Reply: Ditinggalkan Kerana Tidak Bekerja

Reply, (https://iiumc.com/ditinggalkan-kerana-tidak-bekerja/).

Assalamualaikum. Terima kasih jika confession ini sudi disiarkan.

Setiap kali aku melihat pasangan yang baru sahaja dinikahkan. Dalam hati aku berkata, alhamdulillah mereka sudah berjaya menemui orang yang menerima ‘ketidaksempurnaan sebagai jalan untuk menuju kesempurnaan yang lebih dalam’.

Aku seorang perempuan dan berumur lewat 20an. 2 tahun lalu kerjaya aku musnah disebabkan pengkhianatan seorang rakan kerja. Segala duit saving aku habis semata untuk melunaskan komitmen.

Dan sehingga hari ini, aku masih belum dikurniakan pekerjaan tetap. Tiada kereta, rumah, saving, kerja tetap apatah lagi rupa.

Aku berkenalan dengan seseorang yang aku gelar A. Ini kali pertama aku menjalin persahabatan yang agak serius dengan seorang lelaki. A seorang lelaki yang baik pada pandangan hati aku.

Aku berkenalan dengan dia sewaktu dia jobless (sebab PKP). Dan aku waktu itu bekerja di sebuah organisasi sebagai pekerja kontrak. Aku masih dalam fasa untuk membina kerjaya dan dia sudah ada segalanya kecuali pekerjaan tetap.

Aku sangat berhati-hati dalam memberikan hati dan perasaan. Pergantungan aku sepenuhnya pada Allah untuk menentukan adakah dia orang yang boleh menjaga dan menerima aku seadanya. Istikharah aku buat setiap hari tanpa missed.

Tanpa sedar, perasaan suka akhirnya bertukar menjadi cinta. Tapi, tidak pernah diluahkan kerana hati manusia mudah berubah.

Segala luahan hati aku, aku cerita pada Allah dan diari. Aku sedar aku sudah mencintai dia bila mana aku menerima kekurangan dia seadanya. Yang aku nampak pada dia adalah agama dan akhlak yang baik.

Sehingga satu hari, Allah menggerakkan hati aku untuk mendoakan dia senyap-senyap atas urusan rezeki dan kerja nya. Alhamdulillah, dia berjaya mendapat kerja yang baik dan stabil akhirnya.

Saban hari, kekurangan nya satu persatu terlihat kerana dia pernah berterus terang bahawa dia seorang yang cepat give up dan tak berapa nak kuat untuk kerja yang mencabar.

Tak apa, aku berikan dia sokongan dan nasihat untuk tidak berputus asa.

Aku juga diberitahu, dia ada mental illness dan ibu nya juga ada symptom yang sama.

Tak apa, bagi aku itu cuma penyakit yang tidak memudaratkan. Dia juga tak berapa lancar membaca Quran. Tak apa, nanti aku boleh ajarkan asalkan dia ada niat untuk belajar.

Di saat ahli keluarga dan rakan mempersoalkan pilihan aku, ‘kenapa pilih lelaki yang belum stabil dan tak sesuai dan bla bla’ aku pilih untuk meyakini dia dan tetap memberi dia peluang.

Sehingga satu hari, dia meluahkan hasrat untuk memperisterikan aku. Dia pun sudah menceritakan hal aku kepada ahli keluarga nya. Dia juga sudah beberapa kali berjumpa dengan parents aku.

Dan tiba masanya giliran dia pula diuji. Apabila aku jatuh sakit. Aku ambil peluang ini untuk mengujinya. Adakah dia juga boleh terima aku seadanya? Dan adakah dia jujur dengan perkataan nya?

Aku minta dia mempertimbangkan. Adakah dia mampu untuk menjaga seorang bakal isteri yang masih tiada kerja tetap dan berpenyakit?

Malangnya, dua minggu aku diabaikan tanpa jawapan. Sehingga satu hari, aku tak boleh lagi bertenang dan menunggu. Aku call dia untuk meminta jawapan.

Dan pada waktu itu, aku sedar. Dia tak boleh menerima aku bagaimana aku boleh menerima dia. Terus, aku buat keputusan untuk memutuskan hubungan. Walau bagaimana pun, aku masih hormat keputusan dia.

Dan berfikiran positif mungkin dia tak mampu untuk menyara kehidupan berkeluarga dengan ekonomi yang turun naik pada zaman ini.

Huhuhu. Sedangkan aku memerlukan sokongan emosi daripada dia untuk mendapatkan kerja yang stabil. Bukan aku minta balasan tapi aku sedar kebahagiaan itu tidak dapat diraih jika hanya satu pihak sahaja yang berjuang.

Setakat mana pengetahuan ku melalui buku psikologi dan bacaan, perempuan sangat suka bertanya soalan dan menguji lelaki dengan soalan yang kadang-kadang tak terfikirkan oleh akal si lelaki.

Kerana jauh di sudut hati kami, kami ingin hidup dengan seorang lelaki yang menyakinkan.

Untuk menjaga kami sehingga akhir hayat. Dan lelaki, kamu tak perlu menjadi sempurna kerana tiada siapa yang sempurna. Tapi, cukuplah menyayangi kami dengan hati yang tulus apa adanya.

Janji aku pada diri sendiri, selagi belum jumpa yang betul- betul tulus, aku tidak akan berkahwin.

Aku doakan semoga wanita di luar sana dipertemukan dengan lelaki yang selayaknya buat kalian. Aamiin.

– Mawar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *