceritakan kecurangan husband saya. Seperti tuan tanah dalam confession sebelum ni, saya sangat positif even bukti dah ada.
Sampailah pada suatu saat, di mana, pada waktu itu, saya sekeluarga holiday ke Australia. Saya tak sedap hati, saya tak tidur malam tu dan saya pura² tidur ayam. Saya menghendap suami saya, dan ya, di tengah malam, dia seronok bermain wassap sambil tersenyum².
Saya yang berpura² tidur, terus merampas telefon suami dan berlaku pergelutan ketika itu. Saya baca setiap content wassap.
Dan ternyata, mereka sharing selfie picture and report daily activities almost every day. Seriously, I didn’t expect this thing happened while we are away from our home.
Memang this thing ruin my whole holiday mood. Daripada kes ni lah, Depression and anxiety saya become worst until I lost about almost 25kg.
Yes, saya tahu, it’s not worth it at all to fight for this marriage. In this case, if I’m not mistaken, 2 kali saya melakukan percubaan bunuh diri.
Dan until today, my second child keep reminding me about that incident. Seriously, saya tak ada jawapan bila setiap kali anak saya tanya ‘kenapa ummi ambil pisau dan tikam badan ummi?’. It’s my bad. I lost my control. Solat tak pernah tinggal.
Dan always berdoa ‘Ya Allah ya tuhanku, kau tutupkanlah pintu hati suami serapat²nya buat wanita² lain selain dari diriku. dan kau pupukkanlah rasa kasih dan sayang dirinya terhadap diriku seorang’.
Guess what, Allah makbulkan doa saya after berjuang for almost a year! Saya tak tahu macam mana dan bila tune nya. Suddenly je my husband berubah dan minta tukar bekerja di cawangan lain which is sebelum ni satu cawangan dengan that girl.
Oh ya, that girl isteri orang ya. Bukan anak dara or janda. Alhamdulillah everything dah ok semula.
Until, tiba waktu 2nd MCO period. My husband lost half from his salary. My husband works as a postman at one of National courrier company. During this time, government announce that we can take out our EPF money to cover the daily expenses.
So, my husband is the one yang tak lepaskan peluang ni. But, me as a wife dan bekerja, keep reminding him yang we don’t need that money sebab saya boleh tolong cover sikit². He still insisted to withdraw that money dengan alasan nak start small courier business.
Lebih² lagi bila suami mendapat tekanan dari family dia. Which is, untuk repair lori yang in laws I still simpan. Untuk pengetahuan korang, in laws I ni, last time business. so, ada la a few lori 1 ton, 3 ton and van. Now diorang dah tua, so dah tak berniaga lagi.
Puas bertegang urat. Sebab, kes repair lori ni tak berkesudahan since my husband bujang.
Kos repair lori bukan sikit ye guys. beribu ringgit kosnya. Bila lori dah siap, orang lain guna, duit pun dah habis. So, usually my husband is like kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Then, my husband dapat buat job tepi during MCO 4. Which is makan commission for each parcel yang dia hantar. Masa mula² dapat tahu, I was like happy sikit sebab dah tak perlu korek our savings untuk cover salary dia yang takde tu.
Tapi, harapan tinggal harapan, rupanya, dia still utamakan repair lori, repair rumah parents dia sedangkan I terkapai² kelemasan sorang diri. Duit saving pun dah almost menipis.
So, 1 day, this year on March, I’ve decided untuk bawa diri jauh dari dia. Sebab, I become so depressed. Out of knowhere, saya menangis tanpa ada sebab musabab.
My husband become temper semula sebab dia stress tak dapat realisasikan permintaan parents dia. Me? Dia tak sempat fikir keadaan saya masa tu.
Dan dia tak sedar yang sakit saya jadi semakin parah. Selain tu, ada some of my in laws yang turut campur tangan dalam masalah rumahtangga kami. Disebabkan saya dah tak boleh tolerate dengan perasaan saya, saya tak mampu kawal diri saya, and saya decided untuk refer ke psikiatri.
And my appointment is a week before I bawa diri jauh². At first, my husband against me to refer specialist. Dia cakap sebab I tak solat la, takde iman la and what so ever yang related. Masa ni, memang solat pun rasa kosong. Masalah berlegar² dalam otak.
Menangis je. Baca Al-fatihah pun berulang kali tak dapat habiskan. End up, rasa penat nak solat. But I berkeras juga nak refer psikiatri sebab masa tu I hanya fikir nak mati dan jadi takut nak berdepan dengan my husband and in laws.
Then, during the check up day, my Doctor keep reminds me that don’t let anyone bullied me. I have a good career, I have my own salary (my salary nearly to 5k). If nak bercerai, bukanlah sekarang sebab I tengah mentally broke.
I kna jadi kuat dulu, then baru boleh fikir the next step. Doctor prescribe some medicine for me to control my emotion and stabilize my mood. Seriously, my doctor sangat motivates me.
Sebelum ni, saya memang rasa loser sangat even I have a good career. Always rasa bukan ibu, isteri and menantu yang baik. Salah satu sebabnya, pressure dr husband I.
So, on March this year, I nampak offer from Singapore Airlines. Return flight ticket to Europe on August only cost 2.5k. Ntah la. time tu memang tak fikir apa, bagitahu adik saya, ajak adik dan saya terus beli flight ticket.
Saya cakap dekat boss, saya perlukan cuti yang panjang which is sebulan sebab I’m on medication and treatment. Alhamdulillah bos pun baik dan ok dengan permintaan saya.
A months after beli flight ticket, baru saya bagitahu husband yang saya perlukan ruang untuk recover from this illness.
Luckily, my husband approved permintaan I even though dia macam berat hati nak bagi I traveled alone dengan my sister secara backpack.
Sebab selama ni I always traveling with him and our kids. And kitorang memang usually travel style backpacks. Kebetulan pula, my appointment dengan psikiatri a week before I fly.
Memang motivation dari Doctor sangat² membantu to build up my confidence yang selama ni dah terkubur. During my travelling period, I just left RM700 to my husband to manage the kids.
I sengaja bagi RM700 tu sebab dia nak educate my husband that his salary is not enough to cover our little family expenses. Guess what, that RM700 is not enough for 2 weeks.
When I touched down Malaysia, my husband membebel and mengeluh duit tak cukup. And dia baru realize yang gaji dia tak cukup untuk cover all the expenses untuk our little family. And this time, dia juga start realize, selama ni I yang cover all the expenses.
Almost all and dia tak pernah tanya pun dari mana datang duit tu. Sebab dia busy tunaikan permintaan my in laws. Dia terlupa yang anak² tengah membesar dan banyak nak pakai duit.
Since that day, before dia balik kerja, dia akan tanya groceries cukup tak, or I ada duit belanja tak. Dia dah tak fikir pasal lori lagi. Penyakit I? Still not recover yet and still rely on medication. Doakan saya pulih sepenuhnya soon ye sahabat² sekalian.
So, to the women’s out there, please jadi mahal. Sayang Allah and diri sendiri dulu. Then anak², then baru suami and so on. Kadang², dengan orang lelaki ni, kita tak boleh nak bebel² selalu. Sebab lelaki ni ada egonya yang tersendiri.
Kita kena jadi mahal. Dan jangan bertindak mengikut nafsu. Guna reverse psychology. Kurangkan membebel. Banyakkan memujuk kalau nak minta tolong dengan suami.
Sebab tu, saya selalu akan nasihatkan orang² terdekat saya especially kaum wanita, tolong buat tabung simpanan even korang suri rumah.
Pecahkan simpanan kepada beberapa bahagian (Education anak², travel, emergency, takaful and so on). Tak payah banyak². setiap tabung RM10-RM50 pun dah memadai.
Dan make sure, suami tak tahu kewujudan tabung tabung ni. Supaya, bila berlaku nya masalah² yang tak terduga macam kes saya, kita boleh selamatkan diri kita dan anak² terlebih dahulu.
Kalau boleh, please and please, saya merayu pada kaum wanita kat luar sana, usahakan beli rumah even sekecil rumah flat, atas nama sendiri.
Kita tak kan pernah dapat meramal masa depan kita. Sama samalah kita Womens empower womens. Insya-Allah.
– Depression Survivor (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit