Reply, (https://iiumc.com/curang-ketentuan-atau-pilihan/).
Terpanggil lagi untuk turut kongsi cerita, dimana aku juga isteri yang dicurangi suami. Beza Dee dengan aku, suami bukan takat bermain cinta malah pakej bernikah.
Aku pernah juga kongsi cerita ni suatu ketika dahulu. Walaupun peristiwa ni sudah setahun berlalu, tapi aku masih tidak mampu nak melupakan apa yang berlaku. Peritnya bila suami berpoligami dalam diam & banyak terbongkarnya tipu helah…
Sama macam Dee, aku juga silap, kerana sebelum ni, aku amat yakin yang suamiku setia. Dan aku tak pernah mengongkong segala aktiviti dia & tak pernah nak selongkar isi dalam telefon suami. Malah, password telefon pun aku tak pernah ambil tahu.
Life aku, 15 tahun berkahwin, aku banyak berkorban jiwa ragaku untuk suami & anak-anak. Sama macam Dee, expectation pada suami terlalu tinggi. Sama macam aku setia, begitu juga dia.
Namun aku silap. Ya, memang betul. Umpama nya, mendaki tempat tinggi, sekali terjunam. Terus terbenam.
Tak pasti sama ada Dee bekerja @ tidak. Aku pula, isteri yang bekerjaya dan ibu kepada 3 orang anak. Dan suami pula kerja sendiri, yang mana income nya, on off. So boleh kata, akulah yang banyak membantu dari semua segi.
Dan aku redha tentang hal ni, aku fikir kalau aku ihklas membantu keluargaku sendiri, InsyaAllah, Allah permudahkan segala urusanku.
Alhamdulillah, aku dikelilingi oleh orang2 yang sayang aku & hal kerja sentiasa dipermudahkanNYA.
Aku juga seorang yang suka memasak. Setiap pagi sebelum pergi kerja, aku akan sediakan bekal anak2 suami & pakej makanan untuk lunch sekali. Aku suka rai family suami. Masak2, jemput makan.
Apa yang suami suka makan, aku gigih belajar buat. dan sebab ini juga, mak mentuaku antara orang yang paling kecewa dengan tindakan anaknya. Sampai dia mengharamkan kaki sijanda tu jejak ke rumah.
Berbalik cerita hal curang, aku tahu setelah 1 bulan 23 hari, suami nikah dengan seorang janda beranak 3. (Janda cerai). Ya benar, naluri seorang isteri sentiasa betul. Sepanjang tempoh tu, memang banyak kali aku curiga, namun aku sentiasa positifkan diri.
Sehinggala Allah jentik, untuk tergerak nak tengok handphone suami yang tengah cas. Ada miss video call dari nama perempuan. Biasalah, bila ditanya, hanya kawan. sehinggala kali kedua, selang beberapa minggu dalam tempoh itu, ada lagi miss call.
Kali ni, aku minta nak call no tu. Tetapi berlaku pergelutan berebut handphone, at last aku gagal. Dari sinila, aku dah boleh agak, mesti ada yang dirahsiakan.
Dan malam tu, aku cuba cari bukti akhirnya, jam 230 pagi, aku jumpa gambar nikah suami kat friendlist FB dia. Ya Allah, sedihnya hanya Dia yang tahu.
Aku minta penjelasan suami. Janda itu, kenalan 20tahun yang lalu. Masa tu mereka hanya kawan. Sama macam Dee, mungkin dahulu masing2 memendam rasa. Dan baru bertemu semula sebulan kt FB. Katanya janda itu, banyak kisah sedih.
Mudah kena tipu. Baru saja ditipu dengan seorang lelaki konon dijanjikan kahwin & buat bisnes bersama, alih2 duit modal ntah kemana.
Janda ni juga, dimomokkan dengan kisah sedih bekas suami, konon tak baik dan nikah atas pilihan keluarga,
Dan dia bagitahu suami yang hatinya hanya ada suami, itu sebab dia tak bahagia, campur bekas suami layan dia tak baik. Dia juga bagitahu yang dia disisih keluarga. Merantau, so sebatang kara disini.
Maka dari sinila bermula kisah ngadu mengadu, berkongsi cerita, sekejap je, terus janda tu melamar suami. Ya, aku tanya janda tu, dia memang mengaku, dia yang lamar suami.
Disebabkan si janda ini memakai nikab, kelulusan dalam bidang agama, mungkin dia sedar, berdosa besar, bermain kata2 dengan suami orang. Sudah tentula, sempat bercinta sekejap sebelum decide nak nikah segera.
Padanla aku jumpa banyak gambar selfie suami dalam galeri. Hantar kat janda tu la gamaknya. Sama juga la cerita Dee tu.
Maklumla, benda haram kan, seronokla… ngadap phone manjang, update aktiviti, hantar gambar selfie masing2. Hati berbunga2 kan. Dengan bini, tidak pulak buat sebegitu.
Dan yang paling aku sedih, aku trace history shopee suami ada belikan dia bra & baju tidur. tarikh nya sebelum diaorang nikah. Pos direct ke rumah janda tu.
Ya Allah, dasyat nya awak si janda. Tak malukah bagitahu saiz barang dalam awak? Atau awak sengaja nak banggakan oversize awak tu?
Yang nyata2 awak belum nikah lagi dan awak tu bernikab? Mana maruah awak? Astahgfirullah, mengucap panjang aku tahu hal ni. Sedih, tak payah cakapla. sebab suami tak pernah belikan aku pun…ntah saiz aku, dia tahu ke tak?
Suamiku memang tak mampu dari segi nafkah untuk berpoligami. Dia dah war2kan pada janda tu. Tapi, si janda ni tak kisah tang nafkah.
Almaklumla dia pun kerja, Sana sini, boleh tongkat suami. Yang dia nak, nak kongsi kasih sayang. Apa lagi, dah macam rezeki bergolekla kan. Itu yang nikah koboi. Takde minta persetujuan isteri pertama.
Nikah secara tak rasmi, tak ikut undang2. bolehla kan, janji halalan toyyiba. Tapi itula, Allah tak kejam. Dia tak aniaya isteri yang telah banyak bekorban untuk keluarga.
Cukupla sebulan 23 hari, aku tahu. Macam biasa dalam drama, berlakula perang besar. Mau tidak, nikah lain ooooooooo.
So Dee, tak salah pun Dee terluka dek perbuatan suami. Suami curang ni, adalah pilihan dia, walaupun sebaik mana isteri didepan mata.
Lagi2 kalau hubungan terlarang, aura tu lain macam. Macam Dee, suami ber dear dear dengan pencurang, sama jugala saya, , suami, bersayang2 dengan si janda tu.
Sijanda tu, dia boleh panggil sayang. Dengan aku? yang bini 15tahun ni, mama, awak jer. Lagi terluka hatiku. tapi takpe. Allah ada…
Sebut pasal fizikal Dee, sama juga macam saya. Saya berat kurang 55kg. Saya tak suka, diri saya gemuk. Si janda tu, debab orang nya, Saya agak lebih 70kg,
Dan saya pun pelik, begitu ya taste suami…Nak kata saya selekeh, saya minat jer bergaya, , tapi adalah ketika nya saya bermalasan kan.
Mikir, peliknya perangai suami ni kan. apa lagi yang dia nak.
Berbalik, pada cerita selepas dah tahu,
Aku bersikap tenang. Lepas dah tahu segalanya, aku minta suami pergi pada sijanda tu. Aku minta suami, bantula dia.
Banyak kisah sedih si janda tu, Sudah tiba masanya, suami bina hidup baru. Nak aku terima madu? Korang rasa? Aku, tidakla sebaik isteri nabi, Dan suamiku sendiri?
Malas nk cerita panjang. Nikah sembunyi, hidup dalam menipu… emmm, nak aku terima madu lagi ke? Aku tak mampu nak terima madu.
Aku tak boleh lagi nak ihklaskan diriku dalam membantu hal ehwal kewangan keluarga. Aku decide, ok…
aku nak berhenti kerja, segala apa yang aku tanggung, suami kena tanggung & aku nak nafkah bulanan tanpa miss untuk aku manja2kan diri, beli segala keperluan & kehendakku…
Tiber aku dah rasa penat, selama 15 tahun berkorban, dan ini balasan nya buat aku. Mampu ke dia nanti?
Puas aku pujuk dia, pergi kat janda tu. Aku minta janda tu datang ambik suami. Aku siap nak call grab, minta hantar suami pada dia. Semua tak jalan.
Suamiku tetap kata, aku & anak2 nyawa dia. Dia tak boleh hidup tanpa aku. Macam drama2 melayu, kata2 maaf & janji2 bagai….
Ya, suami insaf la kan, lepas dah kantoi. Macam Dee juga. cuma beza dah nikah…. At last suami janji nak ceraikan janda itu. Aku tak minta ceraikan dia, aku suruh ceraikan aku… Talak kan atas dia. Oleh kerana masa tu pkp, so tak boleh nak rentas daerah.
Sepanjang tempoh tu, memang nyatala suami depan mata kan. nampakla 24 jam dengan aku. Dia cuba yakinkan aku yang dia nekad nak cerai janda tu. Cuma tunggu masa sesuai.
5 bulan lepas tarikh nikah diaorang, dalam PKP, akhirnya suami lafaz cerai pada janda tu. Bersaksikan aku. Dirumah janda tu.
Ada banyak drama2 lain lagi.. Nak cerita, 7 hari pun tak habis. Episod percubaan nak rujuk lagi. Nak cerita pun, buat aku bertambah sakit untuk mengingati.
Pakej pula, sahabat si janda ni, cuba nak mentarbiahkan aku. Minta aku belajar terima poligami, belajar & study nikmat hidup berpoligami.
& masa yang sama, cuba rosakkan fikiran aku, dia cakap, kalau aku mati, aku tak kan dapat redha seorang suami. Sebab kes cerai tu, konon aku yang paksa.
Sedangkan talak atas suami. Lepas pada tu, baru aku tahu, yang sahabat janda tu, rupanya perampas suami orang juga. Suami datang jenguk sekali sekala, nak bagi air… tu kata suami. (Emmmm, samala dia juga kan)
Dan tak sangka juga ya, nak dapat redha suami ni, bermakna kita kena terima madu? emmm fikir2.
Setahun dah peristiwa ni berlaku. Aku slowly try lupakan, buang jauh2 apa yang negatif dalam fikiran aku, Sebenarnya apa yang jadi, ada hikmahnya. Aku tengok suami dah banyak berubah. Dah makin caring & dah tak lepak2 dengan kekawan sampai lewat malam.
Aku pun dah rajin pegang telefon dia. So far aku tak jumpa apa yang curiga. Sebenarnya, bila jadi dugaan hebat sebegini, kita boleh belajar macam2, dan boleh ambil ikhtibar. selama ni, aku baca kisah orang, kali ni terjadi kat diri sendiri.
Allah bagi ujian, buat kita, setakat kita mampu. Aku cuba dan terus mencuba, buang kenangan pahit ni & fikir positif.
Ya, aku juga banyak khilafnya. janganla terlalu yakin, yang suami hak mutlak kita, Anytime, kunfayakun. Aku sebenarnya, takut kehilangan suami. Siapa tak sayang suami kan.
Buat Dee, marila kita masing2 mencari kebahagiaan kita. Kita fokus pada sekarang & akan datang. Kita cuba bina balik kepercayaan kita yang dah hancur tu. Ibarat, gelas yang dah pecah kan. Tapi takpe, ambil masa kita, kutip balik satu2 serpihan kaca tu, try cantumkan semula,
Ya, luka ketika cantum, pasti ada. Tapi kita kena pandai rawat, agar luka tu, cepat baik. Teringat kat satu komen ni, dia pelik, how does it feel to continue living with someone who broke your heart into million pieces.
Jawapan nya, sebab sayang & cinta. Ya, aku akui, aku sangat sayang suamiku. Sebab tu, aku masih lagi, bagi peluang untuk kami saling perbaiki diri. Perjalanan 15 tahun kami, dari susah, sampai senang, bukan sesuatu yang mudah untuk dilupakan.
Since suami pun dah berjanji tak akan ulangi lagi, so, why not, aku bagi peluang. Dan aku sendiri pun banyak khilaf. Tak ada manusia yang sempurna. Tapi bukan bermakna, alasan untuk tambah cawangan. Kita suami isteri ni, kena la saling melengkapi.
Kesan dari peritiwa ni, aku jadi overthinking & anxiety. pernah, sehinggakan, suami nak bawa aku ke hospital, gara2 aku tak tenang & sesak nafas.
Buat masa sekarang, selain berdoa & mengadu pada yang Esa, kami banyak habiskan masa bersama. Kami kerap pergi holiday.
Tiap kali ke tempat orang, aku cuba buang jauh2 satu2 kenangan pahit. Memang sukar, tapi kita cuba. Gitula aku cuba rawat hatiku. Selain tu, aku banyak buat aktiviti yang aku suka.
Cipta kesibukan diri, agar kita dapat lupa. Pandangla anak2 dengan kasih sayang.
Kadang timbul kasihan, anak2 turut merasa ujian ini. Dengan ini, kita akan cuba perbaiki rumahtangga kita, kearah yang lebih baik. Hidup dalam berkasih sayang. Dapat redha suami. Gitula. cuba dan terus mencuba…
Untuk sijanda itu… jagala dirimu sepertimana pakaianmu. Janganlah mudah percaya pada lelaki. Jangan cipta ruang, untuk lelaki mudah mendekati & mempergunakanmu. Ambil pengajaran, cerita duka mu, simpan rapi. Jangan dikongsi pada suami orang.
Nanti wujud rasa simpati, dan boleh merosakkan rumahtangga orang. Siapa tak jadi waras bila dapat tahu suami nikah lain. abis segala aku ungkit, kata2 aku berbisa. sampaikan saat aku gila, macam2 kata2 macian pada suami. Ya Rabbi, aku tak minta jadi begitu.
Aku pendosa disaat itu…. Ingatla, mungkin tak jadi kat dirimu, tapi mungkin akan jadi pada adik beradikmu @ anak2mu.
Selidikla, sebelum decide nak jadi madu. Kemungkinan madu bertukar jadi hempedu. Menjadi janda tak salah… asalkan tahu bawa diri, jaga anak2 sebaik mungkin, sebab itu amanah, .
Jangan disibukkan dengan suami orang. Konon nak berkongsi kasih sayang. Fokus je pada kehidupan, ramai je janda2 yang berjaya…
Dan jangan la kita nak menghukum orang, konon2 kita je yang dapat redha Allah, isteri yang tak bagi suami berpoligami ni, senang2 kita nak hukum tidak mendapat redhaNya.
Buat suami, aku minta maaf, sebab kongsi kisah ini. Semoga mana yang baik dari kisah ni, boleh dijadikan teladan. Mana yang jahat dijadikan sempadan.
Aku, isteri yang banyak khilaf sentiasa berdoa agar rumahtangga kami kekal bahagia tanpa orang ketiga dan aku mampu jadi tenang disebalik kenangan.
– Nora (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit