REPLY: Apakah Definisi Sekufu?

Assalamualaikum. Hai Cherry from confession, https://iiumc.com/apakah-definisi-sekufu/.

Aku Latte, okay straight to the point, aku malas nak mukadimah panjang².

Pada aku, kau tak perlu risaukan family kau atau family dia, kalau kau boleh blend well dengan family dia, okay.

Antara family tu mereka boleh try blend nanti sebab benda masih peringkat awal, tak perlu serabut fikir pasal status family kau berbeza dengan status family dia.

Kalau risau sangat time kau borak² dengan family dia tu, bagitau la siap² kau dari family biasa saja, tengok penerimaan family dia macam mana.

Tapi kat sini yang paling penting kau kena fokus is boyfriend kau. Tengok gaya dia, cara berbelanja dia, kehidupan dia, kau rasa kau boleh blend ke? Benda tu fikir dulu.

Kau patut start tanya financial health dia, ada simpanan ke ? beli barang-barang mahal ni duit dari mana dia dapat ?

hutang ada berapa banyak ? ada investment ke ? This topic should become one of the issue kau kena borak dengan dia.

Well if he is mature enough then probably dia akan jawab la but if dia tanya asal kau macam gold digger tanya pasal duit dia, then you should think twice before ke fasa seterusnya.

Perempuan perlu tau tahap kesihatan kewangan pasangan sebab kita nak hidup dengan orang tu, or at least nak masuk tahap serius dengan dia.

Belum betul² serius lagi tapi kau dah nampak yang dia suka barang branded, nak makan dalam mall saja, nak stay tempat mewah.

Tapi kita tak tau maybe dia ada business lain or ada investment lain sampai tak ada masalah nak berbelanja mewah,

But if benda tu semua dia beli pakai credit card dan dia tak ada langsung backup plan or side income then you should consider as a red flag la sebab dia suka berhutang untuk nampak mewah.

Whatever it is, sebelum buat keputusan besar, tanya dia, selidik kewangan dia, check ccris dia sebab sekarang pun boleh saja check ccris kita secara online.

Aku pun check ccris bakal suami aku untuk pastikan dia tak menipu bab liabiliti.

Benda macam ni walaupun nampak remeh but trust me this will become one of the issue yang boleh buat korang bergaduh teruk if pandang remeh especially bila dah kawin.

Sebelum kawin kau boleh lari lagi beb, kalau dah kawin parah, nak lari pun kena fikir beratus kali.

So try slow talk, borak santai, bincang sikit² tengok macam mana dia balas kau. Kalau dia memang suka barang branded tapi dia pandai cari duit, ada investment, ada side income, okay la.

At least kau takkan jadi sasaran dia one day kalau dia tak ada duit but nak beli benda branded sebab dia ada banyak side income yang boleh menampung lifestyle dia contohnya.

Tapi ingat, tanya dia juga if anything happen with your career one day, dia akan stay and bantu or macam mana.

Sanggup ke nak hadap dan tolong kau. Or if career dia jatuh, kena buang kerja la contohnya then how. Trigger otak dia untuk berfikir sikit.

Sometimes lelaki macam tu dorang masih dalam mood enjoy life. Dorang tak fikir jauh ke depan.

So kau bagi soalan² menguji minda sikit kat dia supaya dia berfikir sebab kita ni bukan sentiasa kat atas, ada masa jatuh terduduk, terlungkup, tergolek.

Aku takut saja ye la mana tau otak dia dah tepu sebab hidup mewah sangat.

Jadi tu saja nasihat aku, kalau kau tak berkenan sorry. Btw sekufu ni level atau status atau hierarki.

Maknanya ada kesamaan, means orang kaya kawin dengan orang kaya, orang sederhana kawin dengan yang sederhana dan begitu,

But sekufu juga pada aku bukan setakat background family saja tapi bila kau dengan pasangan kau ada pemikiran yang lebih kurang or sama, sebab kalau berkawin kita akan habiskan masa hidup kita dengan pasangan,

Jadi pentingnya pemikiran dan cara korang boleh diterima antara satu sama lain contoh macam kau suka berjimat, pasangan kau pun boleh terima konsep berjimat kau dan dia pun start berjimat.

Kau boleh makan tepi jalan, pasangan kau pun jenis tak kesah. Kau suka travel, pasangan kau pun elok saja ikut. Pasangan kau suka hiking, kau pun boleh terima dan boleh join. Same goes to financially, life dan sebagainya.

Also korang ada matlamat yang jelas means like after korang berdua setuju untuk retire umur sekian² dan beli rumah atas bukit dan habiskan sisa hidup berdua, contohnya la.

Background family tu tak jadi masalah sangat as long as parent pasangan kita yang T20 tu boleh terima kita dan parent kita yang biasa² ni sebagai besan dorang dan menantu dorang.

Ramai saja orang kaya boleh terima besan biasa² dan menantu biasa². Yang jadi problemnya diri kita, boleh ke tak terima pasangan yang gaya hidup dia tak sekufu dengan kita.

Think twice before you make your choice.

– Latte (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *