Reply to: https://iiumc.com/crush-pada-
Aku perempuan umur nak masuk 30-an, single.
Dulu masa sekolah menengah aku pun pernah ada perasaan kat kawan aku, so aku boleh relate dengan brader tu. Aku ingat aku sorang ja yang ada kisah silam macam gini.
Aku tak tau nak mula dari mana, takut panjang aku ringkaskan. Mintak maaf dengan penulisan yang berterabur, aku tak arif bermadah.
First time aku experience benda ni, masa form 2. My classmate, I labelled her as L. Dia sempoi, pandai berbual, kontras dengan aku.
Aku start attracted dengan L bila kami satu kelas. Aku perasan aku start “cari” L.
Bila masuk dewan, aku cari muka dia. Telinga aku mesti cari suara dia kat surau, roll call, perhimpunan.
Ala macam crush, korang pun mesti ada crush dulu. Haa gitula.
Mana kalau berkumpul, mesti mata and telinga ni cari kelibat dia. Cumanya aku tak rapat dengan dia, L ada kumpulan kawan dia, aku pun ada kawan yang lain.
Then, akhir tahun pindah kelas, aku dah tak ada perasaan tu.
Second girl, aku label dia as J. Aku dan J macam anjing dengan kucing. Walaupun selalu gaduh, kitorang ni sangat rapat.
Bila kitorang kena tukar kelas, aku sentiasa cari dia (sama macam L). Kitorang on off but now, aku dan J masih kawan baik. Tak ada pun songsang. Elok saja kawan macam biasa.
Tu dua budak yang aku “crush” time sekolah menengah.
Masuk kolej, aku rapat dengan sorang perempuan ni, nama K. Awalnya aku rapat gitu gitu ja dengan dia. Aku pun tak tahu bila masanya aku sangkut dengan K.
Kitorang pergi mana mana memang sekali, tidur pun sekali, pernah duduk bilik sekali. K ni pulak mulut manis, kadang aku cair.
Aku sangat struggle dengan feeling aku masa tu, biasala budak baru nak up.
Aku memang ingat yang aku ni sebenarnya dah betul betul suka kat dia. G*y ke aku? Macam ada tension between us.
Cumanya dengan K, aku tak pernah jealous kalau dia kawan dengan orang lain. Sebab aku rasa orang lain tak kenal K, macam aku kenal dia.
Connection yang aku share dengan K sangat deep.
Tapi tak ada apa jadi. Tahun akhir, aku start renggang dengan K sebab kitorang posting tempat beza. And perasaan aku terkubur di situ.
The last girl is M. Aku dan M pun ada special bond, tapi different dengan J,K and L. Aku tak ada “crush” pun toward M.
Kali ni M yang attached dengan aku, but I still enjoy her company. Time tu aku dah matang, so aku dah tak rasa pun bunga bunga macam crush-crush lain.
Cuma kawan-kawan ada ejek kitorang couple, sebab kitorang sangat rapat.
At first I genuinely thought that I ni g*y especially, masa aku rapat dengan K.
Tapi bila fikir balik, semua feeling tu tak datang dengan nafsu pun. Cuma lebih kepada attached or just an adoration. (Aku rasa aku hanya lah adore/admire L, sebab kitorang tak rapat.)
Other than that, orang salah faham sebab friendship kami agak intimate. Aku rasa benda ni berkait rapat dengan personaliti aku.
Aku ni lebih heavy toward emotions, feelings and deep conversation (korang teka la MBTI aku). So kalau aku rapat dengan someone, memang akan nampak intimate.
Bila masuk sekolah asrama, apa lagi seawal usia 13 tahun, budak remaja mudah expose dengan macam macam. Kena pandai jaga diri, jangan salah pilih kawan. Apa lagi kalau sekolah semua lelaki/perempuan.
Time tu remaja keliru, tak ada panduan, rebellion stage and mostly memang kawan kawan main peranan besar.
Sedikit sebanyak mesti ada pengaruh kawan yang sangkut kat kita, boleh jadi yang baik or buruk. Tapi ada juga budak budak kental yang memang boleh survive sendiri, tak mudah terikut.
Cumanya point aku, bila berputik “perasaan” cinta or sayang pada yang sama jantina, some of them salah tafsir feeling tu sama seperti attraction lelaki dan perempuan, sebab diorang tak ada “reference”.
Aku tak pernah bercinta dengan lelaki. Kalau setakat kawan kawan lelaki tu ada, tapi tak pernah lebih.
Kadang sebab orang ejek-ejek yang buat aku questioned sexuality aku. Bila nampak ada kawan yang rapat semacam, jangan judge and tease them.
Kita tak nak encourage that feeling. It is better if you try to involve with that “couple”, ataupun ajak diorang bergaul dengan korang ramai ramai. Benda ni selalu momentary je, tak ada kait dengan s*xuality pun.
Jangan tafsir lebih lebih, kadang semua benda sonsang ni jadi out of curiosity.
Jaga batas even with the same gender. Jangan main dengan api, syaitan sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia.
Sekian perkongsian aku. Minta maaf ada terlebih terkurang..
– Kayu api (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit