REPLY: Baby Bukan Harta Awam

Reply, (https://iiumc.com/baby-bukan-harta-awam/).

Hai Ain, lepas membaca confession awak tempohari saya terpanggil untuk menulis berkongsi pendapat saya berkenaan dengan dilema yang awak hadapi.

Similar things actually happened to my nephew waktu raya yang lepas, bila mana suddenly one of my relatives macam acah-acah nak beri makanan pada baby, walhal my nephew umurnya belum sampai 6 bulan pun.

Waktu kejadian tu jadi, saya sendiri pun terkejut, tapi since saudara saya tu sekadar bergurau (sebab baby tak makan pun makanan tu) dan ada orang juga yang menegur jadi saya pun macam anggap ianya tak ada apa-apa.

Honestly, kalau my sister in law yang rasa benda awak rasa ni, saya agak boleh faham kalau dia rasa macam tu.

Saya tak nak cakap pasal anxiety bila tengok orang lain handle anak sendiri tu, sebab saya sendiri tak ada pengalaman, tapi from what I observe awak maybe masih lagi dalam fasa adjusting dengan keluarga suami awak, Ain.

You are still not familiar with his relatives, jadi level percaya tu rendah, jadi bila level percaya tu rendah awak lagi prone untuk fikir bukan-bukan and rasa cemas.

Macam family saya, both side mak dengan ayah saya datang dari keluarga besar. And particularly dekat sebelah ayah saya, kami boleh jadi agak ‘bising’ dan kuat mengusik.

Jadi kalau orang tak biasa mungkin boleh salah faham dengan usikan dan gurauan mereka.

Since saya dibesarkan dalam environment itu dan dah terbiasa dengan mereka, jadi saya rasa benda tu normal je, tapi kalau orang lain mungkin tak rasa selesa dengan style gurauan mereka, sebab tak biasa.

Lepas tu kalau bab passing-passing baby dan minta izin, ianya macam bukan practice keluarga kami,

Sebab since dari kecik lagi pun kalau adik-adik saya dipass untuk diangkat oleh saudara mara pun, parents saya akan membiarkan sahaja.

Sebab mereka percaya saudara mara saya akan jaga adik saya dengan baik – since mereka pun ada anak ramai dan ada pengalaman jaga budak kecil. Dan alhamdulilah tak pernah pulak jadi apa-apa.

Saya ingat lagi dulu, one of my siblings kena bawak jalan-jalan oleh one of my uncles, dia bukan bawak takat pergi dapur macam kes your kid,

Tapi my uncle siap bawak keluar rumah jalan kaki jauh sikit dari rumah nenek, pergi tengok lembu la, pergi tengok beruk, pergi tengok pokok.

Tapi parents saya releks je, even saya dengan dengan adik yang lain biarkan aje, sebab tahu my uncle akan jaga my little sibling tu elok-elok.

Dan memang adik saya okay je lepas short field trip tengok alam sekitar tu. Dia even lagi suka bila orang nak bawak dia berjalan. Hahaha.

Waktu adik-adik saya masih toddler sesekali nangis sebab kena usik tu biasa. Tapi alhamdulillah, mereka okay je, takde pun yang trauma sampai tak nak balik kampung ke atau ngelak bila nak jumpa saudara mara.

Actually masa hari-hari my nephew berada di rumah family, saya tak main-main sangat dengan dia sebab saya distancekan diri.

Distancekan diri bukan sebab saya tak sukakan dia, tapi sebab saya sebenarnya tak berapa sihat dan saya tak nak my nephew terjangkit.

Even walaupun saya nak je gomol-gomol budak tu saya tahankan diri. Saya fikir nanti next-next time bila dia balik lagi dan dah besar sikit saya masih ada peluang nak main-main dengan dia.

Lagipun its not worth it untuk bahayakan baby hanya kerana rasa hati dan keselfishan diri sendiri.

Sebenarnya masih ramai lagi orang yang ada common sense bab baby handling especially post-covid ni tapi tulah benda ni sensitive sikit dan ada je jenis orang kurang common sense ni.

Jadi kalau nak tegur orang pegang/gomol baby ni pun, kena do it with tact. Sebab kalau tegur tak kena gaya ramai yang akan terasa hati, tak pasal-pasal je nanti effect relationship dengan orang tu.

Tindakan suami awak menegah untuk directly tegur mak mertua itu adalah tindakan yang tepat.

Saya rasa mak mertua awak pun masih lagi excited dan still adjusting ada cucu, since awak sendiri cakap anak awak adalah cucu pertama keluarga mereka.

Saya rasa kalau suami awak slow talk baik-baik dengan mak mertua awak, insya-Allah dia boleh terima. Doa banyak-banyak supaya Allah lembutkan hati mertua awak dan lapangkan hati dia untuk terima teguran.

Bukan apa, amatlah tak best kalau tiba-tiba mertua awak terasa hati dan relationship awak dengan mereka berubah jadi strained just because silap cara teguran. Nanti awak nak balik kampung suami pun rasa tak best je.

Dan kalau awak still risau, awak boleh reach out pada ipar awak untuk suarakan concern.

Atleast adik-adik ipar awak boleh jadi extra pair of eyes untuk tengok-tengokkan anak kalau awak risau dengan tetamu or orang luar yang interact dengan si kecik.

Based on your confession, saya rasa adik ipar awak can be a good ally. Cuma make sure be tactful la waktu suarakan concern awak sebab awak nak cakap pasal saudara mara mereka jugak.

Apa pun Ain, saya doakan awak supaya dikurniakan kekuatan hati untuk melawan rasa anxiety tu.

Saya juga doakan supaya Allah permudahkan segala urusan awak dalam membesarkan anak dan dapat bina kepercayaan pada keluarga belah suami awak.

Nak membesarkan anak zaman sekarang ni tak mudah, tapi with the right kind of support it will be bearable and easier.

Reach out kalau awak perlukan bantuan dan make sure communicate with your partner kalau awak ada sebarang concern.

Lepas tu tingkatkan pergantungan awak pada Allah. Anak tu rezeki dan amanah dari Allah dan pada siapa lagi awak nak minta pertolongan kalau bukan pada Sang Pemberi Rezeki?

Dekat diri pada Allah dan banyakkan doa supaya diberikan kekuatan dan dipermudahakan segala urusan. Saya yakin hati awak akan lagi tenang dan less anxious bila Allah bantu.

Apa pun terima kasih sebab sudi membaca coretan pendek saya dan maaf kalau ada tersilap kata.

– Nani (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *