REPLY: Bila Lelaki Bergaji Kecil

Assalamualaikum semua pembaca. Tujuan saya menulis ini untuk memberi sedikit pandangan dan berkongsi pengalaman kepada confession Bila Lelaki Bergaji Kecil, (https://iiumc.com/bila-lelaki-bergaji-kecil/).

Harap tak ada yang rasa saya nak menunjuk atau riak atau apa-apa sahaja yang negative. Saya cuba tulis seringkas mungkin sahaja ye.

Saya bagitau siap-siap saya nak tulis pasal kebaikan suami yang (mungkin) menjadi punca rezeki melimpah. Kalau rasa tak nak baca boleh stop sini tauu. Tak mahu kecaman ya. Saya hati tisu. Sobs.

Baik kita mulakan. Perkahwinan saya baru 4 tahun saja. Mungkin tak cukup matang pun lagi. Tapi saja nak share apa berlaku dalam tempoh ni. Masa hadapan siapalah yang tahu kan. Hanya mampu terus berdoa dan berusaha ke arah yang baik.

Perkenalan saya dengan suami sangat singkat. Kurang dari setahun terus kahwin. Sebelum bertemu suami, saya doa mintak kat Allah, berilah suami terbaik untuk saya yang Allah pilih, yang tengok saya dan terus jatuh cinta.

Alhamdulillah betul-betul Allah bagi. Cerita macamana tu rahsia lah takut kantoi dengan kawan/ family yang baca ni. Hihi.

Sedikit latar belakang. Suami saya bekerja di bidang jualan. Gaji+komisen. Saya di bidang professional. Gaji tetap.

Masa kahwin gaji saya dah 5k. Suami saya basic tak sampai 2k. Kalau campur komisen dapat lah 2k**.. tak tentu. Saya ada kereta. Suami tak ada apa-apa. Pergi kerja naik LRT.

Mula-mula kahwin, kami tinggal dirumah mertua. Tapi kami tak duduk free-free saja. Suami biasa belikan barang dapur.

Sebab kan sepatutnya dia yang sediakan tempat tinggal, tapi belum mampu, jadi itu lah cara dia nak cover sikit-sikit. Tapi masa ni kami betul2 berjimat.

Suami simpan 1k sebulan dari gaji dia untuk beli motor. Selalu makan kat rumah saja. Untuk pergi kerja, saya/ suami gilir2 siapkan bekal.

Kalau teringin makan kat luar biasa order 1 saja makanan dan kami share makan sepinggan, hihi. Tapi tak lama pun, kurang dari setahun tinggal dengan mertua, kami pindah duduk rumah sendiri.

Semua perabot dan kelengkapan rumah baru saya yang beli tau. Bayar rumah kita share. 2 bulan kemudian, anak pun lahir membawa seribu satu rezeki.

Walaupun gaji kecil, suami saya tak pernah miss bagi nafkah. Biasanya RM300 sebulan, paling sikit RM50.

Pakaian, dan lain-lain keperluan semua dia sediakan ikut kemampuan. Untuk fancy2 saya beli sendiri. Saya pun masa tu tak mengada sangat.

Masa mengandung tak beli 1 baju maternity pun. Mengidam pun tak ada yang mahal. Pernah sekali saya mintak dia belikan honey dew. Tapi dia balik bawak rockmelon harga RM20++.

Masa tu saya nangis sebab kesian kan dia beli mahal. Duit dia dah la berapa saja. Huhu. Tapi tulah Alhamdulillah sepanjang gaji dia kecik tu kami bahagia dan rasa cukup semua.

Lepastu plot twist lepas dapat anak, suami dapat rezeki kerja bidang sama tapi di syarikat terkemuka. Masa ni jugak saya diuji jatuh sakit hampir setahun. Di sinilah bermula rezeki yang tak disangka-sangka. Gaji+komisen 5 angka.

Kalau dulu gaji dia tak sampai separuh gaji saya, sekarang saya dah 2x naik gaji pun tak sampai komisen bulanan dia. Haha. Hidup kami pun dah banyak berubah dari segi material.

Dia cukupkan semua nafkah, rumah, kereta, shopping apa saja saya nak dia belanja saja. Saya pun dah berubah sekarang jadi mengada nak mewah-mewah aje hahahaha.

Sebagai penutup, saya ringkaskan tentang apa yang saya rasa punca rezeki suami yang makin murah.

Suami saya orangnya penyabar, suka mengalah, jaga solat sebolehnya ke masjid/ surau, mengaji setiap hari tapi bukan lah yang sangat alim tu. Dia biasa-biasa saja.

Sangat bekerjasama dalam urusan rumahtangga. Masa saya jatuh sakit dia yang mandikan dan salinkan pampers saya. Dia lah yang jaga saya dan anak, huhu. Sedih masatu T_T. Dia pun jarang melepak, sesekali tu adalah.

Saya pun dia izinkan me-time. So fair & square. Sangat memahami, tak expect saya masak hari-hari pun. Apa saja dia buat mesti dia fikirkan saya dulu. Suka belanja keluarga dan sedekah. Itu lah antaranya.

Tapi manalah ada orang yang perfect kan. Kelemahan dan kekurangan mestilah ada tapi biarlah kami saja yang tahu.

Harap membantu lah confessor haritu untuk buat keputusan ye. Saya rasa yang penting sekali dalam hidup ni jaga hubungan dengan Allah dan manusia dan sempurnakan tanggungjawab.

InshaAllah perjalanan dimudahkan. Percayalah suami yang baik tu masih wujud cuma kita simpan diam-diam saja takut kena curikkk kihkih.

Byeee…

– Honeydew (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *