Reply: (https://iiumc.com/bagaimana-nak-tahu-si-dia-itu-kedekut-atau-tidak/)
Assalamualaikum dan hi semua. Saya East.. Untuk pertanyaan dari confession Sis tempoh hari, saya ada cadangan. Berdasarkan pengalaman saya dulu-dulu. Hehe.
Cara nak kesan orang kedekut a.k.a. haji bakhil ni sebenarnya senang sahaja. Ini sekadar cadangan dari saya ye. Harap ianya membantu.
1) Awak ada tak kenal kawan kawan tempat sekerja dia? Bole try tanya atau risik2 (kalau takut direct, boleh guna orang tengah, abang ke adik ke ayah), cube tanya macam ni :
“Kalau dia dengan kawan tempat kerja dia, dia jenis berkira tak?”.
“Dia kat tempat kerja dengan orang sekeliling dia macam mana?”.
“Dia selalu tak keluar makan/hangout/lunch dengan kawan- kawan dia?”
Kalau orang kedekut level bakhil ni, dia tak suka kalau terpaksa keluar ramai ramai makan and dia prefer makan seorang diri most of the time.
(Lain ye dengan orang introvert – orang introvert masih bergaul dengan orang & takda pun masalah macam ni. Hehe).
2) Boleh juga tanya direct,
“Sehari awak makan berapa kali?”
“Awak makan ape je?”
“Awak tak gi mana mana ke?”
Kalau dia cakap dia makan sekali je tu, atau macam pelik pelik je jawapan yang dia bagi atau selalu bila ajak keluar dia cakap kenyang dah atau benda benda aneh yang lain dia cakap, maybe there are something wrong.
3) Tapi kan sis, awak sendiri pun lama kan dah kenal dia kan sis? Time dating macam mana keadaannya? Dia cuba tak ambil hati awak & bakal mertua? Atau dia hati kering sahaja? Hahahaha.
4) Satu lagi cara, cuba perhatikan macam mana dia uruskan komitmen dia, macam lesen kereta ke, apa apa je lah yang melibatkan komitmen bulanan ke, observed from that.
Dia ni style lengah lengah bayar, atau bayar on the spot. Atau delay sampai selama yang mungkin?
Kalau style lengah lengah nak bayar sampai bertahun tu, walaupun dia ada duit, faham faham je lah.
5) Beza tau jimat dengan kedek. Orang jimat, masih tahu priority, akan cuba bayar komitmen walaupun duit tak cukup dll and msih ada jugak common sense (boleh belanja orang setakat berapa ringgit je).
6) Orang yang jimat ni dia masih sedar dan tahu rezeki tu datang dari Allah, belanja orang lagi mudah rezeki masuk. Berbeza dengan orang bakhil.
Kalau bakhil, memang susah guys. Silap silap common sense pun tak ada. Hahaha. Hati kering. Memberi pun sebab terpaksa. Silap haribulan kena ungkit. Hahaha.
7) Ada kes, orang bakhil atau kede ni, selalunya sampai sanggup makan seorang diri, makan sorok2 sebab takut member mintak belanja.
Ataupun cakap dia dah kenyang. Dengan pasangan atau kawan sekerja, siap warning “saya tak suka orang kawan/ dating/ kahwin dengan saya sebab harta”. Omg! Hahaha. Perasan macam kite nak duit dia! Hahaha.
8) Lagi satu karakter orang kede ni, dia selalu risau pasal duit. Ada tak dia cakap kat sis/atau komen di media sosial dia bila orang ajak dia gi mana mana, makan ke dia akan cakap “tak nak lah, risau duit habis “?
9) Selalunya, orang kede Nak beli apa pun takut, Nak happykan diri pun takut, nak jalan jalan bercuti pun tak nak, Even nak belanja untuk diri sendiri pun termasuk makanan /pakaian pun berkira kira.
Pakaian raya pun pakai yang 10 tahun dulu (tak kisah la kalau masih muat, ini sampai terlihat seperti sarung nangka dah pun masih nak pakai lagi. hahahah).
10) Dekat mulut selalu akan sebut sebab “Takut duit simpanan kering”. Macam dah bersangka buruk dengan Allah.
Sedangkan kalau nak tau, Allah ni bagi je rezeki kat hamba Dia selagi nyawa seorang hamba tu masih ada. Tak rugi pun memberi, atau menghargai diri sendiri.
Banyak lagi yang akan Allah ganti, tambah & kurnia.
So sis, jangan pening- pening.
Istikharah. Buat banyak kali. Lepas istikharah tu, ikut kata hati. Ada masa tu sebenarnya kita dah tahu. Cuma tak ada keyakinan untuk keluar dari relationship tersebut.
Sebab dah lama bersama. Kalau sis nak stay pun tak ada masalah, tapi sis kene bertahan dan berdepan la dengan sikap dia. Semuanya terpulang pada sis.
Macam saya dulu, saya ada doa dekat Allah macam ni, sejak awal saya kenal dia.
Jika si dia si polan mewarisi sikap yang tidak baik (kedekut, tiada ihsan, akan memudaratkanku & dll) jauhkan lah dari ku, sekiranya dia baik dari segala segi yang aku perlukan, maka dekatkan la dia dan permudahkan).
Tak lama lepas tu, ada kawan dia and family dan adik dia sendiri cakap dia memang kedekut Dia suka kalau orang bagi barang/duit dekat dia, tapi dia susah nak membuat benda yang sama untuk orang lain. Kira nya macam one-side benefits only.
Lepas istikharah tu jugak, banyak benda Allah tunjukkan untuk saya faham. Bermacam macam lagi jawapan yang jelas. Trust Allah ye sis.
Dan ada jugak beberapa hints lain yg tak boleh saya dedahkan di sini yang membuatkan saya bersyukur bila Allah tunjukkan.
I know you are still in denial/ confused/ 50-50 sis. So, Take your time. Tapi kena sangat Istikharah kalau melibatkan soal jodoh, kekeliruan dan pilihan.. One day Allah akan bgi jawapan. Sooner or later.
Okayla. Itu sahaja dari saya,
– East (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit