Reply : (https://iiumc.com/degree-part-time-teruskan-atau-berhenti/).
Assalamualaikum, terima kasih sebab luluskan posting saya. Saya gadis bakal menjelang usia 30 tahun (3 tahun lagi), dan InsyaAllah pemegang ijazah sarjana muda.
Sekarang saya merupakan pelajar semester ke-6 pengajian separuh masa di pusat pengajian awam.
Saya sambung degree pada waktu yang agak lewat, usia 25. Bagi saya, belajar ni komitmen. Bila kita dah ada kerja yang stabil, gaji yang mampu sebab selain nak bayar yuran, komitmen hidup juga perlu diteruskan.
Semua sedia maklum yuran PJJ harganya 2 ke 3 kali ganda mahal berbanding pelajar full time.
Pekerjaan saya tidaklah hebat mana, tapi memerlukan saya untuk travel juga kadang2. Bersyukur budaya company kami bukan company yang mewajibkan OT, jadi 5.30pm alarm pc kau bunyi.. terus chow, tak de siapa jeling. okay. Cukup tentang diri saya.
Kickstart nak sambung degree ni sejak saya dapat kerja dan gaji pertama. 2 tahun masa yang saya ambil untuk minggle around- course (sebab diploma saya adalah bidang civil) dan universiti mana yang tawarkan yuran yang lebih murah.
Berbalik kepada bidang asal saya- civil- jadi mestilah kita nak sambung pun course yang ada kena mengena, ye dok.
Bermula lah pencarian universiti. Ini antara universiti yang saya survey. UTM space (yuran.. hmm untuk gaji level2 M40 paras hidung, lupakan saja la. Kalau ada pinjaman rela kau nak bayar yuran.
1 semester anggaran 2500-3000 ++, 1 tahun ada 3 semester. Kau kali lah sendiri. Okay next. OPEN u, sebelah ofis. Bos pun dah hint2 tak nak sambung ke. Tapi bos tak bayar yuran saya ye.
1 semeter yuran anggaran 1800-2200. 1 tahun ada 3 semester. Dengan kerja naik gaji beberapa tahun sekali, insentif , bonus yilek. So i said no to open u, padahal dah mohon, dah dpt tawaran. Masa ni.
Tiap masa tekan kalkulator sebab aku masih ada adik yang belajar. Lupa nak highlight, aku antara breadwinner family selain mak aku dengan adik aku. Jadi aku tak de dana PA&MA ye.
Sampailah lalu iklan INED. TAPI, ye aku highlight, course ENGINEERING CUMA ADA PLK SAHAJA (pengajian luar kampus, hari bekerja 5petang-10malam). I DIE ye kalau sambung engineering.
Tapi yuran dah okay. 1credit hr= RM100, tambah duit UITM 125hengget tiap sem. Jadi anggaran untuk degree aku ni cuma RM15k which is setiap sem ataran RM1225 – RM1725 sebab max credit hrs adalah 16 jam, lebih kau kena appeal. Okay la kan.
Okay habis part yuran, yang kedua COURSE apa kau nak sambung. Aku pun mohonlah kos sekian2.. Siap mohon course culinary weyh cuba cuba try orang kata. Masa tu memang tawakkal, istikharah sebab nak bercinta 5 tahun buat degree.
Maka keluarlah result dapat course yang pilihan terakhir rasanya, aku pun tak ingat aku pilih ke idok course ni. Masa tu Cuma tawakkal, kalau ni yang terbaik, mudahkan lah, lancarkan perjalanan #studyjourney aku.
Alhamdulillah ada pada sem sekarang dengan pointer masih atas 3.00 dan pernah merasa dean list (masa diploma tak pernah weyh) okay habis part riak.
Sekarang part urus masa. BILA YE MASA KAU BUAT ASSIGNMENT? Aggiteww,
Biasa, waktu fav aku buat assignment adalah 24 jam sebelum submit. Tapi, tak boleh go lah. Gugur rambut aku sebab stress. Jadi masa sem 1 saja aku buat last minit. Sem seterusnya, aku akan pastikan 1 hari awal tu sah siap submit. PERSOALANNYA BILA?
Masa waktu malam atau masa tengah kerja, bila aku dah siapkan cepat2 kerja ofis, maka buka lah ufuture sejam.
Orang cakap, tak berkat curik tulang.. aku dah siapkan kerja aku, lagipun boss yang suruh sambung degree.
Sebab tu pentingnya sebelum kau PJJ cari kerja yang tak ada shift, lebih lagi kau perempuan. Yelah balik nak uruskan rumah tangga lagi.
MACAM MANA GROUP ASSIGNMENT? Aku ni seorang introvert, lone ranger.
Berbalik pada ayat atas, doa banyak-banya, pastikan masa sem 1, tangkap beberapa orng group-buddies yang boleh kekal hingga ke konvo.
Jadi semua tahu peranan masing2, masa dapat assignment, terus bahagi kan part. JANGAN NAK BUANG MASA BINCANG TAK SUDAH.
Bincang sekali cukuplah, ambil part masing-masing, lagi 3 hari nak sumbit MESTI WAJIB COMPILE. Sebab tu untuk final group assignment, mesti ada sorang tukang compile, ehemm aku lah orang tu, hahha ni dah meng-kantoikan siapa diri aku.
Yang penting tukang compile mesti literate dengan penggunaan Word atau buat slide. Nak compile ada format citation, bukan kau main redah saja.
Herm kalau nak cerita pengalaman 6 sem belum masuk lagi semester ODL, GROUPMATE HILANG. 7 muka surat tak habis, bos dah panggi. Kalau dapat sambutan, nanti aku karang dengan lebih detail.
– Lalisa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Assalam kak, boleh saya tahu akak sambung course ape. kalau civil engineer susah tak