Reply: Dilema Perasaan Kecewa

Reply, (https://iiumc.com/dilema-perasaan-kecewa/).

Saya nak ucapkan ribuan penghargaan buat admin page IIUM Confession jika ianya disiarkan.

Saya nak komen dekat ruangan tapi takut ada ahli keluarga yang baca jadi terpaksa untuk reply disini sebab penulis pun nampaknya betul-betul perlukan pandangan.

Ayah saya ada 10 beradik. Adik ayah saya yang hujung sekali saya panggil Pak Su. Tapi saya nak bercerita tentang Mak Su saya. Iaitu adik ipar ayah saya. Tt anggap la mak su ni lebih kurang macam tt walaupun jalan ceritanya tak sama.

Lepas je kahwin, mak su kena duduk dengan mak mertua sebab pak su jelah harapan keluarga untuk jaga atok waktu tu sebab yang lain semua berhijrah dan ada keluarga sendiri.

Bermulalah hidup mak su penuh cabaran, yelah duduk dengan mak mertua. Orang tua biasalah, rajinnya lain macam. Kalau ada benda yang teringin kat tekak, kena buat waktu tu jugak. Takde esok, takde lusa. Tak reti pun jadi reti juga.

Nak makan cendol? Orang tua-tua ni takmau hat yang beli di gerai. Depa buat dari scratch la orang kata. Hat kita ni melongo ja la dok tengok, first time kot!

Tak ingat berapa lama mak su duduk dengan mak mertuanya tapi boleh dikatakan agak lama.

Tu belum masuk bab adik beradik. Ya Allah. Adik beradik ayah ramai perempuan. Biasalah perempuan, banyak bercerita. Yang sahih ke tak sahih tolak tepi yang penting, diorang akan cari topik untuk dibincangkan setiap kali jumpa.

Semestinya mak su lah topik hangat dorang yelah orang tu duduk dengan mertua 24jam. Aku tak tahulah kalau atok ada cerita apa-apa dekat makcik makcik aku ni nauzubillah la itu aku tak sure tapi aku cerita ni untuk ambil mana yang boleh dibuat pengajaran sahaja.

Mak su aku ni macam-macam lah adik beradik suami dia kata kat dia. Ada membela lah, ada itulah, ada inilah. Bagi aku apa yang mereka katakan tu agak berat sebab tak ada bukti.

Kisah macam mana dorang tuduh mak su aku ni membela sebab ada sorang anak mak cik aku ni dia boleh nampak. Jadi benda tu pun macam tak sahih. Kau boleh nampak tapi tak semestinya benda tu milik dia kan?

Dan sangat banyak lagi ya, macam-macam sangat mak su ni kena jadi topik. Baiknya mak su ni sebab dia tak cepat melatah. Dia sangat tenang.

Aku tak tahu kalau dalaman dia macam mana. Sebab kita tengok orang tu dari luaran nampak tenang, redha tapi mungkin dalaman dia… hanya Allah lah yang tahu.

Aku describe dari luaran lah eh apa yang aku nampak. Dari luaran dia nampak sangat tak kisah. Cakap lah apa yang buruk pun dekat dia, dia tak lut.

Tapi orang kalau mengata mana ada depan-depan kan. Mestilah dok kata kut belakang. Walaupun belakang, dia tahu tapi dia mengambil pendekatan untuk membutakan telinga dan mata. Dia buat kerja dia.

Kalau ada orang datang sembang dengan dia, dia layan seramah orang yang bertanya walaupun dia tahu, ‘oh orang ni ada mengata aku kat belakang’. Hebat tak?

Hipokrit? Aku tak rasa mak su aku tu hipokrit sebab dia buat macam tu. Betul lah tu.

Dia tak nak serabutkan kepala dia, tertekan fikir pasal orang yang tak suka dia, orang yang mengata buruk pasal dia, jadi dia pilih untuk, bila dia dengar benda yang buruk, dia pekakkan telinga walaupun benda tu tak betul sebab Allah maha Mengetahui.

Kenapa kita nak validation dari manusia? Bila dorang penat bercakap, tengok kita macam tak terkesan pun nanti mereka senyaplah.

Dia tahu buang masa dia je untuk confront orang-orang yang buat cerita tu sebab dia tahu level dia dimana.

Imam Syafie berkata: “Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu”.

Imam Syafi’I berkata : “Apabila orang-orang bodoh mengajak berdebat dengan anda, maka sikap yang terbaik adalah diam”

Aku bukan nak kata makcik makcik aku ni bodoh. Tidak. Tapi kita punya circle mempengaruhi cara kita berfikir jadi pilihlah circle yang membantu kita untuk melihat dunia ini dari pelbagai arah, yang membuatkan kita sentiasa berfikir.

Itu cerita lama. Sekarang alhamdulillah mereka satu keluarga dah pun berhijrah. Balik kampung sekali sekala.

Bila jarang jumpa takdelah isu. Isu timbul bilamana kita sedara-mara ni duduk dekat-dekat. Sedara-mara pun kalau balik beraya dah takde masalah. Semuanya dah berbaik.

Oh ya, lagi satu. Mak su aku ni jenis sangat senang untuk didekati. Baik. Ramah. Aku suka dia.

Tapi aku salute sebab dia tahu batas dia sebagai ipar dalam keluarga which means, dia takde dalam group whatsapp family keluarga belah ayah aku lepastu kalau ada masalah belah family ayah aku ke apa dia memang tak masuk campur, nak pandai-pandai beri pandangan pun takde.

Lepastu dia macam letak jurang sikit dengan ipar-ipar, anak sedara, kiranya tak rapat berlebih-lebih, sayang berlebih-lebih yang ini aku rasa mungkin sebab dia ambil pelajaran lah dari masalah yang sebelum ni.

Buat tt, saya mungkin tak tahu keseluruhan cerita yang sebenar sebab tt pun mungkin ada sebab untuk tidak cerita dengan lebih details. Tapi saya harap tt dapatlah apa yang saya cuba sampaikan.

Sebenarnya saya pun tak sangka jodoh paksu dan maksu saya kuat bertahan sebab bagi saya apa yang dilemparkan tu agak teruk. Tapi alhamdulillah, benda ni kena dua-dua pihak main peranan.

Macam tt, kalau mereka tak nak datang jumpa dan minta maaf, biarkan. Doa banyak-banyak pada Allah semoga dilembutkan hati-hati mereka.

Nanti mungkin bila mereka dah tua dan tersedar khilaf mereka. Waktu tu dapatlah tt dengar ucapan maaf. Inshaallah.

Buat suami tt, mungkin dia pun dah cuba yang terbaik, pergi balik kampung dan berjumpa dengan adik- beradik dia untuk suruh minta maaf. Sudahlah.

Saya rasa suami tt pun tersepit sebenarnya, asalkan suami dan tt bahagia bila bersama pun saya rasa benda tu patut disyukuri.

Jangan disebabkan terlalu asyik memikirkan tentang masalah adik beradik belah suami membuatkan kebahagiaan dalam rumahtangga tt jadi tak best.

Tt patut bersyukur sebab mertua tak sama naik dengan adik beradik ipar yang lain. Itu lagi parah. Minta dijauhkan.

– Tulips (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. I know this if off topic but I’m looking into starting my own weblog and was curious what all is needed to get
    setup? I’m assuming having a blog like yours would cost a pretty penny?
    I’m not very internet smart so I’m not 100% positive.
    Any tips or advice would be greatly appreciated.
    Thank you

  2. Hi. Assalamualaikum Confesser.

    I rasa dah agak beratus confession yg I baca dlm page iiumc ni. Tp yg paling I terkesan dan seronok baca adalah perihal isu anak-beranak, ipar duai dan keluarga.

    Hidup sebumbung selepas berkahwin bersama mak bapak adalah idea terburuk. It’s a total nightmare.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *