REPLY: Berstokin Itu Pilihan

Reply, (https://iiumc.com/berstokin-itu-pilihan/).

Alhamdulillah.. Tahniah dik sebab berusaha sedikit-sedikit memperbaiki diri menjadi lebih baik.

Akak pun sama, masih dalam usaha untuk memperbaiki diri & sentiasa berdoa agar diri ini dapat istiqamah dalam setiap perubahan yang dilakukan.

Akak pun bukan la ustazah, tapi hanya guru biasa. Tapi disebabkan tudung labuh sikit, murid2 kadang tersasul panggil akak ustazah, tapi akak senyum sahaja & berharap setiap kata2 itu sebagai satu doa.

Jangan takut dengan gelaran ‘islamik’ yang dilabel orang itu. Kita hanya takut dengan pandangan Allah pada kita.

Anggap sahaja panggilan ‘islamik’ atau ustazah itu sebagai satu doa untuk kita sentiasa perbaiki diri menjadi lebih baik & dapat istiqamah dalam apa jua perubahan yang kita lakukan.

Kalau nak cerita pasal stokin & handsock ni, di usia 40 akak baru berusaha untuk istiqamah setiap hari memakai stoking & handsock.

Sebagai orang muda (mungkin adik dalam 20an sebab suka ootd kan) yang terbuka hati untuk berstoking, itu merupakan hidayah yang bukan semua wanita dapat.

Macam akak, malu rasanya nak cerita, memang umur 40 baru ada kesedaran untuk tutup aurat sempurna.

Dulu masa akak umur awal 20an, belajar di UIA kita terpengaruh untuk proper tutup aurat sebab circle kita time tu. Time tu jugak belajar pakai tudung bidang 60.

Tapi bila da start kerja & dah kawin, iman terlalu rapuh time tu. Sukarnya untuk istiqamah, subhanAllah. Tudung makin singkat, tak pakai hand sock, tak pakai stokin, baju pendek & ketat, suka pakai kurung moden.

Bila masuk usia 30an, Allah tiupkan sedikit hidayah untuk labuhkan tudung. Allah hidupkan rasa malu dalam diri untuk berpakaian longgar & lebih labuh.

Allah gerakkan rasa malu bila lengan tersingkap tiap kali menulis di whiteboard. Tapi masih tak de kesedaran tentang stokin.

Time tu dah mula beli handsock sebab mengajar anak2 sek menengah, jadi aurat lengan itu akak jadi malu bila ternampak setiap kali menulis di whiteboard. Tapi, masih belum boleh istiqamah, subhanAllah.

Sukar betul untuk istiqamah time tu. Handsock masih on off, stokin masih tak pakai. Tapi alhamdulillah, tudung labuh, baju longgar & labuh itu masih kekal.

Sehingga umur hampir mencecah 40 tahun & alhamdulillah, Allah masih panjangkan umur untuk akak perbaiki diri menjadi hamba Allah yang lebih baik.

Mula pakai stokin & handsock setiap hari tanpa miss, tergerak hati untuk beli tudung yang lebih labuh dari sebelum ni. Alhamdulillah, rasa selamat & happy bila setiap hari pakai handsock & stokin.

Masa ni, dah tak pikir apa orang nak cakap. Tak kisah la orang label kita islamik ke ustazah ke. Jangan takut sebab itu semua hanya pandangan manusia sahaja. Ingat, kita hanya takut pandangan Allah pada kita.

Ok dik, akak harap adik cool je dgn tanggapan kawan2 tu, mana tahu asbab perubahan yang adik lakukan itu, ada kawan2 yang tergerak hati untuk berubah jugak, alhamdulillah, dapat juga kita sedikit pahala dari perubahan kawan2 tu ok.

Akak doakan semoga adik istiqamah dia atas setiap perubahan yang baik yang adik lakukan. Doakan akak istiqamah jugak ye..

Semoga kita semua termasuk yang membaca confession akak ni diberikan hidayan & sentiasa istiqamah atas setiap perubahan yang baik yang kita lakukan. Aaminn…

– Akak Comel (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *