REPLY: Batin Yang Sengsara

Assalamualaikum. Aku nak reply confession Batin Yang Sengsara, (https://iiumc.com/batin-yang-sengsara/).

Kau kata tahun pertama ok, lepas tu masuk tahun kedua tak ok. Kau assume isteri kau penat dan kau tolong kerja-kerja rumah. Kau akhirnya kecewa bila permintaan tidak ditunaikan isteri, dan mula berfikir bukan-bukan.

Aku nak kongsikan kisah aku.

Dari awal kahwin, aku dah tahu sebagai seorang isteri tak boleh tolak ajakan suami. Berdosa. Tapi benda ni bukannya mudah semudah aku atau kau fikirkan.

Awal kahwin, aku tidak menyangka seorang lelaki begitu berkehendak dengan isterinya, kerana aku sebagai seorang perempuan yang agak naif dan tidak mempunyai keinginan yang kuat dalam soal hubungan kelamin.

Lagi pula, aku mempunyai trauma kerana pernah diraba dan hampir dirogol. Perkara ini makan masa untuk aku open dengan suami.

Awal-awal aku layan kehendak suami. Kerapkali aku rasa dipinggirkan selepas suami selesaikan kemahuannya. Tidur lah aku dalam keadaan memendam rasa.

Lama-lama aku tidak merasa apa-apa nikmat, dan aku merasakan aku ni seperti barang yang digunakan sahaja. Guna bila perlu, lepas selesai dibiarkan saja.

Sedarkah kau ramai wanita mengalami masalah yang sama? Ada yang terpaksa berpura-pura gembira dan puas, ada yang menjalankan kewajipan sebagai isteri tanpa perasaan.

Lelaki lah yang mendapat manfaat daripada hubungan kelamin, sedangkan isteri tidak rasa apa-apa.

Perempuan akan makin hilang perasaan bila mengandung dan lepas beranak. Itulah yang selalunya aku dengar keluhan daripada kawan-kawan. Dan itu jugaklah yang aku rasa.

Benda ni kena mula dari pihak isteri sendiri. Sampai bila nak terus biarkan diri kita menjadi patung, biarkan saja suami buat sesuka hati untuk memuaskan nafsunya?

Takkan lah perkahwinan ni menguntungkan sebelah pihak. Sampai bila nak simpan rasa, sampai anak besar dan bercucu, sampai tua?

Persoalan-persoalan ini yang aku gasakkan di fikiran. Aku cabar diri aku sendiri. Aku mula mind shifting. Aku kena keluar daripada masalah dan rasa ini. Takkanlah selama-lamanya perempuan yang jadi mangsa.

Mengenai trauma aku, aku cuba buang rasa takut. Sebab bila takut, badan kita akan refuse, mengeras dan menolak.

Susah, memang susah. Suami sedang lempiaskan ghairahnya, aku pulak sedang berperang dengan fikiran aku sendiri. Penat tau tak.

Aku pujuk diri aku untuk cuba menerima, aku tengok badan aku slowly makin lembut menerima. Dah tak reject dan mengeras macam dulu.

Kalau dulu sakit, sekarang dah boleh bagi laluan.

Tetapi aku masih tidak dapat nikmat. Di sinilah perlukan kerjasama suami. Suami taktahu mana salah dia. Dia ingat tubuh kita perempuan bekerja macam dia lelaki.

Aku berterus terang dengan suami. Aku gambarkan lelaki seperti microwave, senang turn on dan turn off bila nak panaskan makanan. Kejap je siap.

Tetapi perempuan seperti oven, kena panaskan perlahan-lahan dan tidak boleh tergesa-gesa. Kalau lukis graf, slow je naik.

Aku bagitau bahagian mana tubuh aku yang aku anti bila suami sentuh. Maksudnya kalau dia sentuh situ, atau buat cara yang aku tak suka, aku noleh turn off. Bahagian mana atau cara apa yang buat aku rasa senang.

Dan aku melarang keras suami aku selepas siap urusan dia, jangan “tinggalkan” aku. Sebab ia beri aku satu tamparan rasa yang sangat teruk.

Dan aku benci rasa tu. Rasa tu sangat mengganggu aku dan buat aku rasa taknak dah serve apa-apa lagi dah kat suami aku.

Selepas suami selesai bahagian dia, samada aku dapat bahagian aku atau tak, dia hendaklah peluk aku sampai aku lena tidur. Jangan jarakkan diri dari aku atau berpaling muka atau tubuh dari aku.

Aku terus terang aku bukan pelacur, yang boleh ditinggalkan lepas siap kerja. Dah la aku tak rasa klimaks. At least peluklah sampai aku lena dan tenteram. Dah la penat aku berperang dgn diri sendiri kan.

Kasar bunyinya? Tapi percayalah benda ni kena terus terang, tak boleh simpan dalam hati. Jangan makan hati sorang-sorang.

Suami bagi alasan keadaan panas dan berpeluh, dia tak selesa nak peluk. Dari kipas, suami install air cond.

Bila suami peluk, aku rasa nyaman seperti tidur dalam kepompong. Rasa disayangi dan dihargai. Tak lagi rasa macam “ditinggalkan” seperti sebelum ni. Selesai satu masalah.

Bab aku tak klimaks, ni peranan dua-dua pihak kena mainkan. That means suami kena tangguh bahagian klimaks dia, sehingga lah aku sampai puncak. Mula-mula susah jugak, lama sangat aku ambil masa untuk aku klimaks.

Aku berperang dengan fikiran sendiri, macam mana nak ubah supaya berfikir yang benda ni best? Suami juga kenalah try and error untuk bantu naikkan syahwat aku.

Pada masa sama, aku kena pujuk diri aku, positifkan fikiran aku. Aku banyakkan berdoa supaya Allah memudahkan urusan aku.

Mujur lah suami aku bukan jenis mendesak, dia juga mula memahami trauma aku alami dulu. Benda ni take time.

Apa aku nak cakap, semuanya bermula dengan fikiran. Lapangkan fikiran, lapangkan hati. Allah tak buat sesuatu sia-sia.

Takkan perkahwinan ni memanfaatkan sebelah pihak sahaja kan. Aku kena usaha ubah mind set yang aku kena enjoy juga.

Daripada suami aku yang start minta dulu, sekarang aku pulak yang mulakan langkah.

Aku usik suami, mula dengan gurau-gurau, cuddle, aku tuntun suami kat mana patut dia pegang aku, macam mana yang aku selesa. Lama-lama aku mula dapat nikmat yang sama.

Bayangkan kalau aku mengalah dan ikut resmi perempuan yang terpaksa berkorban, sampai ke tualah aku tak dapat rasa nikmat berhubungan.

Kalau awal kahwin, suami yang ligat. Sekarang aku boleh kata, now it is my turn.

Bukan lelaki yang life begins at 40. Sekarang ni my life begins at 40. Hahaha. Sampai suami aku pulak yang tak larat bila aku meminta. Tau pun kan.

Ingat perempuan je jadi ladang – datanglah dari arah mana kau suka. Rupanya suami pun boleh jadi ladang-bajaklah ikut mana kau suka. Hahaha.

Memang suami banyak bantu dan sabar serta memainkan peranan, untuk aku hadap rasa trauma dan halangan yang ada.

Benda-benda lain yang boleh buat aku turn off, aku cuba baiki juga.

Dulu badan suami aku jenis berbau. Aku pulak daripada sebelum baligh lagi dah diajar sunnah cabut bulu ketiak ni, so badan aku tak berbau.

Ketiak aku bersih putih. Bukan nak angkat bakul. Susah tau nak jumpa perempuan ketiak putih bersih.

Aku jenis tak pakai langsung deodorant, sebab mak aku dulu pesan dah jangan pakai nanti hitam. So aku ikut cakap mak dari kecil, nampak hasilnya sekarang.

Bila aku nak cabut bulu ketiak suami punya, dia kata sakit. So suami aku selalu cukur je ketiak dia. Kesannya, badan dia dah tak berbau macam dulu. Dia juga dah pandai bubuh bedak, perfume berwangi-wangi lepas mandi.

Bulu hidung dia pun aku trimkan. Rambut dia kalau panjang, dia dah tau dah time kena potong rambut. Bulu “bawah” tu dulu dia tak pandai trim, benda ni mengganggu tau. Sunnah bersihkan jangan lebih 40 hari.

Aku sentiasa pastikan diri aku bersih, wangi, takde bulu yang mengganggu, dia pun kenalah buat yang sama.

Sama juga misai dan janggut, aku tak suka tajam sebab sakit mencucuk-cucuk. Boleh kacau mood tau. So suami selalu pastikan kawasan tu licin selalu.

Suami aku ni ada masalah gigi sebab kecil-kecil dulu tak ada orang ajarkan bab kebersihan. Walaupun dah gosok gigi, mulut dia masih berbau. Sekarang dia dah pandai pakai listerine.

Lagi satu aku pesan, dia lelaki takde benda dimasukkan dalam tubuh dia. Tapi aku ni perempuan, banyak risiko aku kena hadap sebab berkaitan tubuh.

Aku nak dia pastikan basuh bersih “barang” dia. Sunnah berdehem lepas buang air kecil untuk pastikan betul-betul takde najis dah. Aku taknak kena jangkitan kuman ke apa nanti.

Suami tak nak aku turn off jugak, so dia bagi kerjasama yang baik. Jangan kata orang perempuan je kena berhias, berwangi-wangi, orang lelaki pun kena buat benda yang sama.

Happy wife, happy life.

Kata kunci kat kau juga adalah komunikasi. Daripada confession kau, aku tak nampak ada komunikasi yang berkesan. Kau banyak assume, jaga hati, tapi tak berterus terang.

Isteri kena tahu silap dia kat mana, kau kena tau silap kau kat mana. Macam mana nak tahu, kalau korang tak bercakap.

Benda ni tak boleh malu atau mengalah. Lama lagi nak hidup sebagai suami isteri kan.

Aku sekarang dengan suami bahagia je, sampai suami aku kata dia dah tua dah tak larat nak macam awal kahwin dulu. Dulu boleh la nak 3 kali sehari masa pengantin baru.

Sekarang surrender dah, asal lepas isyak je dia pulak yang kata dia penat awal-awal lagi tak nak aku berharap untuk on. Hahaha. Dia kata ingat lelaki takde keje ke, asyik “nak” je. Banyak benda lain nak buat. Hahaha.

Apapun, syukur aku berjaya hadap trauma aku, serve sebaiknya pada suami aku, pada masa sama, aku dapat rasa nikmat yang tak kurang daripada suami aku.

Kalaulah dulu aku layan rasa aku, tutup fikiran dan hati aku, buat macam perempuan lain yang mengalah dan buntu dengan masalah atas katil ni. Rasanya takde lah aku nak declare my life begins at 40.

Lastly, sama-samalah muhasabah. Baik di pihak suami, dan di pihak isteri. Isteri pun janganlah selesa sangat bila suami banyak mengalah.

Voice out apa terbuku di hati. It takes two to tango. Jangan pendam. Lagi bahaya bila dibiarkan.

Janganlah ada mana-mana pihak yang menzalimi pihak satu sama lagi.

Kalau kau perempuan betul-betul rasa tak boleh go on, malas nak hadap suami dah, solat istikharah minta petunjuk, buat keputusan jangan biarkan tergantung.

Semoga korang laki bini dimudahkan urusan.

– Hanney (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *