Reply, (https://iiumc.com/kepada-bekas-suami-cerita-rindu-ini-untuk-kamu/).
Assalamualaikum. Terlebih dahulu saya ingin menyatakan bahawa situasi kita sama mungkin jalan cerita sahaja yang berbeza.
Saya baru sahaja bercerai lewat Mac hari tu dan kini saya meneruskan kehidupan bersama 2 orang anak yang masih belum kenal dan faham erti penceraian.
Jujur saya akui memang susah pada mulanya, mahu menerangkan kenapa keluarga ini tidak seperti keluarga yang lain. Bila di soal mana ayah, saya hanya mampu menjawab ayah pergi kerja nanti bila dah free ayah datang.
Sayu dan pilu kerana anak sekecil ini diduga hebat, merindui ayahnya setengah mati dan kadangkala timbul penyesalan kerana perasaan bersalah itu, seolah saya yang menyebabkan emosi anak saya bercelaru.
Apakah besar sangat salahnya untuk bersabar setahun dua lagi.
Mungkin ini juga yang puan rasakan. Ada waktunya saya rasa perpisahan itu terbaik. Tapi ada juga waktunya saya rasa menyesal kerana tidak memilih pendamaian. Bagi saya ini lumrah sebagai manusia.
Allah membolak balikkan hati saya hanya kerana satu perkara, ketika membuat keputusan saya menyerahkan segalanya pada takdir Allah, tapi kenapa saya seolah tidak redha. Mungkin ini yang ingin Allah tunjukkan.
Cara saya, saya kembali kepada diri asal saya, susah itu pasti kerana saya sudah selesa bersama.
Tapi ianya tidak mungkin, kenapa saya harus merosakkan diri semata kerana salah orang lain. Saya disakiti dan dia juga terus menyakiti.
Dan saya biarkan. Sepanjang tempoh melafazkan talak, saya di tahap paling terburuk, saya kerap marah dan tidak puas hati dengan sikap dia.
Ya, saya tak move on kerana saya berdendam. Saya biarkan diri saya leka dengan perasaan.
Sehingga ada satu kejadian membuatkan kami berperang dan saya nekad saya tak mahu seperti ini. Anak2 saya takut melihat keadaan begitu.
Saya mula berubah dan mencari ketenangan sehingga saya faham yang saya bukannya masih sayang atau masih rindu tapi hanya kebiasaan yang tiba2 hilang dan dendam benci yang merajai hati saya.
Dan setelah berpisah dan lama tak bersua, kami putuskan untuk keluar bersama dengan anak2.
Dan ketika itulah, Allah memakbulkan doa saya. Saya pandang dia tanpa apa2 rasa, jiwa saya kosong untuknya dan rasa itu betol2 telah mati.
SubhanaAllah, saya kagum dengan kebesaran Allah. Jika selama ini saya tertanya tanya, tapi sekarang tidak lagi. Hati saya mati untuknya.
Dan jika sekalipun takdir itu mungkin kembali bersama, doa saya pada Allah hanya tolong tutupkan dan matikan rasa ini untuknya. Saya dah buang dia jauh dari diri dan kehidupan saya.
Dan dia hanya manusia yang pernah hadir dan memberikan pengajaran terbesar dalam hidup saya. Perginya dia selamanya.
Dan ketika ini, apa yang saya doakan untuk puan, untuk berdoa dan meminta pada Allah, jika benar dia masih takdir puan maka pulangkan dia kembali dalam keadaan sebaiknya.
Dan jika tidak mohon pada Allah untuk matikan segala rasa yang ada.
Kerana pada asalnya Allah yang pegang hati kita. InsyaAllah.
– Bunga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit