https://iiumc.com/dugaan-
Simpati rasa hati buat si Cik Cik Cik dan tak lupa juga para teruna dan bujang bujang sekalian.
Bukan senang nak cari jodoh. Bukan mudah nak kenal cinta sejati untuk dijadikan pasangan sehati sejiwa sehidup semati kononnya kata orang lama lama duluuu.
Jodoh ni dok zaman bila pun cabarannya sesuai dengan zamannya. Kita ambil contoh zaman Rasullullah SAW.
Hasil pembacaan saya la.
Saidatina Khadijah berapa kali jadi janda tak pula saya pasti. Yang pasti, saidatina as bertemu dengan jodoh yang betul (Rasullullah) pada usia sekitar 40-an ya. Itupun saidatina as yang memulakan langkah perkenalan. Saidatina as hantar orang untuk merisik baginda Rasullullah SAW.
Ada yang mengatakan perisik tersebut orang suruhan Saidatina Khadijah as. yang diberi kepada Rasullullah untuk membantu baginda berniaga.
Hasilnya, terjadilah perkahwinan Si janda 40-an yang khabarnya cantik comel, kaya raya & bijak berniaga (ada kerjaya) dengan Si teruna sekitar 25 tahun, segak rupa & akhlak, berketurunan baik-baik (macam bangsawan juga la kan?),
tidak berharta tetapi jujur dalam perniagaan. Nak kata sekufu, macam ada perbezaan juga kan? Yang pasti mereka pasangan contoh terbaik umat Islam sejagat. Nak tahu lebih mendalam, banyakkan membaca sirah baginda.
Contoh zaman ini;
Saya ambil artis kitalah senang. Che Ta & Zain. Biar apapun alasannya, bukan mudah juga bagi Che Ta nak tunggu Zain sebagai jodohnya.
Lain2 saya tak tau. Yang pasti nampaknya mereka bahagia sahaja.
Contoh satu lagi yang saya kira bolehlah dijadikan contoh juga la walaupun sesetengah netizen tak suka. Lihat mereka bahagia ja sampai la ni, wajar juga dicontohi. Datuk Siti Nurhaliza & Datuk K. Macam2 cabaran juga la daripada sebelum hingga selepas bertemu jodoh.
Bagaimanapun, mereka tetap pertahankan jodoh mereka. Oleh sebab mereka selebriti, masing2 boleh agak kisah mereka kan?
Semua tu contoh sahaja. Yang baik kita teladani, yang buruk kita jauhi. Bab jodoh ni ibarat kita diminta berjalan dari hujung taman ke hujung taman sana yang dipenuhi pelbagai bunga-bungaan yang cantik & ketika dalam perjalanan kita dikehendaki pilih dan ambil sekuntum bunga yang kita rasa paling cantik.
Malangnya, ada antara kita yang tak ambil pun sekuntum bunga, yang ambil banyak2, yang main belasah ja ambil mana2 bunga, dan ada juga memang pilih betul2 bunga yang paling disukai. Itulah kita. Yang tengok semua bunga, ada saja yang tak kena samalah dengan si bujang selamanya bujang la.
Itu ibaratlahkan. Yang lelaki tengok perempuan, dia not my taste, yang perempuan tengok lelaki, tiada pula chemistry, terbaru kini, masing2 kata belum apa-apa banyak pula red flags. Tak kan pula nak desperate kan?
Segalanya letak pada hati dan akal yang sihat. Kita yang nak hidup dengan pasangan kita. Terpulanglah kepada penilaian mata hati kita berlandaskan istiqoroh serta doa yang kita pohon kepadaNya.
Kisah saya pula. Saya bertemu jodoh ketika penghujung 20-an. Dulu2 punya cerita, dah tualah sangatlah. Apatah lagi saya anak kampung.
Dalam kalangan sibling, saya si dara paling lewat bertemu jodoh. Sibling saya, baik adik, baik kakak, semua berjodoh awal 20an kot. Pernah kena paksa ‘curi sirih junjung’ dan kemudian makan yang orang hantar sebagai kepala adat masa meminang my young sister kot.
Dah nak curi kan, mestilah kena tunggu orang tak tengok kan. Dok asyik kena suruh (cepatlah, cepatlah) dengan my elder sister, sampai banyak mata dok mengintip, dok menjeling, mau tak malu saya nak curi.
Last2 merajuk, tak jadi curi sampai sut. Dahlah nak makan sirih pun saya tak pandai makan sirih.
Tu baru mukadimah kisah saya. Macam panjang pula. Saya ni sampai tamat belajar usahkan nak bercinta, kawan lelaki sekerat pun tak ada.
Bukan nak tunjuk bagus atau solehah sangat pun, tetapi pernah jugalah nasihatkan rakan2 sebaya yang dok asyik sampai cerita kepada saya jumpa teman lelaki, buat ringan2.
“Korang tak takut ke nanti2 macam mana perangai korang, anak2 korang lagi dahsyat daripada korang.” “Anak-anak?” “Anak2 hal anak2lah, yang nak over thinking sangat tu kenapa?”
‘Aku? Hmmm ya lah, mentang2lah aku tak couple, jadinya aku tak layak nak tegur2.’
Rezeki saya, tamat belajar, terus bekerja. Bekerja agak jauh dari rumah parent. Asal hari minggu, saya balik kampung. Mula2 balik tunggang motor. Kemudian mak suruh beli kereta sebab bimbang anak dara bawa motor dalam perjalanan yang kononnya jauh. Alahai 2 jam perjalanan sj. kot.
Masa ni la saya mulakan strategi mencari jodoh. Saya kerap juga la memandu ke merana pelosok mukim, daerah dan negeri. Dalam setiap perjalanan, saya ambil kesempatan singgah masjid, solat di masjid dengan harapan adalah pertemuan dengan teruna kaki masjid.
Masatu andaian saya kot2lah jumpa kaki masjid yang mestilah baikkan? Malangnya tiada pertemuan pun. Entahlah. Yang pasti di setiap masjid yang saya singgah, tak putus2 doa bertemu jodoh saya panjatkan memohon kepada Ilahi.
Akhirnya, adalah jg jodoh blind date. Alhamdulilah bercinta selepas nikah. Sempurnakah? Tak juga. Bergaduh-gaduh manja, bergaduh serius menjadi asam garam rumah tangga.
Boleh masa nak nikah tu terlintas, apa2 hal pun nikah sekejap pun saya tak kisah, yang penting sebelum apa-apa, saya nak ada zuriat. Konon keras hatilah. Bohonglah. Prinsip saya, ini jodoh awal dan akhir saya. Saya jenis yang tak peduli untuk laris dipasaran, kononnya orang tu nak kita, orang ni nak kita.
Saya bukan macam tu. Saya tetapkan pendirian untuk ada zuriat untuk saya berkasih sayang sehingga tua. Saya seolah2 lupa zuriat saya juga akan tinggalkan saya setelah sampai suatu usia layak berkahwin.
Setelah hampir melangkah 20 tahun usia perkahwinan, walaupun jauh di sudut hati masih berawas-awas, saya semakin yakin dengan kasih sayang Encik suami. Selalu jg beliau ingatkan saya bahawa dah tak lama mana kami sebagai parent akan mendidik dan membesarkan anakanda kami.
Suatu masa, pasti menjadi pasangan orang lain. Sedih jg. Orang paling saya sayang, anak saya kot. 2X5 la suami saya pun. Bertuah anak kami. Mudah2an hidupnya sentiasa dilimpahi tuah & rahmat Ilahi.
Suami yang saya dapat, dah pun berpencen. Saya? Masih bekerja. Urusan rumah tangga, suami uruskan. Tukang masak, tukang cuci, tukang iron baju tukang repair, tukang kebun, tukang beli di pasar, driver saya & anak, dan macam2lah.
Paling special, saya sedang Allah SWT uji dengan sakit. Suamilah tukang pantau temu janji saya dengan doktor dan tukang pantau pengambilan ubat-ubatan saya.
Penemaan saya jika di tahan wad. Tukang urut saya jika kadang2 kaki krem atau sesak nafas. Dari dulu sampai sekarang, call saya, wasap saya memang laju ja beliau jawab.
Memang saya sendiri tak nak suami saya bekerja lagi. Cukuplah dengan pencen suami yang tak seberapa. Sesekali saya nak mewah, boleh saja, saya top up la. Tak kisahlah rezeki melalui saya pun. Semua tu Allah SWT yang beri.
Saya tahu melalui pekerjaan saya, ada pahala yang boleh saya kumpul. Jika saya berhenti pun, saya tahu, saya tak akan mampu untuk jadi suri rumah sepenuhnya.
Nak layan suami sepenuhnya pun di luar kemampuan saya. Mujurlah Encik suami masih sudi menerima saya seadanya. Special kan? Saya kenal kasih sayang Allah SWT melalui kasih sayang anak dan suami serta orang2 sekeliling saya. Itulah kehidupan.
Buat yang masih tercari-cari jodoh sejati, “Kejar kasih sayang Allah SWT, Insya-Allah, anda akan disayangiNya”. (Special, Dia akan beri orang baik2 di sekeliling kita) Tak percaya? Terpulang.
“Jangan cari kesempurnaan, kerana kita pun tidak sempurna mana.”
“Tanya hati & minda, apa-apa yang kita nakkk sangat, doa dengan yakin & tulis ikhlas kepadaNya.” Solat malam, solat hajat, nyatakan secara khusus apa-apa sahaja asalkan sesuatu yang baik.
Sekian,
Mak Kepada Gadis (tak kan la ni nama saya?)
Thank you admin, jika tersiar la.
– Mak Kepada Gadis (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit