REPLY: Benci Anak Tiri

Reply, (https://iiumc.com/benci-anak-tiri/).

Assalamualaikum, Hai semua, terima kasih admin kerana sudi menyiarkan karangan akak.

Mengenai luahan hati adik yang pada aku mungkin tak benci tapi lebih kepada menyampah dan kesian pada budak tu. Deep in your heart aku tau kau sayang budak tu. Kau kesian dengan masa depan budak tu.

Tapi tu lah kan bila ramai tangan yang masuk campur. Kau jadi menyampah tapi at the same time kalau dibiarkan berkemungkinan bakal merosakkan masa depan budak tu dan masa depan kau dik!

Akak paham perasaan kau dik sebab akak pun ada pengalaman atok nenek terlampau manjakan cucu.

Akak pun bukanlah perfect mom dik. No! No! No! Akak pun sama seperti mak2 yang lain.

Pada akak kau ni mungkin belum ada anak sendiri lagi. Bila kau ada anak sendiri, kau sendiri akan start cari tips2 parenting, cara2 nak mengurangkan kau jadi singa sebagai seorang mak.

Memandangkan akak dah ada sikit pengalaman,izinkan akak bagi tips simple yang mungkin kau boleh apply dalam kehidupan kau.

Macam ni, memandangkan anak tiri tu kau dan suami jaga sendiri, kau buat 1 reward chart yang kau boleh hias cantik2. Kau boleh search dekat fb, ig contoh2 reward chart yang mat saleh buat kat anak diorang.

Search saja #rewardchart. Untuk permulaan akak dulu buat kat anak akak seawal umur 2 tahun. Dia dah pandai cakap sikit dan paham bahasa. Tapi percayalah masih belum terlewat untuk buat kat anak tiri kau dik!

Bagusnya reward chart ni kau tak perlu bersuara petir untuk suruh anak kau buat apa yang kau nak. Dulu akak beli sticker comel kat kedai RM2. Mula2 akak tunjuk kat dia reward chart tu. Akak pelekat besar2 kat ruang tamu dalam rumah biar semua nampak.

Akak listkan benda yang dia nak kena buat macam kencing dalam toilet sendiri, tak perlu pakai pampes 1 hari, minum susu dalam cawan, makan sayur, kemas tempat tido, atau benda baik yang dia buat.

Nanti dia akan dapat 1 stiker comel untuk setiap benda yang dia buat. Cukup 25 point, kau belanja la apa2 yang dia suka. Macam belanja aiskrim ke, beli mainan kedai RM2 ke atau bagi tengok smart phone.

Smart phone ni pun sesuatu yang kita sebagai ibubapa kena kawal. Suruh dia mengaji dulu baru bagi gadjet. Limitkan sejam dalam sehari.

Mula2 memang kena semangat dik! Kau kena bincang dengan laki kau jangan sesenang nak belikan dia mainan. Bagi dia berjaya dulu penuhkan reward chart dia barulah kau bagi mainan tu.

Lagi bagus kau letak mainan atas kabinet ruang tamu tu bagi dia tengok hari2 dan semangat nak penuhkan reward chart dia.

Aku dulu anak aku semangat weh! Aku boleh nampak senyuman kebanggaan dia bila dia berjaya pelekat stiker point bila dia berjaya buat sesuatu tu. Dia pulak ada sepupu sebaya masa tu duduk sekali.

Memang semangat diorang berlumba nak bagi penuh point kat reward chart tu. Bila anak kau dah pandai dan tak perlu suruh buat sesuatu boleh tukar benda yang kau nak latih dia.

Bila dah penuh, cabut dan gantikan dengan stiker yang baru.

Insyallah dik, lama-lama nanti dia sendiri tak minum susu dalam botol,tak pakai pampers,makan sayur. Tapi aku tak pasti sesuai ke tak untuk anak yang istimewa.

Yang penting kau sebagai mak selalu usaha dan berdoa.

Pasal mak ayah mertua kau yang manjakan cucu dia tu pada aku kan, bila dia pergi rumah diorang kau lantakkan diorang camna cara diorang nak ajar cucu dia atau manjakan cucu dia.

Payah dah nak ubah perangai orang tua. Tak payah fikir apa jadi bila budak tu gi rumah depa.

Hati kau pun tak sakit.

Tapi tak salah pun kau cakap kat anak kau, contoh la nama dia Rahman,

‘Rahman kan tengok kawan-kawan lain tak minum susu dalam botol kan. Rahman mesti la taknak minum susu dalam botol sebab tu budak2 kecik saja minum. Malu la Rahman dah besar minum susu dalam botol.

Spiderman pun tak minum susu dalam botol. Camna Rahman nak jadi hero?

Contoh jela. Hari-hari ulang kau cakap kat dia. Hero tak minum susu dalam botol. Budak hebat tak minum susu dalam botol!

Gituh! Nanti dia pergi rumah mak mertua,pastu diorang suruh minum susu dalam botol, budak tu sendiri yang akan cakap kat nenek dia,

Rahman dah besar, malu la minum susu dalam botol’. Aaa gituh!

Nenek atok kan kalah dengan cucu.

Mengenai makanan dia pulak, kau boleh search resepi2 sihat macam nugget homemade,sosej homemade, milkshake mangga versi sihat, aiskrim pisang coklat dan lain2.

Kau kena rajin sikit untuk permulaan ni sebab resepi tu semua senang2 saja dik. Macam resepi nugget tu kan kau blend sekali isi ayam dengan brokoli and carrot.

Pastikan kau masak ikut kegemaran anak kau. Bila anak kau dah suka makan nugget buatan kau,Binggo!

Kau boleh tersenyum lebau dik! Selebar Gunung Everest!

Benda ni makan masa dan berperingat. Jangan sesekali putus asa.

Pastikan kat rumah kau takde stok keropok,proses food dan benda yang tak sihat tu. Bila kau masak pastikan semua orang dalam rumah tu makan apa yang kau masak. Penuhkan rumah dengan stok buah2an. Dia lapar bagi buah.

Kalau dia merengek tak nak makan cakap kat dia makan apa yang ada dalam rumah. Ajaukan dia dik!

Benda ni pun kena bincang dengan husband. Kau cari article dan pengalaman ibubapa yang penuhkan perut anak dengan fast food dan proses food. Hantar kat laki kau. Bukan tak boleh makan benda2 macam tu.

Tapi sekali sekala boleh la layan tekak. Kalau hari2 kan boleh memudaratkan kesihatan.

Akak pernah dulu duduk 2 minggu kat rumah mertua. Masa tu anak akak yang sulung baru 4 tahun. Hari2 nenek dengan atok dia belikan gula2 dengan air gas. Bukan main seronok budak tu diulit atok dengan nenek dia.

Nak disound kang kecik ati. Berbulu betul aku tengok dari jauh. Sampailah 1 hari tu anak aku muntah2 tetengah malam. Aku perati saja bapak dia, mak mertua dan pak mertua aku mengelupur risau tengok keadaan dia.

Lepastu aku cakap kuat2 bagi semua dengar. ‘ha tu lah,makan lagi gula2 banyak2. Kan dah sakit perut! Ha, makan la lagi. Kalau boleh selori makan… makan! Kenkonon akak marah anak akak. Akak tekan suara akak tapi akak tak jerit.

Maklumla, kena jaga jugak perangai…. kofkofkof!

Lepas pada tu nenek dengan atok dia beringat la nak beli gula-gula. Nak belikan gula-gula pun takut. Takut cucu dia sakit.

Budak-budak ni jangan lupa puji dia bila berjaya buat sesuatu yang baik dan tegur dia bila buat benda tak baik.

Lagi bagus kau puji dia depan suami kau bila dia berjaya dapat reward.

Selalu peluk dia, sambil kau peluk zikir Ya Latif , Ya Hafiz Ya Muhaimin. Ulang2 cakap kuat sambil hembus kat ubun2 dia. Cakap dia anak hebat,anak soleh, anak kesayangan mama papa.

Selebihnya terpulang pada kau nak didik dia macamana. Pada akak rugi dik bila kau menjauhkan diri daripada dia. Dia masih belum terlambat untuk dibentuk. Buat aktiviti rumah dengan dia. Macam lap meja, basuh pinggan, masak sama2.

Macam reward chart tu kan, kau boleh reward dia dengan bawak dia makan-makan kat luar. Kalau boleh kau bawak dia makan dengan kau saja. Masa tu kau boleh tegas dengan dia kalau dia buat perangai.

Sebelum umur 7 tahun memang boleh latih dik. Masih boleh dilentur. Lepas umur 7 tahun lain sikit cara kau nak train. Sebab dia dah pandai menjawab. Pandai hentak kaki. Lain sikit la cara dia. Hahahaha!

Pada akak parenting mat saleh ni ada baik dia ada buruk dia. Sama macam parenting asia. Ada baik ada tak baik. Kita sebagai ibubapa perlu explore lagi ilmu tentang parenting ni.

Akak harap kau berjaya didik anak tiri kau dengan sedikit tips yang akak bagi.

Insyallah bila dia dah besar esok kau orang yang paling dia ingat dan sayang. Mana tau kau lah tempat dia luahkan perasaan.

Jadi mak yang sporting tapi tegas itu awesome!

Sekian, tu jela kot.

Assalamualaikum!

– Kak Zaza (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *