Reply: Harapan Palsu

Assalamualaikum pembaca IIUM confession. Aku rasa nak bagi sikit kata-kata kepada penulis Harapan Palsu (https://iiumc.com/harapan-palsu/). Aku pernah melalui kisah yang lebih kurang sama. Tapi aku lalui bukan sekali, tapi 2 kali. Kali ke3 barulah bertemu jodoh.

Kisah 1: Aku berkawan biasa je mula-mula tu. Rakan sekelas masa belajar. Takde perasaan suka pun. Tapi lepas habis belajat kat situ kitorang masing-masing sambung belajar kat tempat lain pulak. Lepas dah berasingan ni baru dia mula kerap contact aku thru fb dan akhirnya meluahkan isi hati dia. And next, kitorang pun officially declared as couple.

Almost 3 years couple tiba-tiba dia mendiamkan diri. Kitorang pjj, so memang agak susah untuk aku jejaki dia. Fb dia still active. Komen kawan-kawan macam biasa. Aku perhati je. Aku tak suka make it public. Aku just call, sms (masa tu whatsapp segala ni tak famous lagi & handphone aku pun cabuk je tak support semua tu) tapi semua tak berbalas.

Aku degil, selalu think positive “mungkin dia tengah ada problem””mungkin dia sibuk” etc. So aku tak give up. Aku siap sms dia bagitahu aku akan tetap tunggu dia, support dia dan tak kacau dia sementara dia perlu ruang. Tup-tup kantoi dia gay dan barulah aku boleh relate kenapa sepanjang 3 tahun couple dia susah nak jawab call kalau aku tiba-tiba call waktu malam, waktu pagi-pagi. Nak call kena set appoinment dulu. Sms pun selalu dia akan menyepi di tengah-tengah perbualan.

Aku pula konon nak jadi gf yang memahami aku tak pernah persoalkan & tak pernah desak bila dia mendiam. Aku pun diam juga ikut rentak dia. Macam mana boleh kantoi dia gay? Panjang kalau nak cite. Tapi pendek cite ada sorang mamat yang pernah dikecewakan oleh dia dah confess kat aku siap dengan bukti kukuh. Well patah hati, sakit hati, rasa diri bodoh dan macam-macam la. First love tu.

Kisah 2: waktu aku dah mula bekerja. Masa aku awal-awal masuk kerja, aku dah perasan sorang mamat ni. Tak handsome sangat pun, biasa-biasa je tapi aku sendiri tak pasti kenapa bila pandang dia hati aku berdebar. And surprisingly bila dia lalu kat belakang aku (walaupun aku tak perasan) jantung aku dah berdegup macam nak meletup. Seolah-olah macam hati aku dah tahu yang dia ada kat belakang.

Once aku rasa macam tu aku akan mula pandang sekeliling dan setiap kali pun aku akan nampak dia berdekatan. Dia pun peramah, selalu tegur aku especially bila dia nampak aku buat rounding kat area dia.  Lama-lama kitorang jadi rapat sebab rumah sewa pun dekat, selalu dinner sama-sama. Weekend pergi jogging sama-sama. Aku jadi suka dia gila-gila.

Setiap hari tunggu je dia ajak aku keluar makan, tengok wayang or just a simple activity lepak kat padang. Dia layan aku pun macam gf la walaupun tak pernah declare. Sometimes panggil aku sayang, baby, mama. Bagitahu dia rindu. Selalu tolong aku hal remeh pun sanggup bersusah payah tolong aku. Lagi la senang aku jatuh cinta.

Tapi harapan aku sekali lagi hancur. Selepas setahun aku dilayan bak insan istimewa, aku dapat tahu yang dia sebenarnya dah bertunang. Kantoi bila aku ternampak whatsapp kat handphone dia dari tunang dia. Masa tu dia tinggalkan handphone tu sekejap dalam kereta masa dia pergi toilet kat stesen minyak. Kitorang keluar nak lepak spent time together.

Aku nampak pop-up whatsapp dari ‘cinta’ tertulis, “kenapa b tak jawab call sayang? tak jawab mesej sayang? sayang cuma minta kita jaga hubungan kita, jaga hati kita, tak nak kita melebihi batas selagi belum bergelar suami isteri. Tapi kita masih boleh mesej & call bukan diam terus macam ni”. Bila aku recall balik yes aku dah boleh relate.

Memang kerap ada phone call bila kitorang keluar sama tapi dia tak jawab. Sometimes dia terus off, aku as aku memang tak suka masuk campur hal peribadi orang just keep silent tak pernah tanya. Ada juga masa-masa yang aku tak tanya tapi dia sendiri bagitahu “bos call mesti nak suruh masuk keje la ni cover budak cuti” baik punya trick.

Aku pun ingat balik yes memang ada satu masa tu dia balik kampung seminggu diam seribu bahasa tak call tak mesej. Bila balik keje semula dia bagitahu sibuk dengan family. So aku rasa masa tu lah sebenarnya dia bertunang. Aku dah jatuh cinta gila-gila kat dia. Hancur hati aku tu Tuhan je yang tahu.

Masa tu down sangat. Aku rasa kenapa lelaki yang aku jumpa suka mainkan aku? Aku terlalu tolerate ke? Aku terlalu mudah jatuh hati ke? Aku terlalu senang diperbodohkan ke? Tahap aku sayang kat dia sampai aku menangis-nangis cite kat membe aku & aku rasa macam nak jadi perampas nak layan dia baik-baik sampai dia tinggalkan tunang dia untuk aku. Yes aku memang ada berfikir macam tu.

At the same time aku banyak mengadu kat Tuhan, aku tahu Allah uji aku sesuatu yang aku mampu. Aku yakin ada hikmah cuma masa tu aku tak mampu nak terima hakikat hilang orang yang aku sayang. Aku berdoa sungguh-sungguh, berjuraian air mata setiap kali solat minta Allah bagi aku ketenangan, bagi aku kekuatan untuk tinggalkan dia kalau dia bukan jodoh aku & bukan yang terbaik untuk aku.

Setiap kali lepas solat aku akan berdoa dan tekup tangan di dada minta Allah tarik perasaan sayang & kasih aku pada dia sebab aku tak mampu lawan perasaan aku seorang diri, aku perlu bantuan Allah. Hari-hari aku macam tu 5 kali sehari.

Dah la kerja satu tempat. Aku struggle sangat tahan perasaan aku kat dia. Aku menjauhkan diri aku sikit-sikit dari dia. Dia tak tahu yang aku dah tahu pasal dia ada tunang, dia masih call & mesej aku kerap tapi aku sendiri jarakkan. Aku selalu tolak ajakan dia, aku diamkan diri. Aku lawan kehendak hati aku sendiri. Sakit & susah Allah je yang tahu. Tapi aku kenangkan kalau lah aku di tempat tunang dia aku akan jauh lebih sedih. Aku tak sanggup buat perempuan lain menderita untuk kepentingan diri aku.

Suprisingly, satu hari tu aku bangun pagi dan aku tekup tapak tangan kat dada sambil fikirkan dia tapi aku tak rasa apa-apa. Tak rasa rindu, tak rasa sayang, tak rasa sedih. Aku solat subuh & aku teruskan berdoa macam biasa tapi kali ni tanpa air mata.

Selesai solat aku tekup lagi skali tapak tangan kat dada dan fikirkan dia, aku pasti kali ni Allah dah betul-betul hilangkan perasaan aku pada dia. Aku yakin Allah dengar dan makbulkan doa aku, dan aku yakin dia memang bukan yang terbaik untuk aku.

Akhirnya aku berjaya melawan kehendak hati aku sendiri. Ya Allah terima kasih bantu aku yang lemah ni. 3 bulan selepas aku dapat tahu dia dah bertunang, aku menghadiri majlis perkahwinan dia bersama kawan-kawan sekerja yang lain. Dan aku hadir dengan hati ikhlas sebagai rakan tanpa ada apa-apa perasaan lain.

2 tahun selepas aku menghadiri majlis perkahwinan dia, aku pula diijabkabulkan dengan jejaka pilihan aku yang Allah anugerahkan kepada aku sebagai anugerah terindah. Doakan kebahagiaan aku berterusan & aku suami isteri kuat menghadapi ujian & dugaan Allah dalam kehidupan kami.

Buat confessor Harapan Palsu, berdoalah. Jangan berhenti berdoa sebab Allah dengar setiap doa & rayuan hambaNya. Lakukan itu semua demi Allah, agama & kebaikan diri. Perbaiki diri, perbaiki hubungan dgn Tuhan. Tuhan akan jaga hubungan kita dengan manusia. InsyaaAllah.

– Zek (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *