Reply : Bolehkan Doa Begini?

Assalamualaikum. Saya terpanggil untuk respon berkenaan confession ini, https://iiumc.com/doa-macamni-boleh-ke/

Apabila menyusuri coretan TT ni, mengimbau semula kenangan pahit saya sewaktu berkerja untuk mencari rezeki keluarga.

Saya seorang yang workaholic, dan tidak suka main main di tempat kerja. Niat saya hanya untuk mencari rezeki membesarkan anak anak.

Dengan pengalaman saya dari sebuah syarikat besar, saya berjaya lulus interview dalam sebuah syarikat yang saya suka dengan profesion dan career path yang luas.

Saya di temuduga sendiri oleh COO saya kerana waktu itu HOD department saya masih dalam notis dengan syarikat lama. Selama 6 bulan saya gigih menyiapkkan tugas yang diberi oleh COO sendiri.

Pendek kata even saya title Executive namun kerja seperti Manager sebab assigned by COO.

COO sangat happy dengan perform saya, hingga saya diberi banyak benefit seperti bonus sama seperti pekerja lain (Ikutkan dalam polisi syarikat bonus hanya entitle untuk staf yang dah served more than 1 year)

Saya juga dapat dua kali increment dalam masa 4 bulan, dan asalnya kontrak saya tapi saya terus dioffer as permenant staff tanpa perlu melalui proses probationary.

COO juga menawarkan saya ke jawatan Manager 1 department dalam tempoh 6 bulan tapi saya menolak mengatakan saya masih baru dan berikan saya masa untuk adapt dgn suasana kerja.

Sebenarnya saya tidak mahu terlalu drastik naik kerana khuatir ada pihak tidak senang hati. COO faham dan menghormati keputusan saya.

Saya perasan sejak saya masuk saya tidak disenangi oleh seorang staf lama 1 department nak kata senior tak juga, sebab dari segi qualification dia hanyalah SPM leaver dan sememangya saya perhatikan kerjanya hancur. Tapi kelebihannya dia outspoken dan berani influence orang.

Saya semak kerja kerja lama dia yang di pass kepada saya oleh HOD dan boleh kata ia tidak menepati standard dokumen syarikat dan ISO. Kelemahannya yang hanya banyak cakap tapi kerja tak siap. Tapi kebolehan dia menggoreng tu menyebabkan dia selalu terlepas.

Dia terasa tergugat dengan kehadiran saya kerana banyak tugas2 utama oleh COO/HOD di berikan kepada saya. Saya yakin seorang bos tahu menilai mana mana staf yang boleh diharap dan boleh buat kerja bukannya pilih kasih.

Dia menyebarkan fitnah mengatakan saya anak ikan emas COO saya.

Hal ini diberitahu sendiri oleh HOD kepada saya setelah COO memaklumkan pada nya. COO meminta HOD saya mengharmonikan/mengawal grivance ini kerana khuathir akan menjejaskan perform department.

Saya cuma menjawap pada bos saya, apa kah bodoh sangat COO nak dengar semua kata kata saya seorang executiva cabuk jer mam. Bos saya balas, itulah.. tapi kami teruskan kerja spt biasa seolah2 tiada apa apa.

Saya amat close dengan HOD walaupun kami berlainan bangsa. Banyak hal dalam department dia panggil untuk bincang dgn saya.

Sehingga 1 hari saya dan HOD diperlukan untuk outstation dan waktu perjalanan dia bertanyakan saya karakter setiap staf dalam department,

Ikutkan saya dah ada peluang utk bercerita apa sedang berlaku tapi saya memilih dengan berkata, ‘takpelah bos, no komen, bos tengoklah sendiri nanti bos tahulah’.

Saya berprinsip tidak mahu bercerita buruk hal setiap staff meskipun kita tahu apa dia buat belakang bos.

Korang mesti faham kan, seorang bos bila dia trust pada kita dia akan senang bertanya sesuatu untuk dapatkan info. Respon saya itu memberikan gambaran pada bos, saya ada pendirian saya dalam berkerja.

Saya niat ikhlas memudahkan urusan jabatan saya hinggalah HOD saya assign saya banyak sub jawatan penting dalam department.

Malah saya juga turut membantu dia jika dia ada masalah dalam kerja seperti bertanya pendapat atau apa apa yang tidak tahu. Even saya sakit hati tapi profesional saya utamakan.

Kelemahan saya 1, saya tidak suka membawang dan terlalu sosial, hidup saya balik rumah uruskan keluarga dan anak anak masih baby.

Jadi saya kurang nak join program lepas waktu kerja. Nak pulak saya tidak suka percampuran bebas sesama staf lelaki dan perempuan jadi saya pilih lepas kerja terus balik rumah.

Suatu hari saya dalam maternity leave, dan staf senior ini membuat onar akses ke dalam komputer saya dan merosakkan kerja saya dan mengadu kepada HOD seolah olah saya melakukan sesuatu melanggar peraturan syarikat.

Entah apa dia cakap hingga bos yang sangat baik dengan saya boleh issue surat DI pada saya.

COO tahu hal ini dan COO menasihatkan HOD saya agar perkara ini diselesaikan dengan baik tidak lah perlu hingga DI, sebab dalam rekod department saya, saya orang pertama di kenakan DI seolah2 kesalahan sangat besar.

(Saya tahu hal ini sebelum saya keluar saya sempat menghubungi COO saya dan COO memaklumkan dia pernah beritahu pada HOD saya agar menyemak kes ini dengan teliti agar tidak menganiaya staf)

Saya yakin HOD saya sudah dicucuk oleh senior ini. Dan sekembalinya saya ke pejabat semua akses saya pada data disekat menyebabkan saya tidak ada bahan bukti untuk digunakan sewaktu DI.

Suspended saya juga disambung lagi atas alasan bos saya masih kumpul bukti. Kelakar kan? Dia yang hendak DI kan saya tapi dia tak ada bukti nak menyabitkan salah saya.

Bosan dengan semua ini, dan saya pun dah tak ada hati dengan syarikat ini, pada hari selepas tamat tempoh suspended, HOD saya datang dan meminta kes saya ditangguhkan.

Saya tak cakap banyak, saya terus hulur satu sampul, buka surat itu dia amat terkejut, RESIGNATION dan saya kata bagi saya peluang membersihkan nama saya sebelum saya left this company.

Dari apa yang saya simpan, saya bongkarkan semua 1 persatu sehingga bos saya ternganga dan semua tu sangat align dengan apa yang berlaku dalam department sebelum ini.

HOD tanya saya kenapa baru cakap semua ni, saya jawap sepatah, bos masih ingat tak apa saya cakap dulu waktu kita outstation, saya tak nak komen hal keburukan orang dan bos boleh tunggu dan lihat, bos saya terdiam kali ni.

Tapi reaksi muka dia mmg adalah yang nak kena terkam lepas saya keluar, hehe.. dan saya berkata pada bos, so sekarang saya dah ready untuk DI, panggil semua panel kita buat DI.

HOD saya sangat cuak, masa tu sbb dia tahu kesilapan besar dia percaya bulat2 apa yang ditaburkan oleh staf senior tadi. Dan rupanya dalam kes DI yang dikemukakan rupanya bukan kesalahan saya sebaliknya kesalahan dari staf sebelum yang sudah berhenti kerja.

Apabila kes disemak saya berjaya buktikan kes tersebut sebelum tarikh saya join. Maka sangat tidak logik jikatuduhan dibuat kepada saya yang belum join company.

Waktu itu HOD saya dah faham cerita, muka dia berubah seperti menahan marah dek perbuatan senior cabuk tu, HOD saya meminta saya tidak teruskan DI sebab dia tahu dia akan kena hentam dengan COO sebab COO dan pesan jangan DI kan kes saya.

Dia peluk dan minta maaf pada saya siap tanya mana saya nak kerja lepas ni, sangat concern sebab saya hilang rasa nak kerja atas kecuaian dia semak maklumat berupa fitnah.

3 bulan setelah kejadian ini, colleague saya yang masih berhubung dengan saya memaklumkan si senior cabuk ini dah berhenti kerja tanpa ada majlis or say bye bye pada semua staff lain. Mengejutkan semua sebab dialah dikatakan staf paling kebal selama ini.

CEO pun katanya di pegangnya kini sama boleh terkeluar. Dan saya juga dapat tahu HOD saya marah kaw kaw pada dia sebab sengaja mewujudkan kes salah laku saya sedang kan ia tidak wujud. Selepas itu kerusi itu menjadi panas, saya dengar 3, 4 bulan pasti orang menyandang akan berhenti kerja.

Hingga ke hari ini even sudah 15 tahun saya masih ingat bagaimana karier saya di musnahkan oleh seorang perempuan gila pangkat tapi tidak berkelayakan. Hanya lepasan SPM yang bercita cita tinggi tapi tidak pandai buat kerja dan insecure pada kebolehan orang lain.

Saya menyumpah dia 15 tahun ini bahawa dia tidak akan dapat kekal kerja 1 tempat seumur hidup dia dan jadilah job hopping sepanjang hidup.

Saya dapat tahu dari kenalan rapat saya dulu, dia masih level sama, tidak pernah menjawat jawatan top dan bertukar tukar kerja. Itulah sumpah saya pada dia.

Saya keluar pejabat dengan air mata, dengan duit tak berapa ada sedang membesarkan anakkau tegar merampas rezeki aku sebab tamakkan jawatan.

Doa ini saya sering panjatkan ketika malam malam penting, 10 ramadhan akhir, nisfu syaban dan waktu2 mujarab doa,

Saya bukan berdendam, tapi saya meminta Allah Taala sendiri mengajar manusia manusia yang berhati jahat merosakkan kehidupan orang lain sehingga dia benar2 bertaubat dan kesal dengan apa dia buat. Selagi tidak, selagi tu lah dia berada dalam awan hitam sumpahan orang yang dianiaya.

Saya kini sudah memiliki perniagaan sendiri dan income saya jauh lebih dari dulu, saya mampu menaiki mercerdes, memiliki banglo idaman saya, travel ke oversea malah pernah duduk di oversea beberapa tahun.

Keputusan saya melangkah dari syarikat yang toksik dulu membuahkan banyak kejayaan saya hari ini. Thanks Allah.

Ingat para para penebar fitnah, pendengki, kamu tidak akan terlepas biarpun kamu rasa kebal/hebat, cukup masa kamu pasti terpelanting dek doa doa orang yang pernah kamu aniaya.

Jika si senior cabuk ada terbaca confess ini, ingatlah semula pada saya orang yang pernah kau buat aniaya dan saya takkan maafkan kamu sehingga kamu benar2 bertaubat dan meninggal dunia.

Selagi kamu hidup atas dunia ini dengan masih sikap sombong dan berlagak seperti dulu selagi itulah aku tadah tangan menuntut hak aku dengan Allah Taala doa orang yang dizalimi.

– Suraya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *