REPLY: Bapa Lebih Pentingkan Haiwan Peliharaan Dari Anak Sendiri

Salam sejahtera pembaca IIUM Confession.

Disini saya ingin berkongsi pengalaman & mengulas pendapat saya selepas membaca artikel ni https://iiumc.com/bapa-lebih-pentingkan-haiwan-peliharaan-daripada-anak-sendiri/.

Artikel ni penulis berkongsi kisah sahabat dia bernama Ana. Apabila saya membaca kisah Ana, seolah-olah macam kisah saya juga sikit.

Bezanya, ayah saya bela anjing tak bela haiwan-haiwan lain pun & latar belakang kami biasa sahaja tak mewah seperti keluarga Ana.

Anjing ni saya namakan sebagai Jon. Dia telah bersama dengan ayah saya dari zaman ayah saya belum kahwin lagi. Boleh dikatakan BFF ayah saya.

Saya dan adik-adik pun sangat sayangkan Jon dulu, dia da macam adik beradik kami juga maklumla membesar bersama. Jon ni jantina jantan, baka rottweiler tapi saiz dia kecil sikit berbanding baka dia.

Menurut ayah, dia adopt Jon dari kawan dia semasa dia berusia 25 tahun & ketika itu sudah bekerja. Masa tu Jon berusia dalam lingkungan 2 bulan.

Ayah dahulunya bukan suka dengan haiwan pun & tak pernah bela anjing. Tapi dia kata Jon banyak mengubah hidup dia yang masa tu seorang yang selalu tertekan, lonely kepada happiness person.

Ayah berkahwin dengan mummy 3 tahun kemudian. Jadi Jon bersama dengan keluarga kami agak lama sehinggalah ke akhir hayat dia.

Pengalaman saya, walaupun ayah saya tidak kedekut & berkira dengan kami adik beradik pendek kata so far keperluan kami dapatlah juga dipenuhi walaupun kami tak semewah mana.

Cuma, dulu masa umur saya masih mentah, saya agak cemburu sebab ayah layan Jon lebih sangat, melebihi hubungan tuan & anjing. Mana taknya, banyak masa spend dekat Jon.

Bila saya ajak ayah main bersama atau ajar saya untuk buat kerja sekolah saya, dia akan suruh minta tolong mummy. Sedangkan saya nak perhatian ayah saya.

Pernah juga, masa Jon sakit ayah punya risau & jaga Jon setiap masa macamlah Jon tu je satu-satu anak dia.

Bila saya sakit, layanan saya tak sebaik seperti yang Jon dapat dari ayah, walaupun ayah seorang yang bertanggungjawab.

Tapi selama saya terasa hati tu, saya perasan Jon seolah-olah memahami perasaan saya.

Bila peringkat akil baligh, jika saya tertekan ke sedih ke, Jon akan selalu datang kepada saya & temankan saya sampailah saya rasa senang hati.

Lama-lama perasaan terasa tu hilang macam tu je. Bila semakin matang, saya semakin faham kenapa ayah sangat menyanyangi Jon.

Tahun 2022, genaplah 5 tahun Jon pergi meninggalkan kami kerana sakit tua. Walaupun Jon da lama pergi, ayah masih gantung gambar Jon dekat ruang tamu. Walaupun kami ada bela anjing lain sekarang.

Anjing ni saya hadiahkan pada ayah untuk ubatkan kerinduan dia pada Jon selepas beberapa bulan Jon pergi.

Ayah kata anjing baru ni takkan dapat mengantikan memori & perasaan dia pada Jon. Tapi ayah masih jaga anjing ni sebaik-baiknya sehinggalah sekarang.

Jika nak dibandingkan situasi Ana menurut penulis artikel yang saya share dari awal tadi, ayah Ana sangat berkira & mengabaikan tanggungjawabnya pada anak-anak dia tapi lain pula dengan haiwan peliharaan ayah Ana.

Saya boleh memahami perasaan Ana jika saya berada di tempat dia.

Saya berpendapat, kita kenalah tahu yang mana lebih utama & bertanggungjawap dengan komitmen kita.

Seperti ayah saya, walaupun dia sangat sayangkan Jon seekor anjing biasa sahaja, tapi dia tidak mengabaikan keperluan & kehendak kami adik beradik, bagi saya sekurang-kurangnya dia sudah pun menjadi ayah terbaik kami.

Salah satunya contoh baik dia tunjukkan adalah menyantuni haiwan peliharaan.

Saya berharap hubungan Ana & ayahnya da berbaik semula & hopefully ayah Ana menyedari perbuatannya & melayani Ana sebaiknya.

Manakala Ana juga harapnnya dapat memaafkan ayah dia & bersikap terbuka dengan keminatan ayah dia.

Sekian perkongsian & ulasan dari saya.

Terima kasih

– Ken (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *