Reply, (https://iiumc.com/seorang-binatang-bergelar-ibu/).
Assalamualaikum aku terpanggil nak tulis selepas terbaca confession tentang seorang binatang bergelar ibu. Sebab subuh tadi aku sempat bersembang dengan suami tentang anak sebelum dia keluar kerja.
Sebelum tu aku kenalkan diri, aku berumur 29 tahun. Ini adalah perkahwinan ku yang ke dua. Perkahwinan pertama ada anak perempuan 6 tahun. Perkahwinan kedua dapat sepasang, 2 tahun dan setahun umur anak anak ku.
Untuk anak ku yang sulung tu, aku masih di peringkat bicara hadhanah di mahkamah tinggi di wilayah persekutuan. Aku dan suami, tinggal di johor. Jadiii boleh kata setiap bulan kami berulang alik johor kl.
Buat masa sekarang, keputusan interim memerintahkan 15 hari dengan ex husband. 15 hari dengan aku dan suami.
Kenapa aku beria nak cerita ni semua? Ni semua nak jelaskan apa yg aku nak cerita kemudian ni. Anak perempuan aku ni berumur 3 tahun masa awal aku berkahwin kali kedua. Masa tu, anak aku masih tak dapat biasakan diri ada orang lain selain aku. Jadi dia asyik tantrum.
Perkara ni aku ingat biasa saja. Sebab aku aku masih tak dapat faham arahan, perkataan yang dikeluarkan pun masih jargon jargon yang aku susah nak faham. Bila anak aku 4 tahun, baru aku tahu, rupanya anak aku speech delay.
Aku berhenti kerja, untuk jaga anak aku yang sulung. Dan masa tu baru habis pantang anak kedua. Aku ajar, aku buat kelas, aku beli barang untuk latih otot tangan, untuk ajar cara bercakap dan banyak lagi.
Nak bagi aku semangat, aku buat video. Aku ajar mengaji, aku buat video. Ni semua untuk suka suka ja sebenarnya. Sebab aku suka tengok video/gambar anak aku.
Tahun yang sama, ex husband aku failkan hadhanah. konflik tu berterusan sampai sekarang dan masih di peringkat bicara.
Berbalik pada tadi aku cerita aku ajar macam macam dekat anak aku kan. Korang bayangkan 4 tahun, masih tak tahu apa itu kencing, nak susu masih tunjuk tunjuk. Doktor syak dia autism. Tapi selepas beberapa terapi di hospital bahagian bahasa, suspect anak aku speech delay sahaja.
Aku kurangkan anak aku skrin time. Dan lebihkan aktiviti bersama. Setiap benda aku ajar. Perkara ni tak mudah. Aku ajar macam macam yang kita ingat tu sebenarnya common sense je.
Contoh nya, nak kencing pergi tandas, habis makan cuci tangan, nak makan mintak, tak suka bagi tahu. Anak aku takkkk, nak kencing, kencing je situ tengah berdiri.
Tengah makan boleh berhenti untuk main soft toys sambil berlari. Nak makan tunjuk tunjuk je, tak suka menangis. Suruh mandi mendengus dan macam macam lagi.
2 tahun lebih korang, aku ajar anak aku. Sampai kalau ke hospital untuk checkup, doktor nak discharge dia dah. Sebab dia dah okay.
Sebelum tu nak inform dia dah 6 tahun, jadi tak digelar speech delay. Dia dipanggil language disorder. Sebab anak aku dah pandai cakap, pandai dengar arahan dan banyak lagi perkembangan yang aku dapat banggakan. Cuma tak pandai nak kembangkan ayat sahaja.
Tapi ni pun aku puas hati dah. Berbaloi duit ringgit aku, berbaloi penat aku.
Tapi langit tak selalu cerah. Tahun ni bulan 4 macam tu, mahkamah interim memutuskan anak aku kena tinggal 15 hari/15 hari. Jadi ada 2 tadika. 2 environment yang mendadak berubah.
Ayah nya, aku boleh bagitau jenis yang ikut saja kehendak anak. Asalkan anak tak menangis. Contoh nak tengok tv, bagi je. Nak makan coklat/aiskrim tak kira waktu bagi je. Tak nak makan nasi, okay je. Dan ayah dia pun bawak anak ke hospital di kl untuk checkup.
Kesan nya, anak aku yang sulung. Macam reset balik. Aku penat, anak aku akan nangis guling guling bila apa dia nak dia tak dapat.
Aku cakap, mama tak sayang dia sentiasa kalau aku suruh dia buat apa apa. Contoh nya kemas mainan. Dan paling teruk, kencing merata rata sebelum sampai tandas. 6 tahun korang.
Bahasa pertuturan jangan cakap lah. Anak aku ibarat, aku ajar naik 3 bar, aku ambik dari ayah nya, turun 1 bar. Aku ajar naik 2 bar, aku ambik lagi sekali tinggal 1 bar.
Cikgu tadika di johor ni jangan cakap lah, macam dipulaukan dah anak aku, sebab millstones anak dah jauh kebelakang dari pelajar lain.
Tapi aku tahu, cikgu dah cuba yang terbaik, cuma anak aku lambat. Aku hantar ke tadika yang 1 kelas ada 2-3 cikgu tau. Kira tadika khas juga lah ni.
Suami aku pun pening kepala. Sebab dia pun handle anak ku yang sulung tu jugak. Dia dah anggap macam anak sendiri dah.
Tapi anak ku banyak kali cakap perkara yang bagi aku agak melampau. Bila suami suruh mandi, dia tak nak dan bila disuruh suruh, dia akan cakap” ish papa tak paham ka?”
Perkara ni kalau orang tak berada disituasi tu, boleh senang je cakap. Anak syurga lah, ladang pahala, dan banyak lagi. Tapi perkara ni tak mudah. Sebab bermain dengan emosi. Dan aku tak cakap perbuatan ibu yang tinggalkan anak tu tak salah ya.
Apa yang aku nak cakap dekat sini, selagi belum mengalami nya, jangan lah senang senang jatuh hukum. Sebab risau “dosa dicerca hari ini, boleh jadi dosa yang anda lakukan esok”.
– Cunul (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
sy seorang lelaki. just wondering knp ex husband beriya2 nak ambik anak. logistik pon susah. M40 pon struggle nak ke hulu ke hilir. kesian budak tu. kalau awak jaga, insyaAllah anak awak akan well developed.
long term happiness adalah bila kita berusaha dan dapat reward. saya selalu bagitagu benda tu dekat anak saya berumur 10 tahun. saya cerita berkenaan arwah kawan yg mati sbb dadah kerana ia bermula apabila, ibu bapa nya ikuti segala kehendak nya. akhirnga merosak kan diri. self discipline akan membuatkan seseorang lebih gembira ababila dewasa kelak.
ibu bapa tak patut tinggalkan tanpa dokumen. kalau ad dokumen, maybe ok sikit.
kesian apabila grow up, dia takde “identiti”, takde sejarah, takde titik mula.
impian saya, NGO kalau dapat pull resource, buat center untuk jaga anak special. lebih baik center jaga, daripada didera atau dibunuh ibu bapa. dapat elak tragedy.
challenge center adalah
1. fund
2. staffing.
staffing maybe patut hirer orang asing dan urus secara korporat. ada proper HR untuk urus short turn over staff. susah nak cari staff yang sanggup urus budak.