Hi Mario, (https://iiumc.com/beauty-privilege-2/).
Aku Luigi. Sebab Luigi ialah kawan Mario dalam game Super Mario Bros.
Sama macam Mario, aku seorang manusia yang orang kata ada rupa.
Pada aku? Aku rasa aku average je. Aku rasa orang kata aku ada rupa pun sebab kulit aku je fair.
Tapi still, mana mana aku pergi memang akan ada orang yang kata aku cantik yada yada. Aku tak suka actually. Aku takut aku perasan. Lol.
Sometimes aku benci jadi diri sendiri.. Aku tak comfortable dalam kulit aku sendiri. Aku naturally awkward person. Dan aku rasa sebab rupa aku jugak orang agak distance dengan aku.
Aku friendly lebih sikit, orang kata aku nak menggatal. Aku banyak diam orang kata aku sombong. Semata mata sebab rupa.
Dan orang orang ni termasuk jugak kawan kawan aku sendiri. Aku rasa orang tak pernah cuba tengok atau judge aku melepasi rupa aku.
Aku pernah mengadu dekat best friend aku aku takut aku tak kahwin sampai sudah sebab mcm Mario, aku pun dah masuk 30an.
Reply kawan aku adalah, “kau nak takut buat apa? Kau ada rupa boleh pilih sape sape kau nak.”
Aku balik rumah aku nangis sebab aku benci diri aku sangat sangat sebab aku rasa orang tak nampak aku yang sebenar, yang struggle, scared, hustling, fighting hard etc, sebaliknya sebab ada rupa, orang just assume hidup aku semua easy.
Sama macam Mario, aku juga rasa aku ramai orang tak suka aku dari orang suka aku.
Tapi Alhamdulillah, aku adalah seorang dua kawan yang still stick by my side, walaupun kadang kadang ada benda yang kitorang tak sama setuju.
Diorang ni dah lama kenal aku, dah berbelas tahun, maka diorang sudah sedia maklum dengan sifat aku dan aku sifat diorang.
Tapi sama macam commenters kata, bila 9/10 orang tak suka kau, problem tu dekat kau bukan dekat orang lain. So dari bertahun tahun dulu aku dah sangat menjaga attitude aku.
Sama macam Mario, orang selalu salah faham dengan niat aku. Mbti aku infj. So mostly cara fikir dan perlaksanaan aku adalah awkward dan weird yang mana tak masuk dengan golongan society yang majority.
Pernah sekali kawan ajak aku kahwin out of nowhere, tapi sebab aku jenis mcm ni, aku perlu masa untuk consideration dan acceptance,
Pendek kata aku tak sedia untuk kahwin aku tengah struggle teruk waktu ni, tapi aku tak bagitahu dia macam tu. Sebab aku takut dia willing to tunggu aku. Aku tak nak dia buang masa untuk aku.
Sebaliknya aku mengelak soalan dia, tak kata yes or no. Lepas tu sebab aku faham yang confession mcm tu akan buat kau rasa awkward, aku cuba lift that awkwardness by kata benda benda lain.
Tapi, benda yang aku cuba buat kelakar selalu ended up being something obnoxious and sombong. Sure enough, tak sempat nak explain, tahu tahu dah jumpa orang lain.
Aku often hilang kawan sebab benda benda lebih kurang macam ni. Niat baik, tapi pada pandangan orang kau sombong, eksyen. Perasan hotstuff.
Aku rasa ni berkaitan dengan personaliti infj aku. Mario, cuba kau buat test mbti tengok kau tergolong dalam golongan mana.
Aku tahu masalah ni datang dari aku, attitude aku. Tapi bila aku buat silap, most of the time, kawan kawan aku diam, tak bagitahu apa apa, lepas tu start menjauh, lama lama lost contact.
Sebab aku sedar aku ada masalah ni, aku jadi obses untuk baiki diri aku, dan most often aku akan tanya orang untuk bagitahu apa yang aku buat salah, so that aku boleh minta maaf, dan aku tahu salah aku apa dan aku boleh fix attitude aku.
Tapi tak… Even with asking nicely, being adamant, or beg, semua orang tutup mulut dan tinggal aku. Lama lama aku jadi penat. Rasa worthless sebab aku rasa aku je yang berusaha nak pertahankan relationship ni.
Aku penat aku je kena faham semua orang, orang tak nak faham aku. Aku penat kena explain semua benda supaya orang tak salah faham, tapi orang selalu lupa, then bila salah faham, tinggal aku.
Attitude aku ni auto kira macam “default system” aku. Aku takde control weyh. Action aku lagi laju dari thinking processor aku. Selalu terlepas cakap.
Dalam masa yang sama aku sendiri pun tak tahu tahap keterukan aku tu level mana. Sebab tu aku perlu feedback orang untuk bagitahu aku apa yang aku buat salah, aku perlu orang ajar aku cara setakat mana yang socially acceptable.
Tapi tak ada yang nak tolong. Semua “you do you”. Dah besar reti reti sendiri. Weh sumpah aku bodo bila berkait dengan social interaction. So, tolonglah ajar aku.
Aku kan, lagi rela kalau orang bagitahu je tanpa berselindung. Marah. Jerit. Call me names. Aku tak kisah asal aku tahu salah aku apa. Sekurang kurangnya ada communications.
Takpelah aku terasa hati pun aku tak kisah. Janji aku tahu kat mana punca dan aku boleh explain dan boleh baiki apa yang tak betul. So kalau level aku ni apa lagi aku nak buat?
Eventually aku penat. Aku dah usaha. Tapi takde orang nak bagi aku peluang. Lama lama aku jadi indifferent. Aku buat hal aku, no longer care pasal orang… Siapa siapa nak faham aku, i m grateful for.
Nak tinggal aku, go ahead. Tapi yang ni kena kentallah. Sebab aku sejenis sayang member. Kalau hilang member selalu rasa nak depression. Aku salahkan diri sendiri, abuse diri sendiri dengan banyak mentally caci maki.
Lonely gile walaupun aku ada bestfriends, tapi bila diorang dah ada family ni aku tak nak kacau sangat kehidupan diorang. Aku just anggap inilah kehidupan 30an. Like it or not, takdir. Aku pun dah malas nak fight. So aku give up.
So ni cerita aku, seorang yang orang kata ada rupa, tapi hidup aku tersangatlah lonely dan empty. Kadang kadang rasa nak lari dari realiti. Kadang kadang rasa nak mati… Tak pernah rasa nak bunuh diri pun, tapi rasa just tak nak wujud je.
Dulu aku suka nak berkawan, sekarang aku mostly stay away from people. Aku hilang trust kat orang, aku hilang fighting essence. Aku nak sangat someone yang boleh tolong aku in this thing, tolong ajar aku macammana nak jadi normal macam orang lain.
Tapi sekarang, fikiran aku jadi, “am i even me anymore kalau aku nak sangat jadi macam orang lain?” Aku rasa aku dah hilang identity.
Sebenarnya aku suka fight untuk someone. Tapi after so many dissappointment, everything feels so hopeless. I gave up. For now aku just nak stop feeling sorry for myself.
So aku suggest Mario, kau pun buat benda yang sama. Stop kesian kat diri sendiri. Fix mana mana attitude setakat boleh. Kalau kau ade attitudelah. Tapi jangan terlalu obses macam aku.
Orang tak suka, grit your teeth and move on. Appreciate mana mana kawan yang ada. Life is not easy. Accept that.
You are no more and no less than other people. Accept that too. Pretty faces and good appearances doesn’t make us more special or unique than other people. We are absolutely nobodies you know. Lainlah kalau kau Taylor Swift.
Tapi, even Taylor Swift sndiri pun ada zaman reputation jatuh dia sebelum dia jadi people of the year 2023. Marilah kita anggap ini zaman kejatuhan kita. Long live..
– Luigi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit