REPLY: Hancur Yang Tak Dapat Diluahkan

Reply, (https://iiumc.com/hancur-yang-tidak-dapat-diluahkan/).

Assalamualaikum semua. Tujuan aku menulis di sini until reply confession TT (Tuan Tanah / Penulis confession) di atas.

Sebab bagi aku perangai suami TT lebih kurang suami aku tapi tak tahu lah suami TT sampai ke tahap macam suami aku ke tidak.

Aku juga seorang yang jenis menjaga batas pergaulan seperti TT tapi suami tidak.

Suami aku bulan pertama kahwin dah kantoi banyak nombor kontek perempuan dalam phone, setiap hari ada saja mesej perempuan masuk setiap kali tu juga kami akan bergaduh.

Mulanya aku fikir dia hanya chatting saja dengan perempuan itu pun tak kira status ya, single ke, isteri orang ke, gf orang ke, dan umur biasanya yang muda2 dari belasan tahun hingga 30an.

Sampai satu masa aku dapat tahu dia simpan gambar2 seksi perempuan2 yang dia kontek siap gambar dia ber video call dengan perempuan2 tu lagi.

Aku perasan dia suka ss gambar2 perempuan waktu video call, ss mesej2 nakal dia dengan perempuan2 tu. Sebelum delete semua mesej tu dan ofkos lah kantoi dengan aku, sebab dia suka simpan gambar2 ss kan.

Dan disebabkan dia suka ss ni jugalah dia kantoi ber video call dengan budak perempuan mana entah sambil berb*gelan dua2 mereka. Yang perempuan tu boleh tunjuk dia mandi b*gel sambil tangan suami aku ber*nani.

Semua tu dia ss ya entah apa yang dia sayang sangat dengan semua gambar2 tu sampai nak ss bagai. Adakah suami TT sampai ke tahap itu?? 

Oh ya, suami aku pun tak sampai berjumpa perempuan2 tu sebab jauh2. Semua pandai dia pilih yang jauh2 dan perempuan2 indo pun tak terkecuali.

Cuma TT lebih beruntung sebab TT bekerja ada jawatan bagus, suami pula membantu menguruskan rumah dan anak2, rajin bekerja, nafkah ok.

Malangnya aku takda semua tu suami pula jenis suka kontek perempuan sejak dari sebelum kahwin sampai lah dah kahwin anak satu pun perangai dia tak boleh tinggal.

Awal2 kahwin dulu kami selalu bergaduh sebab ini. Kemudian aku pilih untuk bersabar dan buat tak tahu.

Pernah juga aku tegur perbuatan dia yang mengundang dosa tu, rahmat Allah tak turun ke dalam rumah orang yang suka buat maksiat dan dia masih begitu. Tapi lepas kantoi dia bervideo call b*gel2 terus aku snap “tak boleh jadi”.

Di satu pagi yang indah dan nyaman, aku dan suami masih berbaring atas katil. Kami baru bangun tidur, aku buat aksi menggoda dekat suami aku.

Dia ambil bantal tutup muka dia dengan bantal, aku masa tu tengah geram tengok dia tutup muka dengan bantal aku jadi bertambah geram.

Aku tarik bantal campak ke tepi lepastu aku tanya “kenapa nak tutup2 muka?”

Aku sambung, “Ooh.. Masa video call dengan perempuan lain sampai b*gel semua boleh pulak tunjuk muka tu tak malu pulak hm?”

Masa sebut pasal ni memang aku dah naik darah sambil cakap tu tangan aku dah tampar2 kecil muka dia.

Kemudian dia balas, “ha? Mana ada”.

Dia menafikan lagi aku bengang. 

Aku terus bangun capai phone aku sebab bukit semua aku dah simpan pastu aku tunjuk kat dia semua bukti tu, “Mana ada?? Apa ni semua”.

Terdiam terkedu terus dia tak terkata apa sebab dia ingat dia dah delete semua gambar2 tu tapi Allah menyebelahi aku, ada lah caranya DIA mudahkan aku.

Lepas je dia terkelu aku sambung la, pung pang pung pang..

Masa tu aku dah tak boleh kontrol dah volume aku bila ingat balik aku dah jadi macam gajah naik minyak dah, tengah marah2 dia sambil tangan aku hinggap kat badan dia (tak pakai baju) ya aku pukul dia sekuat hati aku sampai sakit2 tangan aku bengkak merah2.

Dia pertahankan diri je dia tak balas balik aku buat nasib baik, kalau tak lagi teruk aku rasa boleh tunggang terbalik rumah.

Antara yang aku cakap kat dia masa tengah marah2 tu “kau goda perempuan2 tu sampai diorang sanggup buat macam tu untuk kau, kau gadai maruah diorang kau nak tebus balik maruah diorang tu macam mana.. Ha??”

“Kau ni dah jadi macam setan iblis dah goda perempuan2 tu suruh diorang buat apa kau nak kenapa teruk sangat kau ni tak kira status semua kau sapu??”

“Kau lupa kifarah Allah tu ada jangan sampai DIA bagi kifarah kat kau masa tu baru kau terduduk”. Takat tu jelah ceramah aku kat dia yang aku ingat.

Ya suami aku ada rupa sebab tu perempuan2 tu boleh cair dengan dia. Dari kejadian hari tu sampai ke hari ni aku dah tak tengok2 lagi phone dia. Benci. .

Aku serah pada Allah sajalah apa pun yang dia buat belakang aku biar Allah yang mengurusnya.

Aku dengan suami sekarang dah tak bergaduh lagi kecuali bila dia tak penuhi keperluan aku anak beranak je kat rumah ni. Sebab suami aku ni boleh dikategorikan “biawak”.. Dia malas kerja tapi sekarang alhamdulillah dia dah kerja.

Cuma masa dia tak kerja sebelum ni keperluan dapur, makan minum kitorang anak beranak kering dan dia tak ambil berat pun. Aku pula tak bekerja, dan sengaja aku tak kerja sebab aku nak dia yang bekerja sara keluarga.

Asalnya aku kerja tapi bila aku kerja suami ambil kesempatan suka pulak dia jadi biawak kat rumah bila dia duduk rumah dia bers*xting dengan perempuan2 lain mangkuk jamban betul.

Jadi aku buat keputusan berhenti kerja sebab aku nak paksa dia keluar bekerja dan dia pun dah bekerja sekarang syukur, boleh la aku lambat2kan cari kerja nak merasa duduk rumah pulak dengan anak kecik2.

Eh best pulak duduk rumah jadi isteri mithali sedia makan minum suami anak2 urus rumah haha…

Anyway lambat atau cepat aku akan bekerja semula jugak, insya Allah doakan aku dapat kerja kerani pun ok dah asalkan ada pendapatan sendiri.

Panjang kalau aku nak buka cerita pasal kerja aku dan suami dulu tapi cukuplah setakat ini saja. Begitulah cara aku hadap suami yang perangai suka main perempuan dan malas kerja ni.

Bila kau bersuamikan laki macam ni sampai satu tahap kau akan jadi malas nak peduli dah dengan suami kau.

Jodoh panjang ke pendek ke terima je, malas nak pertahankan rumah tangga dengan suami macam ni selagi dia tak naik tangan kaki takpe mulut pun tak caci maki ok. 

Aku macam ni lah sekarang sebab tu ada orang bila anak dah besar2 baru berpisah sebab kesian kat anak2 nak membesar diorang tak tahu apa salah ayah diorang sampai kena berpisah kita pun.

Tak boleh nak cerita buruk ayah pada anak2 kecik, mereka tak faham lagi sebab depan anak2 dia seorang ayah yang baik.. jadi aku pilih stay.

Aku tak kisah pasal bahagia aku sebab bahagia aku bila anak2 happy aku taknak anak2 aku jadi bermasalah sebab mak ayah diorang berpisah dah banyak aku jumpa berlaku depan mata.

– Nana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *