Reply: Hasutan Syaitan Perlahan-Lahan

Hi semua. Saya Syida dan saya terbaca confession dari Puan Rahsia di mana Puan Rahsia terjebak dengan s*ks berkumpulan,  https://iiumc.com/hasutan-syaitan-yang-perlahan-lahan/.

Mujurlah Puan R tidak menyentuh kawan Puan. Ya betul Puan kata, kalau Puan bersentuhan dengan kawan Puan, Puan akan jatuh lebih tertekan. Dan saya adalah contohnya.

Saya akan ceritakan kisah saya terjebak dengan s*ks berkumpulan dan kesannya, saya sudahpun bercerai dengan bekas suami saya hampir 4 tahun.

Sebelum saya ceritakan, saya ingin comfortkan Puan melalui dua perkara,

1) Tuhan Maha Pengampun,

2) Puan tidak bersentuhan dengan kawan Puan.

Kisah saya mungkin lebih teruk dari Puan Rahsia. Namun, saya akan guna bahasa yang sangat berlapik sebab saya tidak mahu para pembaca berotak kuning mengambil kisah ini sebagai tujuan jahat.

Saya harap IIUM Confession boleh filter explicit words from my story kalau saya guna explicit words ya sebab saya taknak para pembaca berotak kuning mengambil kesempatan.

Saya juga tidak akan hurai secara mendalam bagaimana kejadian berlaku. Saya cuma cerita ringkas2 sahaja.

Saya Syida (bukan nama sebenar) berumur 37 tahun. Dikurniakan anak perempuan seorang. Menetap di utara tanah air, golongan M40 dan kategori cantik atau anak mami.

Dulu saya freehair/ suka memakai pakaian “revealing” tapi sekarang sudah tidak lagi.

Saya pendekkan saja kisah saya. Kisahnya bermula dimana saya dan ex husband memang s*xually active dan kami p*rn addict. Ya pelik kan.

Saya dan ex husband sebenarnya pernah terlanjur beberapa kali sebelum kami berkahwin lagi.

Selepas kahwin, kehidupan s*ks kami aktif tetapi kami ini suka fantasi luaran. Dan ex husband saya adalah orang yang memperkenalkan saya dengan p*rn dan fantasi pelbagai. 

Bagaimana kami boleh mencapai tahap itu, suami saya sentiasa menggoda saya (tak perlu detail) dan bila sampai saya tahap craving sangat, dia paksa saya tengok p*rn.

Paksaan itu lama2 menjadi satu kebiasaan. Cuba bayangkan, pasangan lain tengok cerita movie atau hindustan di rumah, kami tengok p*rn di rumah.

Pada mulanya, ketagihan p*rn kami hanyalah biasa2. Namun sampai satu tahap, kami ketagihan bahan lucah dan mula beralih kepada lucah kategori s*ks beramai-ramai.

Apabila kami sudah terbiasa dengan fantasi demikian, ex husband saya meminta saya untuk menceritakan fantasi-fantasi itu ketika kami melakukan senggama.

Awalnya awkward, lama2 terbiasa. Apabila terbiasa, fantasi-fantasi suami saya sudah masuk ke jiwa saya di mana saya pula teringin perkara itu.

Sampai satu tahap, saya pernah goda suami saya untuk betul-betul melakukan perkara itu dan suami saya bersetuju. Itulah titik hitam permulaan segalanya. Ya betul, saya sendiri yang initiate atau goda suami saya.

Titik hitam bermula dengan rancangan suami di mana ex suami saya suruh saya menggoda kawan kami (suami isteri).

Bagaimana berlaku saya tidak akan huraikan ya. Seperti Puan R, ianya berlaku melalui percutian bersama. Kawan kami juga adalah pasangan suami isteri.

Dan, ex suami saya pula berjaya menggoda isteri kawan kami dan ex suami saya terlanjur dengan isteri kawan kami terlebih dahulu sebelum kami terlibat dengan aktiviti berkumpulan.

Selepas Ex suami terlanjur dengan isteri kawan, ia memudahkan niat suami saya.

Ouh ya disclaimer, saya tidak salahkan ex suami seratus peratus, sebab saya juga p*rn addict ketika itu. Ex suami saya mastermind, tapi saya seperti dipukau untuk join rancangan suami saya.

Saya tidak akan huraikan bagaimana kejadian berlaku, cumanya percutian itu tidak berlaku di Malaysia. Ia berlaku di Bali.

Tidak seperti Puan Rahsia, kami betul-betul melakukan aktiviti itu berkumpulan, kami saling bersentuhan dan bertukar pasangan. Bukan itu sahaja, saya turut terlibat dengan perbuatan lesbian ya bersama kawan kami. 

Jijik kan.. Ya betul, kami bertukar pasangan, kami lakukan berkumpulan dan saya melakukan perbuatan lesbian. Sekadar itu saja ya saya ceritakan bagaimana aktiviti berlaku. Saya tak nak huraikan.

Btw, ya kawan kami juga merupakan pasangan melayu dan mereka merupakan golongan t20 dan isterinya sangat cantik.

Jadi bagaimana saya boleh insaf? Saya tidak mahu panjangkan cumanya saya rasa apa beza kita dengan haiwan. Adakah hidup ini perlu melunaskan nafsu semata-mata. Adakah hidup ini perlu memuaskan setiap fantasi?

Kalau hidup ini perlu memuaskan fantasi, kes bunuh adalah kes kecil kerana si pembunuh hanya melunaskan fantasi beliau untuk membunuh.

Bukankah kita diberi akal. Bukan akal itu untuk digunakan untuk menimbang mana baik dan buruk.

Persoalan2 begini timbul ketika saya dijangkiti covid dan saya agak teruk sebab masa tu belum ada vaccine.

Apabila kena covid, time tu satu titik nafsu pun tidak ada. Ya, rasa nak bersenggama pun tak ada. Disebabkan tu, persoalan2 begitu timbul dan saya mula memikirkan mati dan Tuhan. Saya mula mencari Tuhan.

Saya tak mahu hurai panjang. Tapi Tuhan seperti sedarkan saya, apa beza kamu dengan anjing? Anjing juga bertukar pasangan.

Selepas 3 bulan pulih dari covid, saya tidak ada mood untuk melayan fantasi suami saya malah saya mula membenci fantasi demikian. Bayangkan dari seorang yang ketagih fantasi itu, sekarang saya benci.

Jadi bagaimana saya boleh bercerai dengan suami. Ex suami saya ditahan reman pada 2021 atas tuduhan mencabul wanita bawah umur.

Masa tu saya sedar, his fantasy is going too far. Jika saya masih hidup dengan fantasy ini, mungkin saya juga akan jadi seseorang yang bernafsu tak tentu hala.

Itu yang berlaku pada suami saya, fantasy tu makin lama makin berkembang, sehinggakan nafsu dia jadi tak tentu hala berlaku.

Pendekkan cerita, saya failkan cerai sebab saya nak mulakan hidup baru. Saya nak tinggalkan semuanya.

Sekarang saya sudah bercerai dan suami saya masih dalam perbicaraan kesnya. Setakat itu saja cerita saya.

Moral of the story is, jangan layankan fantasi, dan jangan tengok p*rn. Keep s*x healthy within u and ur spouse.

The moment awak berdua ketagih p*rn, awak sebenarnya bukan making ur s*x life better, tp awak destroying everything.

Sekian…

– Syida (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *