Reply: Apa Patut Saya Buat?

Reply, (https://iiumc.com/apa-patut-saya-buat/).

Assalamualaikum TT, saya perempuan berkahwin 25 tahun, anak 5, profesional.

Serba ringkas saya tulis sebab nak lipat kain, hehe.

Dik, dari pengalaman akak kahwin tak sempurna serba serbi. Diuji banyak dengan perangai keluarga mertua.

Suami cukup baik. Sangat2 baik. Tapi tulah ujian dengan mertua/ipar pula.

Disebabkan suami sangat baik, anak sulung, anak yang tak pernah menjawab mak ayah. Dijadikan kuda tunggangan ahli keluarga untuk senang hidup.

Terjerat hutang ratus ribu akibat perbuatan si ayah paksa suami guna nama untuk buat loan.

Saya isteri turut sama terpalit susah kerana terpaksa bantu suami dari blacklisted hingga hari ni. Tapi mereka fikir semua duit anaknya tanpa ada portion yang saya perlu korban.

Pendek kata jenis mak ayah yang rasa dialah parenting paling baik dan mak pak kita menantu tak reti jaga anak gamaknya hingga semua hal hal dalam rumah anak nak diaturnya.

Kewangan, soal jaga anak dan semua keputusan dalam rumah berkaitan kita laki bini.

Hanya mertua saja yang pandai serba serbi menguruskan anak, hal dapur kena macam ni macam tu.

Kita menantu anak perempuan orang langsung tak berani nak pegang even seketul kuali nak goreng telur anak sebab sop berbeza.

Saya cuma nak ringkaskan dalam hubungan mertua dan ipar duai ni kita tak boleh terlalu memberi, try hard nak ambil hati depa, hingga akan di manipulate.

Manusia yang dari awal hidup mmg bergantung pada orang perangai tu takkan berubah, kalau kita nampak suka bantu, atas konon2 semangat family.

Berhati hatilah akan ada lah yang take advantage.

Berhati hati jika mertua lelaki tak bekerja, adik ipar yang pemalas dan tak bekerja, alasan macam2 yang dia tahu perlu sediaan semua duit kereta untuk boleh dia boleh pergi ‘cari” kerja.

Baru cari kerja belum kerja pun lagi. Berhati hati dengan lifestyle bakal yang high class tapi tak de kemampuan, pasangan dan kita yang suka memberi nilah jadi atm.

Asalnya sedekah asalnya semangat family lama lama depa akan tgk bukan family dah tapi lubuk untuk dapatkan duit senang.

Menantu akan dianggap meracuni pasangan jika mula menolak budaya suka meminta minta, akan kena banned atau dipulaukan bila tak boleh ikut cara depa even mempertahankan hak kita.

Bila kita tak boleh ikut cara depa, kita boleh dirosakkan nama, dikata macam2 sampai tahap nak bersalam, tatap muka, jemput datang majlis kat rumah pun tak.

Mereka akan tetap dalam dunia mereka. Depa betul, depa baik. Orang lain semua aniaya depa, hina depa. Play victim.

Berhati hati dengan mertua yang rasa dia bijak semua hingga anak dah kahwin pun tak dilepaskan jadi lelaki tulen untuk tadbir hal rumahtangga semua nya kena merujuk hatta nak bela anak sendiri.

Susu lah, pamperslah. Mertua sahaja pilihan tepat.

Rumah mesti macam ni, kereta mesti macam ni. Tapi 1 sen pun tak di hulur buat kita laki bini fulfill kehendaknya yang tak pernah merasa sebelum ni sebenarnya.

Tapi kitalah anak menantu jadi mangsa untuk meneruskan cita cita impiannya.

Solusinya jarak diri dari awal kahwin draw border supaya depa tahu kita tak boleh dibuat main.

Ko datang rumah aku seperti tetamu jer. Sama kita ke rumah mertua/ipar as tetamu jer. Tak perlu nak diterima dalam keluarga depa.

Cukup suami kita tahu dan kenal kita luar dalam dan dapat protect kita.

Sekarang saya dah tahap kronik langsung saya tak jejak rumah mertua dan saya tak bagi depa datang jejak rumah saya. Saya mempertahankan diri saya.

Kerana suami dah terdidik tutup mulut depan mak pak even salah. Maka saya bangkit pertahankan hak dan diri saya sendiri.

Cukuplah kita menjadi mangsa 1 keluarga yang narcissist enggan akui salah dan lemah sendiri. Kita berhak bahagia dengan keluarga kecil kita.

Sekarang mertua saya terhegeh2 cuba pujuk dan ambil hati saya semula selepas saya hambur semua apa budi saya bagi selama berbelas tahun untuk menyenangkan puak mereka.

Duit saya menantu ratus ribu tergadai hanya untuk menyenangkan depa.

Maaf dah banyak terluka saya takkan patah balik. Suami saya harus terima keadaan ini kerana dia tahu puncanya dari carq dia & keluarganya sendiri.

Saya meletakkan dua pilihan pada dia jika mahu saya stay maka dia pun kena tahu handle batasan campur anduk hal keluarganya dalam rumah tangga kami.

Saya adalah anak perempuan paling disayangi mak ayah saya dan tidak lokek dengan family.

Ajaran ini dididik dari saya kecil hingga saya kahwin saya anggap keluarga mertua spt mak ayah kandung tapi tak sangka depa hanya gunakan saya untuk kesenangan dan untuk besarkan anak anak depa lain yang kurang menjadi.

Penting kamu dan pasangan kuat menempuh arus.

Jika tak boleh tumbang. Jika tak sedia jangan mulakan. Itu saja pesanan saya. 

Untuk mertua saya yang mulia,

Mak juga mempunyai anak perempuan yang mak sayang. Mak selalu kata mak ibu yang paling sayangkan anak.

Mak saya juga sayangkan saya sama seperti mak sayangkan anak.

Tapi soalan saya hari ini kenapa mak tergamak aniayai anak kandung mak yang sedikit tidak membantah hanya menelan bertahun, susah kami suami isteri tak ada siapa yang tahu.

Mak hanya tahu nak melepaskan keluarga mak, hutang keluarga mak dan membesarkan anak anak mak yang lain hasil air mata kami.

Jangan mak terpinga pinga jika suatu hari nanti anak anak mak perempuan mak dianiyai suami atau keluarga mertua spt saya.

Ingatlah saat tu, mak telah merampas hidup saya sbg anak perempuan orang.

Saya tidak mendoakan yang buruk tapi saya percaya Allah itu Maha Adil dan mak sendiri telah melihat beberapa orang anak mak yang telah terlibat dgn pelbagai insiden memalukan keluarga.

Duit saya bukan duit anak mak masih mak belum jelaskan dan saya akan menuntut hak anak saya di akhirat nanti. Allahu alam.

– Aisyah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *