REPLY : Berdosakah Teruskan Perkahwinan Tanpa Rasa Apa-Apa Terhadap Suami

Reply, (https://iiumc.com/berdosakah-teruskan-perkahwinan-tanpa-rasa-apa-apa-terhadap-suami/).

Assalamualaikum kepada TT dan pembaca,

Saya ingin menceritakan pengalaman saya dan mohon TT nilaikan sendiri adakah berbaloi sepanjang 10 tahun perkahwinan saya.

Saya kenal suami sewaktu belajar diperingkat universiti. Mengenali suami, dia tidak merokok, bertanggungjawab, soft spoken dan mudah mesra dengan mana-mana individu.

Dia juga bercinta dengan F, dan putus sewaktu diakhir tahun pengajian.

Saya dan suami adalah rakan sekelas. Kami lebih kepada kawan sehinggalah sewaktu akhir tahun pengajian baru rapat dan terbuka hati untuk mengenali satu sama lain.

Sewaktu akhir tahun pengajian, drama ex suami bermula. Mereka putus disebabkan F curang.

Saya clarify dengan suami jika putus, mohon tidak teruskan apa-apa hubungan. Tapi suami maklum tak boleh sebab mereka berjiran dan mengenali keluarga masing-masing.

Saya husnudzon dan teruskan dengan berkahwin dengan suami selepas dua tahun bergraduasi.

Tahun ke dua perkahwinan, F dan suami berdm di satu platform. DM hingga bertanyakan dah makan, sorry tertido dan lain-lain hinggalah meluahkan masalah ruamhtangga.

F waktu tersebut baru berkahwin dan mohon pandangan suami saya konon nya. Saya mengamuk, dan sebulan lebih buat silent treatment.

Suami mohon maaf dan janji tak mengulangi lagi. Tapi selepas itu, saya dapat tahu suami kerap ke rumah keluarga F setiap kali pulang ke kampung. Tujuan apa? Saya tak pasti.

Saya mengamuk lagi. Suami hanya mendiamkan diri sahaja. Tiada apa-apa penjelasan yang diberikan.

Sifat Jujur, rasa percaya dah lama tiada terhadap suami. Kali ni saya bertegas untuk berpisah andai suami masih sayangkan F.

Dan baru-baru ni saya nampak suami bermesej lagi di satu platform. Background mesej tersebut bukan di applikasi yang biasa digunakan seperti tele, whatsapp untuk tujuan kerja.

Dulu suami pernah install Omi, tinder dan dating apps yang lain sewaktu saya PJJ dengan suami. Dan suami install aplikasi tersebut di tahun keempat perkahwinan kami.

Sebab tu saya tengok background mesej tersebut saya terus teringat applikasi-applikasi tersebut. Sebab apa?

Sebab bila saya tanya apa tu, suami terus matikan phone. Dan clean sebab suami masuk ke browser bukan download di telefon.

Saya telah didiagnosed MDD, berjumpa kaunselor kerajaan sekali, kaunselor swasta 2 kali, dan kepada TT berbaloi saya bertahan?

TT juga boleh refer kepada kak kay atau kamaliah kamal. Di platform TT banyak kes isu curang beliau kupas. Dan trauma kepada pasangan curang bukan biasa-biasa. Kesan kepada mental fizikal adalah valid.

Kak kay ada juga bagi cadangan sekiranya mahu bertahan apa yang perlu dilakukan oleh suami dan isteri. Tapi terpulang sebab perkahwinan bukan sehari dua.

Saya sendiri telah ambil borang fasakh dan lantik peguam.

Fikirlah sebaiknya. Jangan jadi seperti saya setelah tiga orang anak dan masih bertahan,

Ini disebabkan family cycle saya yang tiada seorang pon bercerai dan di momokkan dengan kata-kata seperti Asiah isteri firaun boleh bertahan, syurga itu mahal dan lain-lain.

Bagi saya jika perkahwinan lebih kepada menambah dosa apa gunanya.

Sekian…

– Kiwi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Itulah, kalau asyik bertambah dosa, tak nampak syurga bersama, baik berpisah je. Saya pun sedang memikirkannya. Semoga Allah tunjukkan jalan yang diredhaiNya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *