Assalamualaikum. Seperti yang ditulis pada tajuk, saya nak kongsi masalah yang lebih kurang macam penulis artikel link tersebut, (https://iiumc.com/give-up-dengan-suami/).
Ya cliche sangat cerita pasal kisah kelambu. Buka page ni je, mesti ada kisah macam ni. Tapi bila terkena batang hidung sendiri, terus buntu.
Saya sama macam penulis artikel link tersebut, masih baru berkahwin. Tapi saya belum masuk setahun pun, anak pun belum ada.
Kami berkenalan selama 7 bulan sebelum nikah. Sebelum bernikah, kami tak pernah bersentuhan walaupun keluar berjumpa sebab suami jenis yang menjaga batas pergaulan.
Selepas nikah, kami stay dengan parents untuk beberapa bulan sebelum pindah ke rumah sendiri.
Awal perkahwinan semua normal. Kami pula jenis tak pernah couple dengan orang lain sebelum bertemu kiranya masing-masing adalah first love.
Jadi semuanya indah sebab banyak perasaan curious nak explore pasangan dengan lebih mendalam.
Satu hari saya terpaksa bermalam di hospital disebabkan ahli keluarga jatuh sakit dan tiada penjaga.
Dekat seminggu saya tak boleh keluar wad sebab rules dalam wad yang tidak membenarkan penjaga keluar masuk sebab risiko jangkitan Covid 19.
Setelah keluar dari hospital, saya pulang ke pangkuan suami. Saya saja bertanya, sepanjang ketiadaan saya adakah dia rindu nafkah batin dari saya?
Asalnya saya tanya dalam nada bergurau, tapi suami mengaku dia ber**ani semasa ketiadaan saya. Saya terkejut. Mulanya saya fikir, kami baru nikah jadi mungkin dia tak dapat tahan perasaan.
Beberapa bulan kemudian, suami mula hambar. Pernah saya suarakan kenapa dia tak pedulikan saya bila saya nak bersama. Alasannya penat dan tak ada mood. Macam-macam cara saya buat.
Habis saya google cara goda suami dan banyak yang saya praktikkan tapi kena reject juga akhirnya. Untuk makluman, suami kerja dirumah jadi jarang dia keluar untuk beraktiviti.
Suami pula overweight. Jadi saya tukar cara masakan kepada makanan yang lebih sihat dan rajin ajak suami beriadah dengan harapan dapat meningkatkan overall health suami. Alhamdulillah suami turut saja.
Saya fikir mungkin sebab duduk dengan parents jadi suami tak ada mood. Tapi setelah kami pindah ke rumah sendiri, masih sama. Saya je yang asyik meminta. Banyak kali kena reject sampai naik rasa malu.
Satu hari saya terlintas untuk check phone suami. Terfikir untuk tengok ‘Purchase History’ dalam apps online shopping. Rupanya suami pernah membeli c*nd*m & s*x toys berbentuk alat sulit wanita.
Bila tengok tarikh, pada masa tu kami belum berkenalan pun. Saya tengok app twitter dan lihat ‘search history’ suami ada akaun yang tak senonoh. Saya masih bersangka baik, mungkin ini kisah sebelum kami berkenalan.
Tapi setelah banyak kali direject bila hendak bersama, terus isu ini menghantui saya. Mungkin suami kerap ber**ani sehingga tiada nafsu pada isteri sendiri.
Saya banyak kali bincang isu ini pada suami kerana risau sekiranya dia ada masalah kesihatan, tapi suami kata dia normal cuma dia kepenatan ketika saya meminta. Tapi kalau saya tak minta, dia tak bagi.
Saya dah rasa jauh hati walaupun belum setahun nikah. Adakah selepas nikah pun masih kerap puaskan diri sendiri sebab itu tiada nafsu pada saya. Anak pun belum ada, kalau ada anak satu hari nanti terus tak disentuhnya saya lagi.
Kepada penulis artikel link di atas, cuba check phone suami. Perhatikan suami kerap berseorangan atau tidak. Saya sedang mencari kekuatan untuk bertanya pada suami.
Hujung minggu ini kami akan pergi bercuti. Sekiranya semasa bercuti pun masih sama, dekat situ juga saya akan tanya dan tunjuk bukti sekiranya dia masih tak mahu selesaikan isu ini.
– Nat (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit