Reply : (https://iiumc.com/apa-nak-jadi-dengan-mak-aku/).
Assalamualaikum Salam Sejahtera warga iiumc. So tengok tajuk dah tahu aku nak reply confess kepada Unknown. Sebab aku bimbang kalau comment nanti orang tahu pulak aib family aku. Huhu. So aku balas sini lah ya. Kalau Admin sudi siarkan, terima kasih in advance.
So, Unknown you tak keseorangan. Aku pun pernah mengalami situasi yang kau hadap ni. Berbeza my mom menggunakan gambar dia sendiri. Of course kat album socmed semua gambar kami semua anak beranak dan cucu. Ya dah bercucu ya.
Adik beradik aku semua berkerjaya dan semestinya tak ada masa nak tengok mak diorang selalu. Yela kami rasa macam phone tu privasi seseorang kan? Abang selalu beli handphone yang uptodate untuk mak ayah. Tapi tak pernah tanya keadaan mak ayah. You know what i’m mean?
Diorang just bagi duit atau apa2 tapi jarang balik. Anak perempuan sahaja yang selalu balik jadi peneman. Kakak aku suri rumah memang dia je selalu balik tengok mak abah. Aku weekend atau cuti je balik. Abang2 aku hari raya je balik tu pon kadang2 tuntutan kerja tak balik juga.
So macam mana aku boleh syak sesuatu? Aku received call whatsapp dari hp mak aku. Dari nombor yang unsave. Masa tu mak aku pergi kedai tertinggal hp. Tapi aku tak sempat jawab dah letak.
Password phone aku tak tahu sebab aku ni malas nak ambil port sangat. Cuma kalau benda penting baru aku ambil action.
Yang tahu password hp mak aku tu kakak aku je sebab dia memang suka melayan mak suruh install whatsapp setting facebook semua kakak aku buat. So dia je tahu A-Z. Sebab aku tak suka mak aku ada socmed selain whatsapp.
So aku perhati dulu gerak geri mak aku. Yang aku perasan dia 24/7 dengan hp. Tak berenggang. Pastu suka silent hp.
Yang ni aku marah sebab selalu aku call susah sangat nak jawab. Bila aku check rupanya hp silent. Bila aku tanya kenapa mak silent phone? Mak aku just jawab tak tahu lah hp tu dah gila.
Seminggu dua aku perati untuk betul2 yakin dengan tekaan aku ni. Akhir sekali aku suruh kakak aku ambil hp mak senyap2 check apa benda yang mak buat belakang kami.
Yes betul tekaan aku, tapi malulah nak cerita. In fact mula2 aku terkejut gila kot. Kakak aku sampai nak bagitahu abah lagi. Tapi aku halang dulu, yela malulah mak nanti. Aib dia kan. So mula2 kami kumpul bukti. Kakak aku siap dah ugut lelaki2 tu semua dah tapi tak jalan.
Dah block semua nombor deactivate fb apa semua. Alih2 mak aku buat baru balik fb semua. Siap boleh tulis lagi nombor telefon scandal2 dia dekat buku. Haha.
Aku fikir ni dah macam silent attack. Last2 aku suruh kakak aku buat whatsapp web. Check dari phone dia je. Kakak aku ni jenis tak menyabar, jenis buat dulu baru berpikir. Tangan dia sampai dulu dari otak.
Hahaha, so semua benda ni aku plan elok2 baru aku arah dia. Korang kena faham ya benda ni. Aku bukan jenis serang sembarangan.
So dah ada bukti semua. Aku bagi warning first iaitu nasihat mak. Aku je boleh berkata2, kaka aku korang paham sendiri lah kang lain jadinya. Tapi masuk nya sikit2 je . Still buat juga. Pastu aku bagitahu abang2 aku. Sebab aku takut nk confront abah.
Memang aku rapat dengan abah, tapi kalau benda ni keluar dari mulut aku nanti abah jadi sedih. So better abang aku yang bagitahu abah. Lelaki dengan lelaki kental sikit kot ayatnye.
At the end, abang aku bagitahu abah and abah kata nanti abah nasihatkan mak. So aku just follow up dekat abah je lah macam mana mak. Masa tu kami semua pakat tak balik dlu. Bagi ruang kat mak . Yela kot malu dekat anak anak.
So aku follow up tu abah kata mak sunyi. Abah busy kan. Anak balik pun weekend. Kakak aku selalu datang pun tapi untuk menyemak jugak haha.
Aku nasihatkan abang2 aku untuk selalulah balik kampung tengok mak abah. Jadi semua benda pun bersebab. Kalau asbab scandal tu tak call mak aku pun tak tahu kan.
Aku tahu aku ni anak, mungkin silap tu dari kami juga. Aku nasihat mak pun bukan yang heavy, berkias juga takut mak malu. Tapi aku siap pesan kat adik beradik semua jangan pasangan tahu pula hal mak ni. Malu mak nanti. Selagi boleh jaga aib nya kita jaga ya.
Lepas semua dah kembali normal, abang aku pindah kat kampung. Untuk lebih dekat dengan mak abah. So weekend family aku macam ada small gathering. Main masak2, berebut nak hantar mak beli barang dapur, kalau abah sakit berebut nak balik masing2. Hahah.
Kalau tak benda ni aku je buat. Kan aku kata aku ada bila penting je. Yang remeh aku malas amik port. So sekarang aku tengok mak aku dah neutral. Ada time kakak aku check whatsapp web. Tapi tak ada yang pelik.
Aku tak boleh nak hempas hp mak aku, agak keterlaluan tu kan. Dia ada hak nak me time layan fb, group whatsapp family dia juga. Macam kita kan.
So bagi aku jujur tu lebih baik dari gunakan kekerasan. Hehe. Aku syak abah pun ada sifat rasional dia dan sabar dalam nak didik isteri dengan anak2 dia.
Aku tak cakap aku ni betul semua. Aku nasihat abah juga, selalu lah ada dengan mak. Dah tua2 ni takkan nak bercerai pula. Kalau nak bercerai baik dari kami kecil. Kalau boleh tahan sampai bercucu, why not kan?
Actually aku boleh fikir waras macam ni pun sebab aku ni anak bongsu. Selalu ada dekat rumah. Aku tahu dan melihat apa yang jadi di rumah selama aku membesar. Adik beradik aku lain semua masuk asrama belajar kerja pun jauh2 so memang jarang ada dekat rumah.
Sebab ni juga aku rapat dengan abah. Abah tak bagi aku masuk asrama. Masuk universiti pun dapat dekat dengan kampung. Hahaha lucky me kan?
So Unknown, kau lebih tahu mak ayah kau macam mana. Kalau yang boleh bawa bincang, silakan. Tapi jangan gunakan nafsu yang tengah membara ya kalau buat apa2 tindakan. Gunakan otak yang ada tu tau. Sekarang zaman teknologi. Gunakan sebaik mungkin. She need attention.
Jangan sebab satu kesalahan dia yang ni kau hukum dia sampai tak nampak semua kebaikan yang dia ada. Hehe, goodluck tau!
Aku doakan mak kau cepat sedar dan bertaubat. Aku doakan kau adik beradik dapat penyelesaiannya dan sabar menghadapi ujian ni.
Tips :
~ Reset phone mak kau tukar email dan password yang kau tahu. Kalau dia tanya hp dia kenapa ni – cakap “hp ni kena virus mak”
~ Download whatsapp web kat hp kau scan dekat whatsapp mak kau. (Kot dia ada save nom scandal2 kat buku wkwkwkwkwk)
~ Deactivate account soc-med. kalau dia nak buat baru kena ada email dan password so mesti dia akan minta kau buat kan. Maka kau buatkan pastu kau pon boleh monitor dari phone kau sendiri.
~ Takkan kau tak cargas main phone kan? Kalau dapat PM ke apa delete cepat2, block cepat2. (Takut mak add balik orang yang sama)
~ Akhir sekali pandai2 lah nasihat…
Sekian, terima kasih. Jangan stress lakukan dengan smoothly jangan sampai terkesan. Kita nak jadi detective conan ni tau.. hahahaha.
– Baby (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit